Petua Hilangkan Keletihan Ketika Berpuasa
Tips Kekal Sihat di Musim Panas
Corat Coret di Bandung
Pantang Larang Org Dulu-dulu
Korang percaya dgn kepercayaan orang dulu2. Ermm pada Lyn ada yg kita boleh ikut tapi jgn sampai jadi khurafat plak. Kadang2 tak paham nape lah org dulu2 byk sgt pantang-larangnya. Tapi bila di fikirkan semula, pasti ada sebab musababnya.
Saja lah nak share pantang larang org dulu2 dgn korang. Masa Lyn kecik2 dulu. Ada jugak betulnya ^__^
Potong kuku waktu malam. Masa dulu2 mak pak Lyn tak bagi anak2nya potong kuku waktu malam. Katanya panggil hantu. Boleh gitu?? Buat gelak jer kan. Actually bkn ape pun, dah malam, wat pe nak potong kuku. Mcm lah takde waktu siang. Nanti terpotong isi baru tau. Lagi satu, klu kuku pjg syaitan suka gayut. Sbb tu sampai skrg pun Lyn tak pernah kuku pjg. Geli okey. Cmne lah orang2 yg kuku panjang yer. Berselera ye ko makan. Bluekkkk!!
Jangan duduk atas bantal, nnti ada bisul. Tapi mmg tak pernah pun duduk atas bantal. Agak tidak sopan disitu. Bantal kan tmpat kita tidur, takkan ko nak letak punggung ko plak. Tak sesuaiiiiiiii okey.
Jangan bersiul. Sbb orang dulu2 kata panggil makhluk halus. Sampai skrg tak reti bersiul. Pernah kawan Lyn bersiul kat office. Terus Lyn marah dia. Perempuan kot. Sgt tak sopan perempuan bersiul. Eh.. lelaki pun sama. Lagi satu jgn bersiul dlm rumah nnti ada ular masuk. Boleh attract ular masuk plak erk? Tapi sebenarnya bising. Takkan nak ganggu ketenteraman org dlm rumah. Kang kena hempuk plak. Hahaha
Jaga rambut jgn sampai ada kutu. Klu byk kutu nnti dia bawak terbang sampai masuk dlm hutan. Giler scary time tu dgr. Tapi tak caya kot bila dah besar pjg ni. Hehehe
Pantang yg ni org2 tua tak bagi kalu meniarap sambil silang kaki. Biasalah kan time buat kerja sekolah sure akan buat mcm ni. Selalu gak kena tegur. Katanya nnti emak meninggal cepat. Takut jugak klu dgr. Tapi sebenarnya klu buat gaya mcm tu, pastu pakai kain pulak, tak ke nampak alat sulit or spentot dlm tu. Kan tak elok. Diorang nak kita sopan santun lah. Takde lah terlopong sana sini. Hahaha
Jgn intai orang mandi nnti ade ketumbit. Klu ada ketumbit mesti org pikir kita intai orang mandi. Betul tak? Sure ada yg tanya ko intai sapa. Masalahnya tak sopan intai org mandi. Klu org tu mandi bogel camner?? Ko gak yg malu kan. Lagipun mengintai tu tak senonoh okey. Sbb tu lah org2 dulu suka kata gitu. Takut korang jdi pengintai. hahaha
Cukup lah sampai sini. Klu nak cerita, mmg byk lagi pantang larang org dulu2. Mcm Lyn ckp tadi, pasti ada sbb musababnya. Tapi terpulang lah samada nak percaya atau tidak. Mane yg baik boleh lah kita ikut, yg tak baik kita jauh2kan lah. Tapi kekadang elok jugak pantang larang ni, boleh mengajar seseorang itu lebih mendengar kata. Idak lah dia hentam kormo jer. Betul tak??
[Pic, credited to Google imge]
Cendawan Busut
Ni rupanyer cendawan busut yer anak2 pada org tak kenal rupa bentuknya. Dulu2 mmg rajin kitorang kutip kat kebun bila mana habis musim hujan. Seronok time mengutipnya.
Bersihkan, lepas tu buat masak lemak pun boleh, tumis air cendawan atau goreng mcm tuh jer pun boleh. Rasanya sgt manis berbanding dgn cendawan tiram yg skrg ni. Tapi skrg ni mmg payah nak cari cendawan busut ni. Tuan tanah dah rajin meracun rumput/ kebun, mmg takde lah tempat dia nak tumbuh.
Jadiknya mkn saja cendawan tiram yg dijual kat pasar2 atau pasaraya tuh. Daripada takde, redha je lah. Janji dpt gak lepaskan kempunan nak mkn cendawan.
Lyn adalah penggemar cendawan. Paling favorite klu masak sup sayur + cendawan. Mmg cendawan jer lah yg Lyn kaut. Buruk perangai kan. Hahaha. Tapi takde lah nak kaut semua. Tinggalkan jugak tuk org belakang.
**************************************
Fakta Cendawan Busut Yang Perlu Anda Tahu:
1. Tumbuh di atas busut anai-anai.
2. Tumbuh secara koloni
3. Antioksida yang baik dan kandungan lemak yang rendah. Dijadikan makanan kesihatan kerana rendah kolesterol dan sesuai untuk orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi
4. Tahap racun (sekiranya ada) pada manusia: Setakat ini tiada kes keracunan. Perlu dimasak sebelum makan.
5. Sifatnya seperti rumput. la tidak akan tumbuh di kawasan yang kerap diracun.
6. Cendawan busut akan tumbuh di tempat yang sama.
7. Sifat tanah mempengaruhi warna cendawan busut. Jika tumbuh di tanah merah, warna cendawan akan kemerah-merahan, begitu juga jika ia tumbuh di tanah gambut. Warnanya akan kehitam-hitaman. Tetapi apabila kulitnya dikupas, isinya tetap putih.
8. Jika dicabut dari tanah dan ditanam di kawasan lain, ia tidak akan tumbuh.
9. Sekiranya cendawan dicabut, badannya tidak akan membesar tetapi topinya akan mengembang. Jika disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh tahan hingga seminggu.
10. Cendawan busut mengeluarkan bau yang harum. Apabila hari keempat iaitu hari topi mengembang, bauya dapat dihidu dalam radius sehingga 20 meter. [Source]
[Pic, credited to Google image]
Sunita Williams Angkasawan India Masuk Islam
Salam Lovers,
Lyn nak share something dgn korang. I’ve found this during blogwalking last nite.
Baca & mari kita hayati sama.
Sunita Williams (wanita pertama India yang pergi ke bulan) menerima ISLAM, MasyaAllah, ini kerana apabila mereka berada di atas bulan, mereka melihat ke arah BUMI. BUMI seluruhnya kelihatan gelap, tetapi hanya 2 tempat pada BUMI yang kelihatan bercahaya dan cerah. Mereka terkejut melihat seperti itu dan kemudian mereka melihat dengan bantuan teleskop dan mengetahui bahawa kedua-dua tempat itu adalah MEKAH dan MADINA, MasyaAllah. Kemudian mereka memutuskan bahawa selepas mencapai ke bumi mereka akan menerima ISLAM.
Gambar yang dirakam sendiri oleh Sunita Williams
Angkasawan terkenal dunia :Sunita Williams
Hebatkan??
Maha Suci Allah… Hanya dia yg berkuasa di muka bumi ini. Allahuakbar!!!
Credited to this blogWarna, Aura & Personaliti
Apa itu aura? secara umumnya,aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata. Jom kenali sifat personaliti seseorang melalui warna dan auranya.
Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.
Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.
Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .
Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.
Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.
Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.
Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.
Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .





