My Review On NKTM

NKTM menyajikan kisah yang penuh dengan cerita cinta antara Adam (Remy Ishak) dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam. Tiga watak yang penting dalam cerita ini. Watak2 lain seperti Mia Sara, Norman Hakim & Zain Ahmad turut wujud diakhir movie ini.

Klu korang tgk drama Nur Kasih baru korang tau jalan cerita nya. Tapi kisah kehidupan yang menitik beratkan nilai2 Islam membuatkan Lyn teruja. Di selitkan babak2 cinta antara suami isteri Adam & Nur Aminah, seorang ibu kepda anak2nya, cinta ayah kepada anak2 nyer Maryam & Illyas serta kasih sayang abg kepada adiknya. Cerita ni mmg penuh dgn kasih sayang yg tiada tolok bandingannya.

NurKasihTheMovieDi pertengahan cerita, Nur di sahkan mengandung dan ini membuatkan Adam begitu gembira. Malangnya dia keguguran. Hal ni menyebabkan mereka teramat sedih dan mereka membawa diri ke Jordan utk bercuti. Di sana, mereka di uji dgn pelbagai dugaan sehingga kan keretapi yang mereka naiki berlanggar dgn lori minyak. Memang dahsyat pelanggaran tersebut.

Adam menyangkakan isterinya meninggal memohon kepada Allah. Ya Allah, ujianMu sangat berat, Engkau uji lah diriku, ambil lah apa yg aku ada, tetapi Selamatkanlah isteriku ". Akhirnya mereka berdua selamat dan pulang ke hotel. Tetapi sekali lagi dugaan menimpa mereka apabila Adam hilang ketika kembali ke tempat kejadian untuk mencari cincin perkahwinan mereka yang hilang.

Alamakk!!! ni dah mcm sinopsis plak. Sentuh skit pasal sinopsis yer. But not in details lah. Korang nak tau, sila lah pergi sendiri. Hehehe

Actually, ade part yg sedih yg boleh menitikkan airmata. Tapi Lyn tak rasa sedemikian. Sebak je lah. Tak lah menangis pun. Rata2 yg pergi tgk menangis kan. Siap suh bawak tisu byk2. Lyn, sehelai tisu pun tak keluar. Degilnya aku. Keringnya hati aku ni. hahahhaa

Flashback nyer byk sungguh. Tu yang membuatkan Lyn rasa boring. Mungkin org lain tak bersependapat dgn Lyn. Hati kita kan berbeza. Sbb Kakak Lyn mmg menangis gaklah. Over kakak aku tau. Hehehe. Aku je hati kering. Setitik airmata pun tak keluar. Camne tuh?? hehehe

Ape2 pun korang pergi lah menonton sendiri. Rasakan sendiri cerita nya dari hati korang. Pada Lyn, ianya kurang sampai di jiwa. Tak tau lah korang punya feel. Masa mula2 kuar NKTM ni mmg Lyn teruja nak tgk. Tapi hasilnya… kurang skit dari drama yg pernah Lyn tonton.

To he honest, I’m still prefer Nur Kasih the series instead of the movie. Even, once a week pun Lyn rasa puas menontonnya instead of movie yg amik masa lebih kurang 90 minit. Not worth it for me.

Aishh!! ni yg payah ni. Tak mencapai target Lyn lah. Besar sebenarnya harapan Lyn pada NKTM. Cuma ianya tak menghampakan. I’m sorry.

Star : 5/10

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

your expectation too high kot, dats y jadi tak sedih... sbb dari awal dah get ready

Lyn Yusoff said...

Sw33tdarling,
maybe..
nak rasa menyesal tu tak lah..
tapi kurengggg pd i...