Lawak Jenaka Hari Ini :D

Enjoyyyyyyyyy di kala boring… hehehee

NAK TERMUNTAH

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

BOMBA

Sorg petani tergesa2 mendapatkn phone utk call bomba..

Petani: tolong bomba! ade kebakaran besar berlaku kat rumah jiran sy!

Bomba: ok, bagaimana kami nk kesana?

Petani: x kn la korang da x de trak merah besar tu kot!!!

Bomba:(sengalnyer la)..

 

KOTAK AJAIB

Di dalam sebuah kampong, tinggal Pak Seman bersama isteri, Mak Lijah, dan anaknya, Lubis. Mereka ini boleh dikatakan ketinggalan zaman (kuno).. Mereka tidak pernah pergi ke bandar kerana kawasan kampong yang mereka tinggal amat jauh dengan bandar dan tidak mempunyai kemudahan untuk ke bandar.

10 tahun sudah berlalu, keadaan kampong sudah menunjukkan perubahan. Kenderaan awam sudah mula memasuki kawasan kampong tersebut.

Pada suatu hari, Pak Seman teringin sangat melihat bandar.. Inilah kali pertama dia dapat melihat keadaan bandar. Jadi dia bercadang untuk membawa keluarganya ke Kuala Lumpur.

Setibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka terpegun dengan keindahan di bandar. Mereka tak sabar2 untuk membeli buah tangan untuk dibawa balik ke kampong. Sampai di sebuah Shopping Complex, sedang Mak Lijah seronok ber'shopping', Pak Seman dan anaknya terdengar bunyi pelik...! "ting...!". Pak Seman bertanya kepada anaknya..."bunyi ape tu Lubis...?" Lubis manjawab: " Entah la pak..! Bunyi tu datang dari kotak ni...(sambil tunjuk ke arah lif.)".

Datang seorang nenek tua dengan tongkatnya pergi ke kotak (lif tadi) itu lalu menekan butang.

"ting...!" Pintu kotak tu pun buka.. lalu nenek tua itu pn masuk kedalam. kemudian pintu tu pun tutup.

Pak seman dan anaknya pelik, kemana nenek tua itu hilang?

Tidak lama kemudian kotak itu berbunyi.. "ting...!"

Keluarlah seorang perempuan muda yang lawa dan wangi dari kotak itu. Terkajut besar Pak Seman dan anaknya melihat perempuan muda itu... Lantas Pak Seman berkata....  "Lubis, ko suruh mak ko masuk kat dalam kotak ni, mana tau die bertukar jd muda balik....!"

LOL :DD

No comments: