Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Nur Zahraaniyya

Hi LoVers,

Genap sebulan Lyn baru nak update on that particular entry. Btw,  I just got my 7th grandchild which is nephew's daughter on October last year. Kiranya cicit ke 7 my mum. Alhamdulillah....

Dari sehari ke sehari, sebulan ke sebulan baru dapat organize Majlis Aqiqah & Cukur Jambul untuk dia. Time & hari masing2 sibuk & tak dpt nak slot masanya. Lagi satu our catering yg kita selalu tempah tak free. Finally, kita buat on 28th February 2016. Tu pun my sis & anaknya dah booking date sebulan awal. Since kita catering, so takdalah sibuk macam majlis2 sebelum ni yg kena masak sendiri. Yg tau semua siap dpn mata & melawa jer lah as usual. Hehehehe

Majlis started at 10.30am. Dimulai dgn marhaban, berzanji & akhirnya doa selamat serta majlis tahlil. My sis buat kecil-kecilan jer. Jemputan pun dlm 250 org termasuk org2 masjid.   


Selesai marhaban, cukur jambul di mulai oleh kaum lelaki. Nasib baik si kecik tu behave. Cuma dia tak tahan panas jer. Merah padam muka nya. Nak akhir2 tu mula dia mencebik buat muka. Terus Papa nya sumbat kan puting, baru dia ok. Tgk tu, kemain dia pegang baju papanya. hehehe.

Then ke kaum perempuan. Kami sekeluarga jer yg ada time tu termasuk family in law my nephew. 





Time ni pun dia behave sgt. So tak byk ragam. Senang jer lah dorang nak menggunting rambutnya. Cuma masalahnya rambut dia skit sgt, tu yg payah nak gunting. Kena teliti betul2. Alhamdulillah dia tak nangis. 


Presenting my 7th grandchild, Nur Zahraaniyya. Now already 6 months old. Kulit mmg putih melepak mcm anak mat salleh ikut Papa & Mamanya. Dah pandai ajak org berborak dah skrg ni. Skrg ni pun dah start meniarap. Tak dpt jer mau menangis melolong. hahaha. Owh kipas kena sentiasa ada. Klu tak merah padam mukanya. 

Nanny & her granddaughter in front of candy buffet. Kita2 yg buat candy buffet ni. Takda nak hired sesiapa2 pun. 

Jemputan lain ramai yg dtg lepas Zohor sampai ke jam 4pm. Dah membawak ke petang tu, kita2 satu keluarga jer lah yg ada lepak2 & makan2. Masing2 baru ada selera nak makan. Selalunya pun mcm tuh, time kenduri takde nya nak makan sbb rasa mcm dah kenyang. Bila majlis dah settled & orang pun dah kurang baru lah terasa perut tu lapar. Lyn pukul 4pm baru nak lunch. hehehehe

Lauk pauk sedap sbb kita ambil catering yg selalu. Saudara Lyn jugak. So harga pun sedara2 jugak lah. hehehe.

Ok selesai dah majlis si kecik ni. Another kenduri In Sha Allah in May. 


My Day....

Hi Lovers,

Today is my birthday and I'm turning 3* this year. Now I'm not one to have a big party, usually I just have a small get-together with my family. In Sha Allah...

I don’t mind if close people forgot my birthday. Its small matter dude. What more can I say other than Alhamdulillah & thank you Allah for another year of life that you gave to me. Thank you for my family who never fails to show some love and care to me.

As for my birthday wishes for this year, nothing actually,  but safety, happiness & good health for myself and all my loved ones. To my family, I just want them to know… that I love them and I pray to Allah to shower them with His blessings, everyday. May Allah gather us, and also the siblings as a family in Jannah. In Sha Allah.

Last but not least… thank you so much for all the birthday wishes I've received via text messages, Whatsapp, Facebook, phone calls, face to face wishes etc.

Thank you for another year 2016!!! :D


Hello... Hi...

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Back to normal routine today. I just came back from Port Dickson on Sunday evening. Exhausted & tired. Balik petang, berkemas & lepas solat Isya' terus tidur sampai ke Subuh.

