Bila semakin menghampiri Ramadhan, masing2 berlumba2 nak buat kenduri. Tiap2 thn mcm ni. Time tu lah ada date yg clash dgn org ni orang tuh. Kitorang yg nak buat kenduri ni siap berpakat2 dng sedara mara takut clash.
Plan asal nak buat kenduri Sabtu malam minggu, tapi my auntie plak buat. Elok jer kitorang anak beranak habis meeting, my auntie dtg menjemput. Terus anjak kan ke hari jumaat. Sbb klu nak buat next weeknya, my bro outstation. So redha jelah buat kenduri hari bekerja.
Lyn pun cuti last minute ari tuh. My sis kena balik Alor Setar, mak mertuanya meninggal dunia. Patutnyer dia yg cuti. So kenalah mengganti. Nasib baik lah kakak & kakak ipar yg lain semua bercuti kan. Boleh lah tolong2. Spt biasa masak sndiri. Lyn amik tender masak nasi. Lauk2 my mum & sisters yg settled kan.
Kenduri after Isya’. Jemputan mmg ramai termasuk jemaah masijd, org kampung & sedara mara. Spt biasa buat khemah, senang mereka semua nak makan.
Dimulai dgn bacaan doa, bacaan Yaasin dan tahlil, hampir jam 10pm ++ baru habis semuanya. Ada jamuan kecil2an utk tetamu yg hadir.
Pics tak de sgt, sbb Lyn & lain2 bz dgn kenduri sambil melayan tetamu2 yg hadir. Yg ada pic makanan jer. Tu pun sebelum majlis bermula.
Sambal tumis udang. Mmg laku sungguh malam tuh. Sampai top-up tiga kali tau :)
Kari ayam. Ni pun 3 kali tambah
Ulam2an, kacang botol dan timun. Ada ikan kembung goreng jugak
Telur masin & sambal belacan. Ada jugak limau, kuih-muih & pencuci mulut. Tapi spt biasa tak sempat nak snapped. Mak bz nak woiiiii hehehe
Ada lah terselit my niece, Puteri & my granddaughter, Khaira ni hah. Gambar I pun takde uolsss. Huhuhu. My nieces ada tpi bz memasing. Kitorang adik beradik pun bz ke hulu ke hilir semua. My nieces ade gak yg takde time ni. Tiga org kat UiTM sana, Baby balik kg neneknya meninggal. So mmg tak cukup quorum buat kenduri ni.
Tapi Alhamdulillah semuanyer berjalan dgn lancar sebelum kita menghampiri Ramadhan tak lama lagi.
Mlm tu jugak kitorang adik beradik yg perempuan berkemas. Yg lelaki semua kena kemas area luar. Sapu sampah, basuh pinggan & kemas khemah. Kitorang yg perempuan kemas rumah. Mmg siapkan malam tu jugak. Dkt pukul 2am gak baru settled semua.
Masing2 running out of energy. Letih betul ari tuh. Masuk bilik, naik katil, capai bantal & kebabommmmmmm. Sedar2 dah pagi jer. hehehe. Ermmm mmg letih. Tapi sabtu ahad leh qada’ tidur. hehehe
So bila kenduri dah settled lega lah skit. Boleh tumpukan hal2 yg lain pulak :)
2 comments:
Putri tu sebijik muka Lyn la...
Suria,
kannnnnn...
anak buah katanya..
dan dia pun perasan muka kitorang sama masa kekecik dlu
Post a Comment