Weekend baru ni mmg Lyn takde activity ape2 pun. I didn’t go anywhere. Just lepaking at home. So I just want to share what I did last Saturday. Baking pudding. Yeayyyy!!!
Actually, lama dah Lyn teringin nak buat pudding roti ni. Tapi tak berkesempatan lagi. So malam minggu hari tu, sambil2 layan cerekarama, Lyn buat lah sorang2. Bukan susah sgt pun. Very simple with simple recipe. Recipe ni pun Lyn Google. Nak cari yg senang jer. Akhirnya jumpa gak yang senang. hehee
Sempat lagi pergi My Mydin berdekatan nak beli susu cair & roti. Yang lain2 mmg dah sedia ada kat rumah.
- 6 keping roti - dicarik-carikkan
- 3 biji telur (gred A) - dipukul sedikit seperti hendak buat telur dadar
- 1 cawan gula (boleh dikurangkan mengikut kemanisan yang diinginkan)
- 3/4 tin susu cair
- Sedikit esen vanila
- 2 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
Cara-cara
Gula dihanguskan terus di dalam loyang sehingga perang dan biarkan sejuk.
Telur, gula, susu cair dan esen vanila disatukan di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
Masukkan roti. Mengikut recipe 6 keping roti je yg digunakan. Tapi Lyn letak 10 keping. Sbb loyang ni agak besar & campuran telur tu masih byk. Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang gula hangus tadi. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Taraaaaaa…. pudding roti yang sudah siap dimasak. Tak tahan betul cium bau dia yg nyummm2 tuh. Rasa nak makan gak time tu. Tapi panas lagi. Baru lepas kukus. Lepas je sejuk, Lyn masukkan dlm fridge. Ikut recipe pun elok dimasukkan dlm fridge dulu.
Bila sejuk skit je, apalagi Lyn potong je lah. Tak sabar nak rasa masakan air tgn sendiri. Sedap. My mum & niece pun ckp sedap. Sambil makan sambil layan Bujang Lapok.
Next day tuh, masing2 duk rasa skit2. Lagipun buat satu loyang sederhana jer. Maklumlah cubaan kali pertama. Walaupun senang, tpi klu baru 1st time buat takut plak tak jadi. Jadinyer kita try skit2 dlu.
Cubaan pertama adalah berjaya. Next boleh buat byk2 jamu my family makan plak. Hehehe
10 comments:
siS Lyn, baguS receipe nih.. leH try.. mCM menaRik + simple.. t fM leh kasIk iA maMam..
bESh kak receipe nih.. fM folloW...ekekeke
wahhhh kagum mak!~!
boleh cuba nie ... simple jer caranya
akak puasa arini..waa..balik nak buat la.
mysha,
senang je yang..
leh try.. ur son pun leh makan...
Sw33tdarling,
gitu kannnn!!!! hehehe
Cik Kamoo,
sgt simple dear..
try ok..
Mummysyafie,
buat juadah berbuka kak..
senang jer...
tumpang amik resepi eh Lynnn...
Suria,
amik lah along..
lyn pun google tuh..
hehehe
Post a Comment