Yesterday pun kerja mcm biasa. Takda nak sambung cuti, sbb next week nak cuti panjang. hehehehe. Vacation lagi.

Sebahagian daripada ahli keluarga Lyn. As usual mmg tak pernah cukup quorum. Dan ada yg balik awal sbb ada hal petang tu. 

Nanti Lyn ada masa, Lyn cerita dalam blog lah yer. Tak tau lah bila sbb ada lagi entry yg belum publish. Ikut turn lah yer. Mood pun agak kedaung sekarang ni. Mood kerja ilek, mood nak berjalan makan angin dah sekarang ni. Hehehehe

Oklah bye!!!


Short Vacay

Hi LoVers,

Good morning & Happy Friday everyone!!!

Today, will be at Port Dickson for short vacation with beloved family till weekend before flying off next week.

Have a good Friday & have a good weekend, enjoy!!!!


Wordless Wednesday #226




Sedapnyaaa....

Kat mana nak dpt ice-cream macam ni erk??
Cuaca panas2 gini, pekena ice-cream mmg terbaik :)


Allergic or ???

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Happy Monday & happy working to those yg cuti sempena cuti sekolah last week.  Dengar ramainya yg cuti2. Syok nya klu org yg bekerja pun dpt cuti mcm tu. Ermm dream on. Jgn harap. Hahahaha

Orait go back to our title today.... ermm cam haru skit weekend ni. Bkn apa, I'm not feeling well dek allergic. Stress jugak bila benda ni suddenly dtg sampai rasa nak nangis pun ada. Huhuhuhu

Last Friday, I'm working as usual. Makan as usual jugaklah. Takda mkn benda yg gatal. Petang tu after Solat Zohor & lunch break, Lyn masuk office mcm biasa. Tapi sebelum tu Lyn dah rasa mcm gatal2 kat kaki ni. So nak sedap, kita garu skit. Makin lama mkn sedap plak menggaru. Hahaha. Pergi toilet tgk kaki mcm dah naik rashes. Pelik. Dlm hati duk tanya2 kenapa. Salah makan ker?? Padahal lunch tu Lyn makan nasi goreng, bawak bekal dari rumah jer pun.

Balik kerja mcm biasa, gatal2 tu masih ada lagi. Tapi tak amik port sgt. Bila gatal garu jer. Apa susah. Hahaha. Mlm tu Lyn keluar dgn my niece & nephew. Masih ada lagi. Garu jer jawabnya. Tapi ni rasanya dah naik sampai ke punggung. Tak keruan dah masa tuh tapi masih boleh bertahan. Balik keluar singgah mkn. Order mee bandung & kerabu sotong for me. Ermm dah tau gatal2 duk makan sotong lagi. Ngok ngek betul. Hahaha.

Balik tu siap menggaru bagai nak rak. Tgk kaki & bahagian punggung dah naik rashes. Byk. Mcm gelagata pun ada. Memang besar2 dan tebal2. Dah nak menangis dah time tuh. Bagitau my mum. Dia pun jadi risau. Ubatnya, tumbuk bawang merah & lumur air nya kat badan. It works!! petua org dulu2 kan. Mlm tu tidur lah macam biasa, walhal bkn boleh tidur sgt pun. Bangun pagi tgk macam dah kurang. Lega. Mandi, breakfast, tiba2 dia naik lagi satu bdn. Masa tu dah tak tau nak buat apa. My mum kata sbb mandi kot then pakai shower gel tu yg dia naik. Besar2 gelagatanya. Hati dah tak keruan. Klu tak ok lagi kena pergi klinik. Dia punya gatal tu mmg merenyam betul lah. Tak boleh tahan. 

Breakfast pagi tu sambil borak2 dgn my mum. Pikir balik mkn apa sebelum ni. Mmg lah Lyn ada mkn daging. Tapi dlm 4 5 ketul jer. Tapi dah 3 4 hari lepas kot. Takkan baru dtg effect nya. Lagi satu sebelum2 ni Lyn makan daging tak lah teruk mcm tuh. Klu kata allergic seafood tak mungkin gak sbb selama ni makan takde pape pun. So mmg lah pelik di situ. Kena gigit binatang ker?? tu lagi mcm tak kot. Maybe Lyn tak perasan. 

