Flower Girl

Selain pengantin, si kecik2 kat bawah ni pun menjadi perhatian. Semua org  kata comel. Hehehe

IMG_1871  My lovely nieces, Puteri & my granddaughter, Khaira & Nurul. Was sponsored by Lyn. 

IMG_1877 Kemain korang berposing yer. Kalah model

IMG_1881 Kids yg dua org lagi tu anak2 buah kakak ipar. Sepatutnya ada 6 org, tapi yg sorang tu tak sihat. Puteri yg paling besar. Lelain sume 6, 5 & 4 thn. 

IMG_1920 Dua orang mengiringi pengantin lelaki

IMG_1928 Tiga orang lagi mengiringi penantin perempuan

IMG_1933
IMG_1931 Kelima2 mereka jalan serentak bersama2 pengantin dan saudara mara pengantin perempuan

Eiiii geram nyer tgk dorang comel2 ni. Rasa nak gigit2 jer.  Hehehe

 

Amy’s Wedding : Majlis Bersanding

Selesai majlis berinai pd malamnya, next day kita sampai ke kemuncak majlis iaitu majlis bersanding.

Seawal pagi masing2 dah mulai sibuk dgn persiapan pagi tuh. Hujan renyai turun seawal pagi. Tak berapa lebat, tapi masing2 mengharapkan hujan berhenti sebelum majlis berarak. Nanti kesian pengantin. Alhamdulilah, hujan berhenti awal sebelum jam 11am. Matahari sudah mula kelihatan. 

IMG_1863 Tetamu bakal dihidangkan dgn lauk2 spt nasi minyak, ayam goreng berempah, dalca, daging dendeng, pajeri nenas, buah2an, air anggur, cendol & rojak buah. Fresh from oven.

Seawal jam 11am kita jemput para penanggah menikmati lauk2 yg disediakan disamping para tetamu yg tiba awal.

IMG_1857 Tetamu VIP kami, Datuk Bandar Shah Alam. Awal lagi Datuk dah sampai bersama orang kanan beliau. 

IMG_1865Ada gerai cendol. Lyn awal2 lagi dah sergah gerai cendol ni. Teringin betul. Hari tu kat rumah pengantin perempuan kononnya nak rasa, sekali tgk dah habis. 

page5 Our family menanti ketibaan para tetamu. Kami semua serba biru. My fav color. Dan secara kebetulan my nephew aka pengantin lelaki ni pun minat biru jugak. Mmg serba srbi biru nampaknya. Penyambut tetamu kita serahkan kat Kak Teh & Abg Uda Lyn. Abg Lyn tu mmg, pantang org suh dia pakai baju melayu, kemain melawa mengalahkan tuan rumah. Hehehe

page6Jam 12.45pm, pengantin dah sedia berarak disamping saudara mara pengantin perempuan yg datang dari jauh kononnya. Padahal satu kampung jer. Hehehehe

page7 Hah.. sapa nak buka silat & nak tunjukkan kepandaian bersilat silakan. Adalah dalam 3 4 org yg tunjuk kehandalan mereka. Tak boleh lama2 sgt. Panas terik ko. Sian pengantin. 

IMG_1951Pengantin di singgah sana pelamin nan indah untuk upacara merenjis oleh saudara dari pihak pengantin lelaki dan perempuan. Owh yer.. pengapit lelaki & perempuan tu sepupu. Yg perempuan tu tunangan org, tak lama lagi dah nak kawin.

P1110945 Meja makan beradab tuk pengantin dan keluarga pihak perempuan. Macam2 ada kat atas meja tuh. Dari makanan, sampai ke dessert & souvenir.

IMG_1987Malam dah potong kek, siang kita potong pulut plak. Pagi2 lagi Lyn & nieces, Sheena & Jue sibuk menyiapkan hiasan pulut ni. Ni kali kedua selepas my nephew’s last month. 

IMG_2002Upacara baling gula2 tuk kanak2. Berebut2 betul budak2 ni mengutip gula2. Bkn setakat budak2 jer. Bapak budak & mak budak pun sama.  

IMG_2022Pengantin bersama saudara mara dari pihak pengantin perempuan. Rasanyer tak semua ada ni. Sebahagian jer. 

IMG_2088 Bersama keluarga kakak ipar. Kedua2 belah kitorang baik belah kakak ipar & keluarga kitorang sendiri mmg serba serbi warna biru. 

