Wordless Wednesday #237




Petua Hilangkan Keletihan Ketika Berpuasa

Just want to share with you guys walaupun kita sudah berada di akhir2 Ramadhan. Boleh di amalkan bila2 jika hendak berpuasa. Puasa ganti or puasa sunat.

Elakkan daripada tinggalkan sahur. Sabda Rasulullah SAW, “Sahurlah kamu, kerana sahur itu terdapat berkat yang besar”. Pilih makanan yang berserat dan berprotein yang tinggi kerana sel-sel tubuh kita memerlukan gizi yang secukupnya untuk kekal bertenaga di waktu siang.

Jangan menangguh waktu berbuka. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang sederhana supaya dapat memberikan semula tenaga pada badan. Supplement B Complex perlu diamalkan bagi menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.

Atur menu makanan. Utamakan 5 unsur gizi yang lengkap iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Ambil makanan yang tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.

Hindari minuman sejuk dan kandungan gula yang tinggi. Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.

Makan secara bertahap. Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.

Lakukan senaman ringan. Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Solat terawih adalah senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

Jangan terus tidur setelah bersahur. Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku. Jangan biarkan diri anda terus berada dalam keletihan dan tidak bertenaga kerana terlalu berkira-kira untuk membelanjakan wang anda ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga.


Ramadhan Kali Ini

Hi LoVers,

Sedar tak sedar dah 19 hari kita di bulan Ramadhan. Terasa hampir dkt kita akan meninggalkan bulan yg sgt mulia ini. Ramadhan Lyn biasa2 jer spt thn2 yg lepas juga. Tak pernah lagi jejak bazaar Ramadan setakat hari ini. Dan In Sha Allah, dah berjanji takkan pergi pun. 

Sepanjang Ramadhan ni, mmg Lyn berbuka di rumah. Hanya sehari jer hari tu ada majlis berbuka puasa dgn Bos & management staffs. Ni mmg wajib kena pergi. Tak boleh tidak. hehehe. 

Menu2 kitorang spt biasa jer. Tak ada lauk yg best mcm kalian semua. Menu kitorang mmg tersangat simple. Mmg takde nasi & lauk2. Sbb kita mmg dah di ajar makan yg ringan2 jer waktu berbuka. 

Menu utama yg wajib ada ialah cekodok ikan bilis cicah sambal tumis. Mmg tiap2 thn akan ada. Sebulan yer without failed. Klu takde, rasa tak complete berbuka puasa kami sekeluarga. Menu sampingan kuih muih, kurma & buah-buahan. Kuih muih ni mmg beli lah. Tapi bkn lah bazaar yg melaut tuh. Beli di kedai2 biasa jer. 

Murtabak semestinya ada. Kwn abg Lyn yg jual. Tapi nak beli murtabak ni mmg kena queue pjg jugaklah. Sbb murtabak ni sgt sedap & famous.

Lain2 sampingan roti john. Ni anak buah Lyn yg jual sempena Ramadhan ni. Hari2 biasa sebelum Ramadhan ni dia jual burger jer. Kira bulan ni special lah skit. 

Mcm Lyn bgitau tadi, menu kitorang tersangat lah simple. Lauk pauk mmg masak, tapi untuk bersahur nanti. Mmg takda siapa pun akan makan nasi waktu berbuka. Klu ada yg nak makan nasi pun, bkn nasi berlauk lah. Klu sapa2 teringin dorang beli nasi kerabu, nasi lemak, laksam, nasi ayam or mee soup, ikut citarasa masing2. Mcm Lyn mmg jarang sgt makan nasi. Klu ada pun nasi kerabu, kan my fav tuh. Hehehe. Kuih muih pun beli aka kadar jer. 2 jenis setiap hari. Tu pun tak habis uolsss. Semua2 ni mintak my BIL or my niece yg belikan. 

Begitulah menu kitorang setiap hari. 

Eh ni bkn Lyn punya sorang. Ni satu meja yg punya juadah berbuka puasa dgn my boss & management staff hari tuh. Lokasi di Kelab Shah Alam Selangor. Menarik jugak berbuka kat sini. Byk betul makanan. Kebetulan pergi time weekdays, mmg tak ramai org. Nak ambil makanan pun senang. Tapi my boss kata weekend mmg penuh sampai kan nak ambil makanan pun kena queue pjg. Majoriti company ni kan semua chinese, so dorang spt biasalah kena lah menunggu dgn penuh sabar. hahahaha

Time sahur kat rumah ni ada 3 session. Pukul 4.00am turn Lyn, my mum, adik & BIL. Pukul 4.30am my uncle. Pukul 5am my sis & anak dia. Sahur pulak masing2 makan nasi berlauk. Itu pun ikut tekak masing2 lah. Mcm Lyn tgk keadaan. Klu mood nak mkn nasi, makan nasi lah. Klu tak makan kurma di blend dgn susu. Tu lagi mengenyangkan dr makan nasi. Lyn mmg jarang2 sgt makan nasi. 