Then I went to clinic nearby my house. Ada dua sbb doctor kata, maybe allergic or kena gigit binatang. Solution nya injection or makan ubat. Lyn pilih mkn ubat lah since Lyn tak kemana2 pun. Injection takut gak. Hahaha. Doc suggest elakkan makanan yg gatal2 for time being. 3 types of medicine & 1 cream. Balik tu mkn yg 2 type jer sbb satu lagi drowsy. Doc suggest mkn mlm jer. If tak kemana2 boleh jer makan. Tapi Lyn tak mkn pun sbb tunggu malam je lah. Time tu dia start naik kat dagu & mata. Rasa dah sembab2. Mkn ubat, sapu cream & tidur. Lega jugak lah. Gatal makin kurang. Mlm tu Lyn makan semua ubat & tidur after Isya' sampai ke Subuh baru terjaga. Lama betul. 

Pagi tu nampak dah kurang skit. Breakfast mkn mee goreng pun ok dah. Makan ubat gak. Kena ok gak sbb Lyn nak pergi melepak dgn bff petang tu. Pagi2 tu Lyn buat kerja mcm biasa. Terpaksa tak mandi sbb nak elak dia tumbuh lagi. Buat apa2 yg patut jer. Hehehe. Sempat keluar rumah pergi dobi & beli barang. Balik tengahari tuh Lyn decided nak tidur jap sementara tunggu pukul 3pm. Lelap jap dlm setengah jam. Terjaga sbb haus, so pi lah minum. Nampak pulak kerepek bawang. My fav tuh. Layan makan skit & tidur balik. Tapi belum sempat nak tidur, rasa muka bengkak2. Rupa2 dia dah naik satu muka dgn kepala sekali gatal. Muka dah merah2 dah. Takkan sbb mkn kerepek bawang kot. Muka dah cuak. Rasa nak nangis dah. My mum & sis punya lah pelik & risau. Tak tau nak buat apa. Lyn terus makan ubat & berharap bengkak tu surut. Klu ikut nak cancel jer melepak, tapi kesian pulak dgn dorang. Bersiap jugak lah mandi segala bagai. Alhamdulillah bengkak surut. Tapi merah2 tu still ada dari tengkuk ke atas. Kaki & badan tinggal skit2 jer. Sapu ubat & make-up lah lite2 jer. 

My mum siap pesan klu tak ok pergi lah klinik balik. Lyn pun pikir mcm tu gak. Jumpa kwn Lyn pun dorang pun pelik. Bak kata my mum gak lah, start dari kaki, badan, leher, muka & kepala tu kira habislah. Harap nya mcm tuh lah. Dah lah kitorang nak layan sushi petang tuh, tu pun Lyn order ayam & elak mkn seafood. Terliur jugak tgk dorang makan. Amik jugak buat rasa. Alhamdulillah sampai ke mlm ok. Cuma adalah saki baki gatal2 tuh. Satu badan dah 95% clear. Yg ada pun tinggal merah skit2 jer. Tu pun Lyn still mkn ubat lagi. Esokkan nak kerja. 

Alhamdulillah, pagi ni semua dah kembali mcm biasa. Cuma yg menjadi tanda tanya skrg ni, sbb allergic or kena gigit binatang. Masih menjadi teka teki. Dan buat masa ini mmg Lyn kena pantang mkn dulu. Benda baru nak baik kan. Dah betul2 ok nnti baru Lyn mkn mcm biasa.

Jawapan pun tak dpt lagi ni. Pelik2...... ????? ishhh... ishhhhhh...

Ermmm pjg nya karangan pagi ini. Rasa mcm tulis karangan dlm SPM jer. hahaha

Ok bye. Nak sambung buat kerja. 

Enjoy!!!

Hi LoVers,

Love Friday. Weekend is almost here!! Time to have some fun.
Enjoy your weekend!!!


Funny







Wordless Wednesday #225




Serabei Cafe

Hi LoVers,

Good morning & Happy Monday everyone!!!

