Diari Ramadhan 1433H : Day 3 & 4

Bila masuk hari bekerja berpuasa, mmg takdalah nak singgah bazaar Ramadhan gitu. Normally mmg my mum masak lauk pauk & kuih2 tu kita beli kat kedai kecik2 jer. Walaupun 7 org jer yg ada kat rumah tuh, masing2 jenis tak cerewet tang makanan. Ape yg ada kita makan. Name nak merungut idaklah.

Serba serbi yg sederhana. Bukn ape, pergi bazaar Ramadhan mmg byk yg kita teringin sangat nak mkn, tapi bila dah ade dpn makan tak terlarat ko nak makan. Akhirnya nnti ke tong sampah lah jwabnya. Jadi dari terbuang baik lah kita bersederhana.

IMG02537-20120723-1924Cekodok & nasi goreng pasti ada. Kuih muih pun adalah 2 3 jenis. Tu pun beli RM2.00. Tak habis makan pun. Tu baru beli sejenis dua jenis kuih. Klu beli berjenis2 agak2 bleh habis tak agaknya.

IMG02539-20120723-1937Ada pulak mee kari tuk juadah kami hari Isnin ari tuh. My mum teringin.Kuah kari yg berlebih tu kita buat mee kari. Masih elok lagi. So kita pelbagaikan. Jadi tidak lah membazir kan.

Next day, menu seperti biasa jugak.

IMG02540-20120724-1913 Ada cekodok, menu yg wajib setiap hari. Kuih muih skit & buah2an. Selalunya kuih muih ni my BIL & niece lah yg beli. Sbb beli dah sibuk2 kat dapur takde lah teringat nak beli ape.

So bila puasa ni masing2 diberi tugas supaya tak lah kelam kabut nnti. Yg kitorang ni biasa nya memasak & menyiapkan apa2 yg patut dari sebelum berbuka sampai lah habis waktu berbuka. Yg tukang beli kuih pass kat BIL & niece. Doranglah akan ronda2 beli kuih kat area my house.

Juadah berbuka korang pasti hebat & beraneka kan. Kami spt biasa mcm ni lah. Simple & yg pasti tidak membazir :)

4 comments:

Mooniqueen said...

Untungnya duduk dgn family... Jeles lahh... Hehe...

attyfir said...

kty pun suka , time berbuka goreng cekodok..

Lyn Yusoff said...

MQ,
tu lah pasal..syokk!!

Lyn Yusoff said...

Atty,
kannnn
dah jadi menu wajib tiap2 thn :)