My niece, Sheena aka mak vuyong ni duk mengidam nak makan puding caramel. Dia ade beli kat pasar, tapi katanyer tak sedap. So mmg dia suh Lyn buatkan. So kenalah buatkan sementara dia belum bersalin ni. Mak vuyong tu tunggu masa nak delivered je tuh. Jadinyer Lyn buatkan lah. Kang tak memasal, meleleh plak air liur baby tuh.
Bahan2 my sis yang sponsor. Klu korang nak tgk resepi yang Lyn buat dulu boleh click SINI. Senang jer. Pejam mata pun boleh buat. hehehe
Adunan A seperti telur, esen vanilla, susu cair, susu pekat, tepung custard dicampur dan di kacau hingga sebati. 4 sudu gula jgn lupa, hanguskan di dalam loyang sehingga perang. So adunan ni kita masukkan dlm loyang yg berisi gula hangus tadi & kukus hingga sebati.
Kitorang buat ni masa orang sibuk2 memasak lauk2 tuk kenduri ari sabtu tu. Lagipun nak buat & masaknyer senang. So sambil2 lah kita buat.
Ready 2 loyang sederhana tuk mak vuyong tu. Bila dah masak kita biarkan sejuk dahulu sementara nak terbalikkan dia.
Ok dah ready tuk dimakan ramai2. Tak sempat nak letak dlm fridge, masing2 dah kenduri kan dulu. hehehe. Ater masing2 terhidu bau caramel ni kan masa masak tuh. Jadinyer mmg kita kenduri awal2 lah. ehehehe. Seloyang tu kita makan ramai2. Satu loyang lagi, mak vuyong bawak balik nak makan kat rumah.
Tapi tak bawak semua plak. Dia tinggalkan separuh kat rumah neneknyer.
Ni portion Lyn. Lama dah tak makan caramel ni. Rasanyer thn lepas Lyn ada buat dua kali. Thn ni baru sekali ni buat. Tu pun atas permintaan mak vuyong. Klu tidak sampai ke sudah mmg tak buat. Nak buat ni kena betul2 teringin. Klu tak mmg tak buat.
Harap2, hilang lah kempunan mak vuyong ni. Buah delima dah dpt, caramel pun dah dpt. Harap2 awak tak kempunan lagi erk. Agak2 klu kempunan tu cepat2 lah carik sebelum due date ni. Hehhe
Klu tak kenalah tunggu lepas pantang. Hehehee
No comments:
Post a Comment