Again, JJCM with them. As usual hari jumaat malam. Arrangement dia dorang berdua yg uruskan. I was busy with meeting siang tuh. Mmg tak reply sgt WA. Tu pun duk mekak2 panggil. I was ok with their plan. Janji tak mengarut nak ke bulan ke bintang. Hahahaa

Lepas fetch Erin kat Shah Alam terus ke Putrajaya. Lyn mcm pelik gak lah. Mula2 dorang kata nak lepak Cyberjaya. Dan2 tu gak tukar plan ke Putrajaya. Ok wa no hal. Layan kan aje minah2 senget ni. Lepak di Serabei Cafe, Putrajaya. Lyn mmg failed skit lah area2 Putrajaya ni. Bkn selalu pun pergi. Recommended by Ayu. Kat area2 ni byk kedai makan. Ada Zawara, Teh Tarik Place & etc.

Sarabei Cafe ni best jugak lah. Ala2 modern concept. Dorang served masakan melayu kita but more focus to Kelantanese dishes. Not bad. 

My fav all the time. Nasi Kerabu. Korang bagi lah Lyn makan nasi kerabu hari2. I was ok. Pernah dulu outstation kat Kelantan, hari2 Lyn layan nasi kerabu tak kira breakfast, lunch &dinner. Sampai member tanya, tak jemu ker?? hahahha

Kueh teow kungfu ke ladna ni. Tak ingat. Untuk Erin. & kawan Lyn sorang lagi makan nasi paprik campur.

Pisang madu with vanilla ice-cream. Sedap. Order satu jer, lepas tu menggelupur bila semua duk hentam makan sampai tak cukup. Hahaha. Tu yg jadi best makan rebut2. hahahah


Sebelum makan, kita snapped pic dulu. Routine tuh. Mmg tak boleh di sangkal lagi. hehehe. Lepas tu baru kita enjoy our dinner. 

Makan2 & borak2. Tu lah kerja kitorang. Selain WA group, time gini lah nak catch-up new thing. Actually bila berjumpa ni lagi byk cerita. Dlm WA kekadang nak cerita tak best. Face to face lagi lah best. Senang. Dlm WA menaip kekadang lambat nak tau satu2 cerita tu. 

By 10.30am kita gerak jalan2 kat Putrajaya tu. Sambil melepak, sambil snapped pic. 


Ada satu insiden berlaku kat sini. Seriously mmg gila lah kitorang bertiga ni. Mcm2 ragam terjadi. Tak boleh nak cerita. But the best part, kitorang buat kerja gila sampai ketawa berdekah2. Mmg gila lah senang cerita. Klu kat rumah, sure ketawa sampai guling2. Ni ketawa sampai sakit perut, sampai meleleh air mata sampai tak de suara. Hahahhaa. Cuma tak boleh guling2 jer. Kat luar woiii. Kang org kata apa plak. Tu pun gelak mcm kena rasuk, sure org pelik. Sure ada org pandang punya. Tapi kitorang punya lah tak heran. Ketawa sampai sakit perut jugak lah. Tapi dorang tetap best.

By 12.30am kita chaw balik lah. Klu di layankan lagi gelagat bertiga ni, mau tak balik jawabnya. hahahaa

Yg penting best. Mereka ni lah member gelak, member sedih, member nangis & segala2 dorang ni. Bila ada masalah, dorang ni tempat mengadu tak kira sapa. Sorang sedih, dua lagi akan cover. Dan begitu lah sebaliknya. Love them :))


Fry Day

 Hi LoVers,

Friday is finally here! Hope your Friday is a wonderful one!!! 
Have a good weekend too!! :))


Funny Quotes







Wordless Wednesday #224




Kueh 13

Hi Lovers,

Cerita shopping yg tak habis lagi sbb belum travel lagi. Owh btw, I'm going to somewhere early next month. Wooottt2!!! Can't wait. 

