Family Holiday : Kea Farm Again

Pagi Isnin tu kita bangun awal pagi sbb ari tu lah ari kita last kat Cameron Highlands. Pagi2 lah kitorang buat breakfast. Ada nasi goreng, ayam goreng & nuggets. Cukup lah utk breakfast pagi tuh. Tu pun ada lebih. So boleh kita bawak balik, nnti boleh singgah mane2 R&R yg berdekatan.

Nasib baik mlm tu kita dah siap kemas kan baju. Lepas je brekfast dlm pukul 10am kita check out. Bukannya terus balik erk. Nak pergi shopping lagi.

page23Al-kisahnya ke Kea Farm lagi sbb a day before tak puas shopping kan. Selagi duit berguni2 tak habis mmg tak habis shopping. Walaupun hari Isnin, tetap ramai org. Yelah ramai yg sambung cuti sempena Wesak Day kan. Jalan ttp jem.

P1080342Berbondong2 lah kita ke Kea Farm. Kali ni parking tak jauh sgt. Tapi mmg kena berjalan kaki gak ler. Bukan boleh park betul2 dpn kedai2 tuh. Ada police ko.

page21Kat 1st kedai ni lah kitorang borong sakan. Beli sayur2an, stawberry & buah2an. Memang laku kedai ni. Siap bg percuma lagi. Mana taknya, Lyn yg pegi mula2 on Sunday tu nak beli sayur & buah limau. Limau nyer manis giler. Sekali ari isnin terus bawak satu gerabat shopping kat situ. Nasib baik kakak tu kenal. Tu yg bagi murah2 tuh. Mmg dorang shopping sampai lebam lah. Hahaha

page22My youngest sis & Baby mmg hantu bunga. Even tak dpt beli mula2 hari tuh, dorang qada’ balik ok. RM10 utk 3 bouquet tu. Ada yg tahan sampai 5 thn lah. ishhh mcm2.

page24Barang2 yg lain mmg tak beli sgt, sbb dah beli a day before. Just focus kat barang2 basah jer. Tapi bebudak lelaki ni mane dia heran org beli sayur2 ke ape, mmg tempat jade ni lah dorang menenggek. Nasib baik beli. Kalau tak mmg kena bebel lah.

P1080373Korang bygkan hampir 2 jam lebih kitorang shopping kat sini. Abg2 Lyn dah bengang dah. Biasalah pegi shopping dgn perempuan, korang kena redha lah kan. Bukan selalu dpt shopping kat CH ni. Sampai kena perli suh angkut semua kat pasar tuh. Hahahhaa. Kitorang buat hati kering jer. Hahaha.

Plan asalnya nak singgah air terjun Lata Iskandar terpaksa dibatalkan sbb hari dah start mendung & hujan renyai2. So mmg kita straight balik jer. Lagipun elok gak balik awal, boleh relax2 kan bdan.

So bergerak lah kitorang balik ke Klang. DIsebabkan Lyn tak drive, mmg tidur bangun tidur bangun jer dalam kereta. Sepanjang perjalanan mmg hujan, eloklah lelapkan mata sejenak. hehehe

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

tak puas shopping aritu sebab hujan, haruslah meng repeat kan.... hehehehe

Lyn Yusoff said...

Sw33tdarling,
wajib repeat balik soon.
hehhee