IMG_2094 Keluarga kami pulak. Spot me please!!! Sure lain dari yg lain kan. hahaha

IMG_2106Pengantin bersama parents & adik beradik. Baru lah abg Lyn tu pakai baju melayu ikut tema. Tu pun Lyn yg tlg dia carikkan. Tak sempat katanya. Busy sokmo. Nasib baiklah adik dia yg sorang ni rajin pi carikkan & belikan.

IMG_2113 Bersama pakcik2 sepupu sepapat dari kedua2 family kitoarang. Merangkap penanggah jugak dorng ni. Takde penanggah ni semua, mmg kelam kabut lah majlis. Mereka ni lah yg mengemas, melayan & tengok2 ape yg patut tuk para tetamu. 

IMG_2139Kita dera pengantin penyanyi plak. Ingat nak duduk je atas pelamin tu jer. Takde maknanyer. Lepas majis wajib kena dera. Hahaha

IMG_2075 I ollsss mestilah menyanyi jugak. Kali ni berduet dgn anak my cousin. Tu pun semua dia yg tlg arrange kan. Lyn mmg bz giler. Sampai nak makan pun tak sempat. Bkn ape, perut kenyang sbb bz. Dah habis majlis baru teringat nak isi perut. 

IMG_2150 Majlis settled lebih kurang 5.30pm. Tu pun masih ada lagi sedara mara yg dtg. Ucapan dari Abg Lyn selaku tuan rumah. Pjg betul ucapan dia, dah mcm bagi ceramah pulak. Hehehe. 

IMG_2176Sekali lagi pengantin kena dera basuh periuk belanga kat dapur. Dgn my nephew tu Lyn tak heran sgt, tapi sian plak dgn my niece tuh. Perempuan kan. Tu pun kejap jer dia tlg, Lyn dah mekak2 panggil dia suruh mandi. Tu pun takut2 nak stop. Tkut kitorang marah. hehehe. Takkan lah nak marahkan. Kitorang nak denda pengantin lelaki jer. Pengantin perempuna tak yah. Hehehe. Sian korang kena mandi air anggur yer. Hahahaha

IMG_2161 Masing2 dah kepenatan. Semua duk termenung kesana kemari. Mmg penat sebenarnya. Sampai nak bangun berjalan pun seksa.

Petang tu mmg semua kita siap kemas & sapu sampah. Takde nak tunggu2 lagi. Sebab bila siap awal, boleh kita rest awal. Takkan esok lusa baru nak kemas kan. Mmg malas jadinya nnti. Lepas Maghrib mmg semua dah siap kemas. Rumah pun dah kembali sunyi. Adik beradik ramai yg dah balik, keluarga mertua Abg Lyn pun dah beransur pulang. Tinggal lah kitorang & pengantin jer kat rumah.

Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar. Penat tu jgn cerita lah. Mane2 kenduri kawin pun ttp penat akhirnya. Lepas wedding barulah masing2 dpt rest. Tu pun amik masih seminggu jugak nak recover. Yg penting hubungan silaturrahim ttp utuh. Amin.

Utk keluarga kami setakat ni saja kenduri kahwin. Anak2 buah pun still belajar dan baru bekerja. Tunggu sepupu2 kitorang lah kot klu ada yg nak kwin dlm thn ni. Dpt lagi lah berkumpul ramai2 mcm ni. Seronok :)

Love Story

 
 
 

Bestlah Korang

Blue_background


Kahwin Oh Kahwin

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥
Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥
Ish! Mahalnya? Nak jual ke anak apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.

KAHWIN UMUR MUDA ♥
Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA ♥
Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL ♥
Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR ♥
Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

***********************

Bukan mudah nak puaskan hati semua org. Daripada bersangka buruk, apa kata kita doakan org tersebut. Dapat gak pahala. Tak gitu.

Chill!!!
 

Asam Pedas Mak

Stop sekejap pasal my nephew’s wedding. Kang muntah ijo plak korang. Lyn pun naik pening nak tepek pics. Kemain byk, sampai nak termuntah jugak. hahahaha

IMG-20130127-00096 This was my dinner last Sunday. Asam pedas ikan parang dgn bendi & peria. Ya rabbi mmg sedap betul. Dah 3 minggu berturut2 makan lauk kenduri kahwin, sampai dah tak lalu nak masuk lagi kat tekak ni.