Mission mencari brg2 keperluan. Bkn boleh beli sekali harung. Kena lah ikut budget kan. Tapi minggu tu mmg dah siap dah beli brg2 yg wajib. Settled. Ada skit2 jer berbaki. Weekend ni baru nak pi beli. Owh nak pi money changer sekali. Duit tak tukar lagi nak woiiiii. hehehhee

Budak2 ni pantang Lyn ckp nak keluar. Mula nak mengikut. Redha jer. 1st destination AEON Bukit Raja, nearby my house. Ada satu insiden berlaku kat satu butik ni. 

Actually, I'm looking for some stuff lah. Mmg nak kena beli hari tuh jugak takut habis sbb sales CNY dah nak habis. So pergi lah kedai tu, but sorang salesgirl ni aka makcik poyo ni kata brg ni dah takde stock. So Lyn pun suruhlah dia check kat outlet nearby kan, senang lah Lyn nak pi amik. So dia pun kata kat tempat lain pun takde, tapi kt Penang JB adalah. Ko giler, aku kat Klang Valley celah mana pulak nak pi sana. Bengong. Lyn dah hangin dah time tuh. Ko pikir logik akal ko lah kan. Lyn tanya lagi.

Lyn : Takkan area2 sini takde. SCM? Paradigm Mall? Bukit Tinggi? *Lyn dah survey outlet sebelum pergi* 

Makcik Bengong : Orang Bukit Tinggi pun baru dtg amik stock kat sini. Klu ada pun, kita tak boleh ambil kan.

Lyn : Please check again. Klu ada, I can go now & buy it. Should be no problem. 

Makcik Bengong : *Dia suh orang kat kaunter tolong check kan*  Kat SCM ada. Tapi kita tak boleh amik lah. *muka dia dah jeling2 kerek2 dah time tuh*

Lyn : Eh tadi kata takde. *selamba jer Lyn ckp. Ni mesti kes main hentam jer*.. Did I asked you to pick-up?? No rite?? I can go. *Dia kerek, aku lagi kerek. Geram plak aku. Aku dah ckp awal2 aku nak amik. Ko tak reti ke hapa*

So Lyn dah geram, Lyn terus pi kaunter/cashier, mintak salesman check kan semula. Dia kata kat Setia City Mall ada. So Lyn terus cakap terima kasih & chaw. Lyn tak suruh amik kot. I did mention ok. Boleh pergi sendiri lah bkn jauh pun. Ishhh jadi geram ok. Dgn2 my nieces pun jadi geram. Nasib baik lah ko berumur dari aku. Klu tak, kena gak lah. 

Terus pergi SCM, beli brg kat butik tuh & chaw. Semata2. hahahha. Dah dpt baru puas hati. 

Tapi cerita sebenarnya nak bagitau kitorang pergi makan kat Kueh 13. Dkt Seksyen 13 sana. Landmark dia dkt dgn Nasi Lemak Cinta Sayang. Sebelah2 jer. 

Snapped pic dulu. The food focus on Malaysian food especially traditional kuih. Time kitorang sampai kan dah petang. Kuih pun ilek pocik. Yg ada pun tak byk dah. For those yg tak mau layan kuih2 ni, no worries Kueh pun ada something modern for you. Korang boleh check sendiri. Lyn tak sempat nak explore coz kitorang rushing for something. 




We had laksa & nasi kerabu. Nasi kerabu dia boleh tahan sedap. But I'm very disappointed with their laksa. Tak menepati citarasa sungguh. Tapi makan jugak lah sbb dah byr & mahal. 

Kitorang makan bertiga plus kuih2 ni dkt RM80. Sekali tgk terkejut jugak lah. Ice-lemon tea ni mahal betul. Nasi kerabu klu tak silap sampai RM18.90 & laksa rasanya dlm RM14.90. Kuih2 tu, 20 pcs RM18. Mmg agak mencekik gak lah. Lyn bkn lah nak complaint ker tak bersyukur ke hapa, tapi serious tak berbaloi. Lyn pun bkn nak berkira sgt. Klu sedap byr mahal pun takpe. Ni.. ermmmmmm.. Sekali jer lah. 

