Senyum Simpul :)

Niat Jahat

John yang tidak berapa kacak berusaha menawan hati wanita cantik bernama Julie. John berniat jahat sebab Julie pernah tolak cintanya satu ketika dulu.

John : Julie ku yg cantik lagi bijaksana, I nak tanya sesuatu.

Julie : Ye.. apa dia??

John : Ape benda tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir?

Julie : No idea, I give up.

John : Itulah cinta I pada u.

Julie : Betul ker?? Hehehe (pipi jadi merah)

John : Julie ku sayang, sudi tak teman I di rumah malam ni?

Julie : Boleh, tapi you kena jawab teka-teki I dulu.

John : Okey..

Julie : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

John: Ermm.. tak tau lah.

Julie : Itu tapak tangan!! (Julie terus melempang pipi John berulang kali sampai pengsan)

Ulat Gonggok

Ahmad seorang murid sekolah darjah lima memberi teka-teki kepasa guru Bahasa Melayu, Cikgu Julia.

Ahmad : Cikgu pandai tak?

Cikgu : Mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu.

Ahmad : Kalau cikgu pandai, cikgu jawab teka-teki ini.

Cikgu : Boleh, apa dia??

Ahmad : Ulat gonggok berapa kaki?

Cikgu : Kalau ikut kajian adalah 100 kaki. Betul tak?

Ahmad : Salah!!

Cikgu : 99?

Ahmad : Salah!!

Cikgu : Dah tu berapa kaki???

Ahmad : Cikgu kan pandai, klu tak mcm mane boleh jadi cikgu..

Cikgu : Okey, Cikgu kalah. Apa jawapannya??

Ahmad : Jawapannya tak sampai satu kaki pun sebab ulat gonggok kan pendek jer. hehehe


No comments: