Cendawan Busut

Ni rupanyer cendawan busut yer anak2 pada org tak kenal rupa bentuknya. Dulu2 mmg rajin kitorang kutip kat kebun bila mana habis musim hujan. Seronok time mengutipnya.

Bersihkan, lepas tu buat masak lemak pun boleh, tumis air cendawan atau goreng mcm tuh jer pun boleh. Rasanya sgt manis berbanding dgn cendawan tiram yg skrg ni. Tapi skrg ni mmg payah nak cari cendawan busut ni. Tuan tanah dah rajin meracun rumput/ kebun, mmg takde lah tempat dia nak tumbuh.

Jadiknya mkn saja cendawan tiram yg dijual kat pasar2 atau pasaraya tuh. Daripada takde, redha je lah. Janji dpt gak lepaskan kempunan nak mkn cendawan.

Lyn adalah penggemar cendawan. Paling favorite klu masak sup sayur + cendawan. Mmg cendawan jer lah yg Lyn kaut. Buruk perangai kan. Hahaha. Tapi takde lah nak kaut semua. Tinggalkan jugak tuk org belakang.

**************************************

Fakta Cendawan Busut Yang Perlu Anda Tahu:

1. Tumbuh di atas busut anai-anai.

2. Tumbuh secara koloni

3. Antioksida yang baik dan kandungan lemak yang rendah. Dijadikan makanan kesihatan kerana rendah kolesterol dan sesuai untuk orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi

4. Tahap racun (sekiranya ada) pada manusia: Setakat ini tiada kes keracunan. Perlu dimasak sebelum makan.

5. Sifatnya seperti rumput. la tidak akan tumbuh di kawasan yang kerap diracun.

6. Cendawan busut akan tumbuh di tempat yang sama.

7. Sifat tanah mempengaruhi warna cendawan busut. Jika tumbuh di tanah merah, warna cendawan akan kemerah-merahan, begitu juga jika ia tumbuh di tanah gambut. Warnanya akan kehitam-hitaman. Tetapi apabila kulitnya dikupas, isinya tetap putih.

8. Jika dicabut dari tanah dan ditanam di kawasan lain, ia tidak akan tumbuh.

9. Sekiranya cendawan dicabut, badannya tidak akan membesar tetapi topinya akan mengembang. Jika disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh tahan hingga seminggu.

10. Cendawan busut mengeluarkan bau yang harum. Apabila hari keempat iaitu hari topi mengembang, bauya dapat dihidu dalam radius sehingga 20 meter. [Source]

[Pic, credited to Google image]

2 comments:

SURIA AMANDA said...

my favvy tu...suka time nak pi pungut cendawan ni...

Lyn Yusoff said...

Suria,
kannnnn...
sedap pun sedap cendawan ni