Balik my mum & my sis rasa kuih dia pun, tak berapa kena lah dgn tekak org lama2 ni. Pd Lyn pun kurang. Ni cakap terus terang jer. Tapi korang jgn lah termakan kata2 ku ini. Mungkin tekak org kampung mcm kami ni lain. Tekak korang maybe lain.

Hahhh ni address dia.

Kueh
Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, Shah Alam

Gangnam Station

Bukan lagu Gangnam style yer uolsss.. Hehehhee

It's Gangnam Station ye uolsss. They served korean food. My first time went there. Maklumlah dgn kawan2 ni dah semua restaurant di carik nya. JJCM katanya. Dah klu dgn dorang ni mmg diet kelaut. Cerita dia, makan, makan, makan dan makan lagi. Tak boleh nak elak. hehehe. Bila habis makan baru fikir soal diet balik. Bila dah diet, makan balik. So dietnya mmg tak consistent gitu. Hehehe

Btw, it's is located in Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Korang boleh waze klu tak jumpa. Lyn pun guna waze ok. Friday night its always makan2 day aka hari melepak dgn kawan2. 

Nearby my house. Mmg Lyn lah yg sampai dulu dari lelain. Biasa tuh. Time lepak kitorang spt biasa selepas Maghrib. Settled kan apa2 yg patut baru lah berjumpa. Sementara menunggu yg lain2 kita jalan2 dulu. Ermm mmg byk restaurant kat dlm2 ni. Lyn awal2 dulu ada gak pergi. Tapi masa tu tempat ni masih baru lagi. So boleh kira lah berapa byk restaurant. Tapi sekarang kemain byk. Ermm boleh nampak tak betapa lamanya tak kesana. 

Jam 8.30pm baru semua dtg. Btw, kitorang bertiga jer. Tapi dia punya riuh mcm 30 org jugak lah. Hahaha. Biasa jugak tuh. Tak riuh bkn kitorang lah namanya. Hehehehe

Let me show you the menu selection. 

Dolsot bulgogi. Ni daging & mushroom. Sedap. Tapi Lyn tak makan daging kan. So makan mushroom saja. hehehe

Heamul japchae. Yg ni sedap. My selection. Mcm suhun2 gitu. Ada sotong besar. Tapi dia punya portion besar sampai tak boleh nak habis. 

Tteokbokki rice cake. Tak minat sgt. But oklah. 

Gun madu. Ni menu denda pada siapa yg dtg lambat. Hehehe. Sedap jugak. Side dishes pun ada jugak. Tapi lupa nak snapped picture. Gelojoh dah masuk mulut dulu. Hahahhaa

Kat sini, mcm jenis menu ada. Steamboat pun ada. Set & ala carte pun ada jugak. Kita amik yg ala-carte then boleh share sama2. Yg set pun ada, tapi mcm portion dia lagi besar. Kita amik set yg kecik. Tapi bila sampai, besar jugak ok sampai tak larat kitorang nak habiskan. Makan mengah, makan mengah. Sampai sengkak jugak lah perut. Kitorang siap take-away lagi. Terlalu byk. so better take-away. 



Lepak, makan, borak. 
Lepak, makan, borak.

Klu tak amik gambar mmg tak sahlah kan. Mana aci mcm tuh. So bergambar adalah aktiviti wajib bila lepak. Buat kenangan2 gitu. Nak update FB ker, IG ke, senang lah kan. Blog, Lyn sorang jer yg ada.

Begitulah Jumaat malam kitorang. Bila free jer roger. Boleh di katakan every week. Cuma org yg ketiga tu selalu ganti2. Muka wajib mmg dah ada Lyn & my friend Erin. Yg sorang tu sure bertukar. Tak Ayu, Ainil. Sbb dorang ni mmg busy. Kitorang berdua pun busy gak, tapi sempat gak lah melepak. Tapi dorang berdua tu takde. Lyn berdua dgn Erin pun jadi gak melepak. Wa no hal. hehehhee

Korang klu teringin nak rasa korean food, singgah sini. Saja bagitau. Makan sedap & harga pun reasonable.


Fri-Yay!!!

Finally, it's Friday. Fri-yay!!! Friday! Yeay!!!!
The best day of the week :D

Happy weekend everyone!!!


Smile :)