This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :)
Pejam celik.. pejam celik.. kita sudah menghampiri tahun baru Islam. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi dan meminjamkan Lyn nafas didunia ini untuk sentiasa memperbaiki diri. InsyaAllah.
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah. Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. Wiki
Welcome 1432H. May we celebrate it with (good) changes and pray for a blessed year ahead. InsyaAllah
Harapan tahun baru??
Byk sungguh harapan yg perlu Lyn dilunaskan pada thn baru ini. Klu nak disenaraikan mungkin terlalu byk rasanyer. Tapi biarlah ianya tersemat didalam hati ni. Ecehhhhhh.. hehehe. Semestinya yg baik2 belaka kan?? dan itu semestinya.
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang Maha Esa, InsyaAllah.
DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DALAM BULAN MUHARAM :
1. Berpuasa.
Maksud Hadis : Barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
***********************************************
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam satu Muharram
Selamat menyambut Ma’al Hijrah kawan2..
dan selamat bercuti :)
4 comments:
Salam Maal Hijrah 1432 buat Lynn & family..
salam maal hijrah sis..
INfo yg baik...untuk diri kita.
salam maal hijrah lyn..
hijrah itu satu pengorbanan..
Post a Comment