Setakat hari ni mmg tak pernah failed lagi bgn sahur even ABC pun. Teringat pesan Arwah Abah Lyn, walaupun kenyang tapi bgn jer lah sahur walaupun hanya minum seteguk air. Byk rahmatnya. Sampai hari ini Lyn ingat pesan Arwah Abah.

Oklah korang, selamat berhujung minggu & happy shopping!!! :)


Wordless Wednesday #236






I Miss You!!

Hi LoVers,

I miss Perth so much. The people, the lifestyle, everything is the best.

This was taken at our balcony at Baileys Serviced Apartment, Perth.

I should blog about it soon. In Shaa Allah... About Krabi too. Hahahaha.

Bye!!!


Kenangan Berpuasa

Hi LoVers,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 12 hari kita di dalam bulan Ramadhan. Allah... sekejap jer kan. Rasa mcm baru jer puasa. Semoga Ramadhan kali ini adalah yg terbaik daripada sebelum2 ni. In Sha Allah...

Ermmm saja lah nak mengimbau zaman2 dulu. Korang masih ingat tak umur berapa korang start berpuasa??

Actually, Lyn pun tak ingat umur berapa yg Lyn betul2 puasa. Rasanya lambat jugak lah. 8 or 9 thn kot. Ishh lupa lah. Tapi seingat Lyn lah, dulu mmg puasa yang yuk gitu, pagi2 dah bukak periuk. Puasa acah2 jer. Awal2 dulu belajar puasa separuh hari dulu. Tengahari makan lepas tu sambung puasa balik. Even sampai skrg pun ramai ibu bapa yg praktikkan anak2 dia puasa separuh hari. Bagus kan. Tak boleh mendesak sgt. Klu pengsan anak tu nnti mcm mana. Bila dah besar & dah larat, kita puasa separuh hari. 

Arwah Abah Lyn mmg tak paksa kitorang puasa beriya time tuh. Maklum lah belum baligh. Tapi yg di tekankan bab solat. Yg tu mmg wajib. Jadinya puasa ni slow2 lah belajar. Bila kita solat In Sha Allah secara automatiknya kita akan berpuasa. 

Lyn masa kecik2 dulu mmg byk ragam klu di suruh berpuasa. Sakit perut lah. Gastric lah. Kepala pening lah. Mmg seribu satu sakit yg akan keluar nnti. Hahaha. Pernah jer belakon beriya berpuasa, tapi masuk bilik air minum air paip. Hahahaha. Korang pernah tak?? Sure pernah kan. Jgn tipu lah klu tak pernah minum air paip. Rasanya rata2 ada pengalaman yg sama. Pantang masuk bilik air, sure minum air paip. Sampai kan nak ambil wuduk pun sempat lagi minum. Aduhaiii mmg tak boleh blah sungguh. hahahaa.

Pernah gak abg2 & kakak2 yg dah kerja time tu suruh Lyn & my sis penuhkan puasa sebulan. Sbb apa? Sbb nak dpt duit raya. Klu tak cukup sebulan, tak dpt duit raya. Tu yg berlakon puasa tu, sampai ada masanya tak tahan, tu yg duk telan air paip tuh. hahahaha. Mmg tak pernah kantoi, dorang pun tak tau. Tapi Allah tau. 

Ishhh mmg mcm2 alasan lah yg dibuat. Tapi yg best bab minum air paip tuh lah. Mana2 pun Lyn baca & dgr, sure ada pengalaman mcm ni. Ermm zaman skrg ada lagi ker yg duk telan air paip?? Tak kot. Budak2 skrg dah maju. Alasan apa erk klu tak puasa skrg ni? Gastric kot. Hahaha. Time tak puasa, kemain elok takde gastric. Bila masuk je bulan Ramadhan, dan2 gastric menjelma. hahaha

Tapi mak pak zaman skrg mmg menitik beratkan budak2 berpuasa. Pd Lyn tak salah, tapi jgn lah sampai mendera. Klu umur dia  5 6 thn, apa salahnya bagi dia pelepasan puasa separuh hari. Lepas makan tengahari sambung balik. Kan elok praktikkan mcm ni. Jgn lah di paksa puasa sehari suntuk sedangkan anak tu tak tahan. Ada Lyn baca sampai lembik2 budak tu berpuasa. Bila mintak berbuka, mak nya tak bagi. Tak eloklah mcm ni. Kesian budak tuh. Klu lembik sampai pengsan anak tu mcm mana? Hahhh kan lagi payah. Jadi bagi lah kelonggaran pd mereka. In Sha Allah, lama2 nnti boleh juga mereka berpuasa penuh.

