Amy’s Wedding : Majlis Bersanding

Selesai majlis berinai pd malamnya, next day kita sampai ke kemuncak majlis iaitu majlis bersanding.

Seawal pagi masing2 dah mulai sibuk dgn persiapan pagi tuh. Hujan renyai turun seawal pagi. Tak berapa lebat, tapi masing2 mengharapkan hujan berhenti sebelum majlis berarak. Nanti kesian pengantin. Alhamdulilah, hujan berhenti awal sebelum jam 11am. Matahari sudah mula kelihatan. 

IMG_1863 Tetamu bakal dihidangkan dgn lauk2 spt nasi minyak, ayam goreng berempah, dalca, daging dendeng, pajeri nenas, buah2an, air anggur, cendol & rojak buah. Fresh from oven.

Seawal jam 11am kita jemput para penanggah menikmati lauk2 yg disediakan disamping para tetamu yg tiba awal.

IMG_1857 Tetamu VIP kami, Datuk Bandar Shah Alam. Awal lagi Datuk dah sampai bersama orang kanan beliau. 

IMG_1865Ada gerai cendol. Lyn awal2 lagi dah sergah gerai cendol ni. Teringin betul. Hari tu kat rumah pengantin perempuan kononnya nak rasa, sekali tgk dah habis. 

page5 Our family menanti ketibaan para tetamu. Kami semua serba biru. My fav color. Dan secara kebetulan my nephew aka pengantin lelaki ni pun minat biru jugak. Mmg serba srbi biru nampaknya. Penyambut tetamu kita serahkan kat Kak Teh & Abg Uda Lyn. Abg Lyn tu mmg, pantang org suh dia pakai baju melayu, kemain melawa mengalahkan tuan rumah. Hehehe

page6Jam 12.45pm, pengantin dah sedia berarak disamping saudara mara pengantin perempuan yg datang dari jauh kononnya. Padahal satu kampung jer. Hehehehe

page7 Hah.. sapa nak buka silat & nak tunjukkan kepandaian bersilat silakan. Adalah dalam 3 4 org yg tunjuk kehandalan mereka. Tak boleh lama2 sgt. Panas terik ko. Sian pengantin. 

IMG_1951Pengantin di singgah sana pelamin nan indah untuk upacara merenjis oleh saudara dari pihak pengantin lelaki dan perempuan. Owh yer.. pengapit lelaki & perempuan tu sepupu. Yg perempuan tu tunangan org, tak lama lagi dah nak kawin.

P1110945 Meja makan beradab tuk pengantin dan keluarga pihak perempuan. Macam2 ada kat atas meja tuh. Dari makanan, sampai ke dessert & souvenir.

IMG_1987Malam dah potong kek, siang kita potong pulut plak. Pagi2 lagi Lyn & nieces, Sheena & Jue sibuk menyiapkan hiasan pulut ni. Ni kali kedua selepas my nephew’s last month. 

IMG_2002Upacara baling gula2 tuk kanak2. Berebut2 betul budak2 ni mengutip gula2. Bkn setakat budak2 jer. Bapak budak & mak budak pun sama.  

IMG_2022Pengantin bersama saudara mara dari pihak pengantin perempuan. Rasanyer tak semua ada ni. Sebahagian jer. 

IMG_2088 Bersama keluarga kakak ipar. Kedua2 belah kitorang baik belah kakak ipar & keluarga kitorang sendiri mmg serba serbi warna biru. 

IMG_2094 Keluarga kami pulak. Spot me please!!! Sure lain dari yg lain kan. hahaha

IMG_2106Pengantin bersama parents & adik beradik. Baru lah abg Lyn tu pakai baju melayu ikut tema. Tu pun Lyn yg tlg dia carikkan. Tak sempat katanya. Busy sokmo. Nasib baiklah adik dia yg sorang ni rajin pi carikkan & belikan.

IMG_2113 Bersama pakcik2 sepupu sepapat dari kedua2 family kitoarang. Merangkap penanggah jugak dorng ni. Takde penanggah ni semua, mmg kelam kabut lah majlis. Mereka ni lah yg mengemas, melayan & tengok2 ape yg patut tuk para tetamu. 

IMG_2139Kita dera pengantin penyanyi plak. Ingat nak duduk je atas pelamin tu jer. Takde maknanyer. Lepas majis wajib kena dera. Hahaha

IMG_2075 I ollsss mestilah menyanyi jugak. Kali ni berduet dgn anak my cousin. Tu pun semua dia yg tlg arrange kan. Lyn mmg bz giler. Sampai nak makan pun tak sempat. Bkn ape, perut kenyang sbb bz. Dah habis majlis baru teringat nak isi perut. 

IMG_2150 Majlis settled lebih kurang 5.30pm. Tu pun masih ada lagi sedara mara yg dtg. Ucapan dari Abg Lyn selaku tuan rumah. Pjg betul ucapan dia, dah mcm bagi ceramah pulak. Hehehe. 

IMG_2176Sekali lagi pengantin kena dera basuh periuk belanga kat dapur. Dgn my nephew tu Lyn tak heran sgt, tapi sian plak dgn my niece tuh. Perempuan kan. Tu pun kejap jer dia tlg, Lyn dah mekak2 panggil dia suruh mandi. Tu pun takut2 nak stop. Tkut kitorang marah. hehehe. Takkan lah nak marahkan. Kitorang nak denda pengantin lelaki jer. Pengantin perempuna tak yah. Hehehe. Sian korang kena mandi air anggur yer. Hahahaha

IMG_2161 Masing2 dah kepenatan. Semua duk termenung kesana kemari. Mmg penat sebenarnya. Sampai nak bangun berjalan pun seksa.

Petang tu mmg semua kita siap kemas & sapu sampah. Takde nak tunggu2 lagi. Sebab bila siap awal, boleh kita rest awal. Takkan esok lusa baru nak kemas kan. Mmg malas jadinya nnti. Lepas Maghrib mmg semua dah siap kemas. Rumah pun dah kembali sunyi. Adik beradik ramai yg dah balik, keluarga mertua Abg Lyn pun dah beransur pulang. Tinggal lah kitorang & pengantin jer kat rumah.

Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar. Penat tu jgn cerita lah. Mane2 kenduri kawin pun ttp penat akhirnya. Lepas wedding barulah masing2 dpt rest. Tu pun amik masih seminggu jugak nak recover. Yg penting hubungan silaturrahim ttp utuh. Amin.

Utk keluarga kami setakat ni saja kenduri kahwin. Anak2 buah pun still belajar dan baru bekerja. Tunggu sepupu2 kitorang lah kot klu ada yg nak kwin dlm thn ni. Dpt lagi lah berkumpul ramai2 mcm ni. Seronok :)

2 comments:

Suria Amanda said...

Seronok..paling best bila part2 kena dera tu...baju2 sedondon pun best...

Lyn Yusoff said...

suria,
hahahah..
bab kena dera tu mmg wajib..
saja nak kenakan dorang..
ape2 pun have fun