Skit2 ayam..

Skit2 daging..

Skit2 dalca…

Dpt asam pedas ni, nikmatnyaaaaaa. Sampai dua kali tambah ko. Hehehaehe

This week, our lunch nak masak pindang. Pindang ikan parang. Yuummmmmyyyy *Baru ari khamis dah sibuk cerita lauk hari ahad. Hehehe :D*

 

Wordless Wednesday #87

image


Amy’s Wedding : Malam Berinai

This is on Saturday night. Majlis berinai besar on our side.

Normally, kat kampung mmg meriah ada majlis2 gini. Bkn setakat majlis berinai jer, ada jugak jamuan yg disediakan tuk para tetamu. Tuk sape2 yg tak boleh dtg next day, dorang boleh dtg malam jugak. Ada choice kat situ.

Petang tu around 6.30pm, masing2 start dah bersiap. Mane yg nak make-up, pakai tudung segala bagai semua buat awal2. Our kenduri start at 8pm. But normally org dtg after Isya’. Tu pun dlm pukul 8pm pun dah ramai jugak org. 

IMG_1775 Groom’s family. My bro with his wife, son & daughter. My bro always out of theme. Sabar je lah. Suka hati la ko Along woiii.. Hehehe. Bergambar sebelum majlis. 

page1 Our family. Berkumpul kat depan tu tuk menyambut para tetamu. Lyn biasa lah in charge pengantin. Dah mcm mak andam plak aku dibuatnya.

Time ni org dah berduyun2 dtg. Yelah mungkin ramai jemputan kahwin esoknya. So boleh lah dorg dtg mlm.

Lepas Isya’ jer, pengantin dah berarak. Mcm biasa, mercun bunga semua meletup2. Kuat giler. Rasanya lagi kuat kat rumah kitorang compare kat rumah perempuan ari tu. Tak cukup power. Hehehhe

IMG_1686 Pasangan pengantin dan rombongan dr pihak pengantin perempuan dtg ke kenduri kami pulak. Maklum lah dkt. Kemain ramai yg dtg. 

page2Sessi menepung tawar dr pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sama jer konsep yg kita buat masa kat rumah pengantin perempuan dulu. 

page3Tepung tawar & merenjis dari mak pak pengantin lelaki dan perempuan. Salam2 dan muah2 lah korang yer.

page4 Tiba giliran keluarga dari pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dari nenek, nenek sedara, makcik2, pakcik2, kawan2, adik beradik. Merenjis lah korang ikut suka hati. Lyn tukang bagi telur jer. 

IMG_1756 Selesai posing2 laki bini kat pelamin, kita ada upacara potong kek plak. Takde tukar2 baju. Korang hentam jer lah pakai baju grey tuh. Janji hado!!

IMG_1785Kemain yg depan tu posing yer. Hahaha. Sebahagian keluarga Lyn. Tak complete tuh. We all in grey. Tapi ada jer yg tak pakai grey. No hal lah. Saje suka2 ikut tema. Yg penting esoknya. Pasti. 

IMG_1799 Ni keluarga belah kakak ipar. Ramai kan. Korang bygkan lah, kitorang ada 9 org adik beradik. My SIL pun 9 adik beradik. Bila campur ipar duai, anak2 buah, cucu, cicit. Mmg ramai betul. Ni baru yg perempuan jer korang nampak. Klu campur laki perempuan, tak cukup screen camera. Hahahaha

IMG_1823 Lyn spt biasalah kan. Menyumbang kan suara. Kata rumah sendiri, haruslah tunjuk skill. Hahaha. Lyn klu tak nyanyi, Kak Ngah Lyn tu sentap. Dia tu pantang, mane2 kenduri sedara mara, sure dia suruh Lyn nyanyi. Kat rumah org segan skit even sedara mara pun. Tapi kat rumah sendiri, wa belasah jer. hahaha

Majlis habis ard 11pm mcm tuh. Tetamu pun dah pulang. Tinggal lah kitorang buat ape2 yg patut mlm tuh. Mengemas kawasan rumah. Tu org lelaki punya kerja.

Tidur lewat jugak malam tuh. Padahal esoknya ada hari yg penting. Majlis bersanding tuk kedua mempelai. Tidur tak ingat dunia malam tuh walaupun beberapa jam jer.

Majlis sanding Lyn update later yer. Ngantuk ni..