Islam ni kan mudah. Jadi sama2 kita belajar yer.

Oklah semua, rasa mcm pjg pulak entry kali ini.

Have a great weeken & happy shopping!!!


Wordless Wednesday #235




Lawak Berpuasa





Wakakakaka :D

Melepak Di Putrajaya

Hi LoVers,

Good morning everyone. Salam 8th Ramadhan. Allahuakbar, cepatnya masa berlalu.

Lyn nak story about lepak2 dgn my friends. Lokasi kedua2 nya di Putrajaya. Biasalah kitorang klu jumpa mmg kesana selalu. Bkn apa member sorang tu patah kaki. Kereta masuk workshop. Jadinya mmg kena kesana lah. Klu dia ada kereta biasanya kita lepak kat area Puchong. Kira2 tgh2 lah. 

Ni lepak kat Zawara Ayer8 Putrajaya. Ni jer lokasi yg paling senang untuk lepak selain dari Alamanda. Dulu2 mmg tak pernah nak ke area Putrajaya ni. Skrg ni mcm kerap pulak. Lepak jer Putrajaya. hahaha. Biasa klu jumpa dorang ni mmg ada mission yg menanti. Jgn di tanya mission apa. Tapi selalu klu jumpa sure ada jer cerita dia.

Makan, gossip, gelak..
Makan, gossip, gelak...
Lepas tu stress secara berjemaah. Hahahaha.

Next, di hari yg lain di Alamanda pulak. Ni mmg craving nak makan sushi. Tempat wajib klu nak pekena sushi mmg di Hei Sushi jer jawabnya. Dah addicted. Bila sorang meroyan nak makan sushi dlm group, dah sorang lagi pun teringin. Ermm jadinya sebelum puasa, dan sebelum Lyn terbang ke Perth hari tuh, dpt gaklah melepak sekali dgn dorang ni. Cuma kali ni tambah ahli sorang lagi, yg jarang sgt dpt lepak bersama. 

Kitorang ni mmg tak boleh nak lari dari habit bergambar. Lyn tak tau lah sindrom apa. Hahaha. Klu tak ok pic tu sure lah snapped sampai semua org puas hati. Pelik betul. Layan kan aje mereka2 ni. Hahahaha. Ni pun lepak selepas masing2 balik dr kerja. Hari Jumaat klu tak silap. 

Masa ni pun sebenarnya ada satu insiden yg berlaku. Tapi tak perlu lah Lyn cerita dlm ni. Off record gitu. hahaha

Ni lah makanan yg kita order di Hei Sushi. Nampak byk kan. Nampak mcm tamak haloba. But end-up habis & licin licau kita kerja kan. Nampak tak betapa laparnya masing2. Hahahha. Tapi makan kat sini mmg puas hati lah. Semua sedap2 belaka. Mcm kitorang dah biasa mkn kat sini. Tapi pd kawan Lyn yg baru try makan kat sini, dia pun kata sedap sgt. Lepas ni katanya nak heret lakinya sama.

Emmm.. in total its cost us RM120. Not bad rite. Harga kat sini mmg reasonable. Even mahal pun tapi mmg puas hati sgt2.

Ini mmg last lepak dgn dorang sebelum puasa. Bulan puasa ni mmg takde lepak2 lagi. Masing2 sibuk & mlm pun ada terawih. So lepak2 tu kita akan arrange kemudian lah nnti. Terawih tu kita dahulukan. Bkn tiap2 bkn ada kan terawih. Jadinya kita gunakan sebulan ni mengaut segalah pahala dgn sebaik2nya.

Selamat berpuasa :)


Cerita Jumaat

Hi LoVers,

Salam 5th Ramadhan. Sekejap jer kan. Tup2 nnti dah akhir Ramadhan. 

As usual, hari Jumaat jer mesti entry pendek jer. Ermm mmg hari2 pun entry pendek jer pun. Lagi banyak cerita eh ko Lyn. hahaha. 

Minggu ni tak kemana2 kot. Minggu ni nak sambung rest jer. Klu ada pun, nak keluar sekejap nak beli shawl untuk anak dara sorang tu untuk buat raya. Hari tuh dah belikan on9. Yg color nak beli ni payah pulak nak dpt. Nampak gayanya kena keluar jugak sat. Tak jauh mana pun. Seksyen 7 jer. Sana melambak butik. Nak belikan tudung untuk my mum skali harung. 

