Kisah ni terjadi lebih kurang 10 thn yg lalu klu tak silap Lyn lah erk. Malas nak mengira, so main agak2 jer ni. Masa zaman University, Lyn mmg ada 6 orang best friends. Till now kitorang masih berkawan rapat. So masa ni kawan Lyn yg sorang ni baru kenal dgn sorang mamat ni lah. Bf dia lah.
So nak dijadikan cerita, dia ajak kitorang berenam teman dia dating. OMG!! takkan nak bawak satu geng kot time nak dating kan. Kacau daun lah pulak. hehehe. Actually kitorang berlima mmg taknak pegi pun. Tapi kena paksa. Last2 Lyn & kawan yg sorang lagi jadi mangsa.
So terpaksalah kita teman dia. So bf dia janji nak jumpa kat Subang Parade. Kita naik lah bus ke sana. Sampai sana bf dia gtau suh tunggu kat bus stop depan Subang Parade tuh. So menunggu lah kitorang ni bertiga. Tak lama tu, berhenti sebuah kereta kodok warna biru depan kitorang. Rupa2nya bf dia. So dia ajak kitorang naik. Giler malu ok naik kereta kodok time tuh. hahahaha. Rasanyer sume org kot pandang kitorang time tuh. Segan dowh… dress up giler, tetiba naik kereta kodok. Hahaha
Yang paling ngek, my friend tu tak nak duduk depan. Dia paksa Lyn plak. Giler tak giler. Taknak aku. Patutnya gf dia lah duduk depan kan. Takkan Lyn plak. So sesi menolak2 berlaku kat situ. Akhirnya dia terpaksa gak duduk depan.
Kereta kodok kan dua pintu so kitorang lah masuk dulu kemudian baru dia. Nak kata kereta kodok ni baru sgt tak gak. Agak uzur gak lah. Klu nak bukak pintu tu mmg kena bukak dr luar. Dengan takde aircond. Mmg sedeyyyyy. Hahaha.
Yang jakun dua org kat belakang ni, mmg takde keje lain. Asyiklah ketawa. Sbb giler tak sanggup kot naik kereta kodok time tuh. Yg paling bengong sekali kitorang boleh tertarik lampu break ketiga yg hanya terlekat dgn cellophane tape. Wakakakaka. Memang time tu ketawa terbahak2. Mamat tu siap suh letak semula. Nasib baik lah berwayer & boleh lekat semula. Klu tak mau kena maki. hehehe.
My friend yg kt depan tu mmg ketawa gak ler. Tak tahan kot tgk kitorang ketawa bagai nak rak. So dari Subang kitorang ke Amcorp Mall. Serious dalam kereta mmg kitorang asyik tergelak2 jer.
Cian giler mamat tu asyik kena perli & kena gelak dgn kitorang. My friend tu sampai nak balik naik bus sbb malu nak naik kereta kodok tu. Kitorang mengikut jer. Tapi at last mamat tu hantar balik gak. Lepas je kes tuh, kitorang tau dorang tak berkawan lagi.
Tapi jodoh kan semua di tangan Allah. Dorang pun dah kawin. Anak sorang. Stay kat Perlis skrg ni. Dalam pada tak suka tu akhirnya ke jinjang pelamin gak. hehehe. Tu lah klu nak tau, pasal si kodok biru ni lah yg menjalinkan hubungan dorang sehingga ke hari ini. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin
So klu Lyn ternampak kereta kodok kat mana2, mmg Lyn teringat kes ni. Sure tersenyum sendiri. Bkn Lyn sorang jer, dorang pun camtu gak. Tapi kerana kereta kodok jer jugak, kawan ku bertemu jodoh :)
2 comments:
org laki2 kadang2 suka menduga... dia test tgk kita sanggup tak kalau duduk dlm kesusahan dengan dia...
Sw33tdarling,
yup..
agree with u ;)
Post a Comment