Akhirnya Kau Layu Jua

Wah!!! tajuk entry pun dah mcm tajuk lagu kan. hehehe.

Ni kisah bunga2 yer anak2 yg my sis & niece beli kat CH ari tuh. Kita tipu gamaknya budak2 ni. Sbb ape Lyn kata gitu. Jap2, nak explain ni.

page26Bunga ni disusun selepas balik dari CH last Monday. Mane yg si nyonya tu suh letak dlm air, kita letak dlm air. Dia kata tahan sampai 2 minggu. Mane yg tak payah, kita bubuh dalam pasu je without air. Yg hok bunga ros warna biru dia kata tahan sampai 2 thn sebab sudah di awetkan. So kitorang percaya jelah. Malas nak argue dgn nyonya ni.

Masa letak kat rumah, mmg wangi jer bunga2 ni. Sedap je mata memandang. Bila dia baunya di bawa angin, mmg wangi sokmo. Puteri pun suka.

Selepas seminggu korang tgk ape jadi..

Ni yang geram ni. Adik Lyn & my niece punya lah bengang. Memang sah kena tipu. Huhuhu.

page27Korang bygkan lah, genap seminggu bunga ros & kekwa yg kononnya tahan sehingga 2 minggu sudah tunduk ke bawah. Bunga ros biru yg katanya bertahan sampai 2 thn layu bila cukup seminggu. Hampehhhhhh kan.

Cakap tak serupa bikin lah nyonya ni. Geram tul kitorang.

Hello2!!! kitorang ingat lagi kedai ko tau nyonya tua. Aiyoooo manyak tipu erk ko. Huhuhu.

Mmg setahu Lyn, bunga yg kita beli kat CH tak boleh tahan lama bila berada kat tempat kita. Cepat nau layu. Tapi tak payah lah tipu cam tu wahai nyonya ngok ngek. Aku sekeh ko kang. hahaha

Errrm, lepas ni buat bunga kering je lah jawabnya. Lepas tu letak pewangi. Untung2 wangi gak bila di cium. Hehehe.

8 comments:

sW33tdARLiNG said...

melampau tuuu boleh tahan sampai 2 thn...!

attyfir said...

kty kalo beli bunga ros..suka biar dia kering....cantik sgt..

mummysyafie said...

akak kalau gi CH mmg tak pernah beli bunga. orang yang kasi ada lah..hihihi..ada ke sampai 2 tahun tahan lyn?

Lyn Yusoff said...

Sw33tdarling,
sgt melampau..
rasa nak hempuk je nyonya tuh..
hahaha

Lyn Yusoff said...

Atty,
lepas ni mmg buat bunga keringlah gamaknya kak..

Lyn Yusoff said...

Mummysyafie,
nyonya tu kata klu di awetkan leh tahan smpi 2 thn..
takde maknanyer..
1 minggu dah hancur..
hahahha

SURIA AMANDA said...

biz marketing nyonya tuh bagusss..sampai ramai terpedaya...

Lyn Yusoff said...

Suria,
tau takpe..
geram dibuatnya..
next time tak hingin nak beli lagi..