Lyn tak shopping apa pun. Baju raya next week siap. Hantar dobi then tunggu raya nnti baru pakai. Shawl pun dah beli on9. Senang. Lain2 tu akan di pikirkan kemudian. Lagi2 skrg ni dah berumur, raya pun ala kadar jer. Yg penting siap semua keperluan untuk my mum. Anak dia takpe. Tak raya pun shopping gak. So pandai2 lah dia nak hidup. Hahahhaa

Oklah nak sambung buat kerja. Have a good weekend & happy shopping!!! :)


Majlis Aqiqah

Hi LoVers,

Happy 4th Ramadhan yer. So how's ur fasting month?? Harap2 baguslah yer.

Owh yer, last year Lyn dapat dua granddaughter. Jadi thn ni bertambah lagi duit raya untuk budak2. hehehe. Tapi ttp tak banyak pun since my niece & nephew ramai yg dah besar panjang, masing2 dah kerja pun. Klu ada pun tak ramai, plus 8 org grandchild. This year tambah lagi sorang grandchild, lepas raya In Sya Allah.

It was a week after I got back from Krabi. Alamak cerita Krabi pun tak buat lagi. hehehe. Nanti lah yer. Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Nur Medina Sofea, my nephew's daughter. Majlis buat di rumah mertuanya. 

Kumpulan Marhaban area kampung kami. Owh yer dorang ni kahwin sekampung. Cuma lorong jer lain2. Hahaha. Senang nak balik kg tak gaduh. hehehe

Tu si kecik tgh tidur sebelum marhaban & cukur jambul. Lyn tak masuk pun. Duduk luar jer. my nephew yg tlg snapped kan semua picture ni. 

My SIL yg mula kan cukur jambul

Follow by my brother. Time ni dah bangun lah dia. Tu yg kemain tegak jer kepala dia. 

 

Hahhhh budak kecik yg dah berumur 7 bulan skrg ni. Pantang org ajak gelak, kemain menggedik sungguh. Dia jenis nak jer kat org. Pantang org ambil nak dukung, kemain suka dia. Serious jenis tak takut org. 

Kambing golek

Kami2 yg dtg. Picture tak semua Lyn tepek sini. Byk sangat. Tak larat nak tepek. Seronoklah bila jumpa ramai2 ni. Sambil makan sambil borak. Even dkt pun kekadang tak sempat nak catch-up semua cerita. 

His little family

In Sha Allah, meriah lah raya thn ni. Ramai baby boleh belek. hahaha. And for sure tak pernah akan cukup quorum. My Kak Ngah & Abg Uda Lyn mmg selalu beraya rumah mertua dulu. My adik thn ni raya kat Alor Setar. Yg lain2 semua akan beraya rumah my mum. I olsss jgn tanya. Hahahaha

Selamat berpuasa :)


Wordless Wednesday #234




Salam Ramadhan 1437H

Hi LoVers,

As Salam semua.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada kaum Muslimin & Muslimat. Semoga kita dapat menjalami ibadah puasa dgn sempurna.

Maafkan segala salah silap Lyn sepanjang menulis di dalam blog ini.

Salam Ramadhan 1437H.


Weekend

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Minggu ni adalah minggu rest di rumah. No outing at all. Minggu menqada' tidur & sewaktu dengannya. Hahahaha.

Have a good weekend & happy fasting!!!


Perth 2016

Hi LoVers,

I just got back from Perth on Tuesday night. Yesterday, I was on leave. Today baru kembali bekerja seperti biasa. But a little bit tired. Huhuhuhu

Here's some itinerary during our holiday. 

Perth : 5 days 4 nights

27th May 2016 (Friday)
  1. The Park Hive IGA
  2. Lake Clifton
  3. Busselton Jetty

28th May 2016 (Saturday)
  1. Cape Leeuwin Lighthouse
  2. Fremantle (E-Shed Market, Fremantle Market, Fremantle Prison & Cicerello's)

29th May 2016 (Sunday)
  1. Caversham Wildlife Park
  2. Lancelin Sand Dunes
  3. The Pinnacles Desert

30th May 2016 (Monday)
  1. Swan Bell Tower
  2. Watertown
  3. Murray Street
  4. Hay Street

31st May 2016 (Tuesday)
  1. King's Park
Lyn akan update later yer. Mmg byk sgt cerita yg hendak di kongsi. Bila pikir2 balik entry Krabi pun tak menulis lagi. Bersabar la yer korang2 semua. In sha Allah, ada kelapangan Lyn akan update slow2.

Bye!!!