Seminggu kenduri tahlil berturut2 kat rumah my auntie. Dan seminggu itu jugaklah family kitorang berkampung kat sana. Lepas Solat Isya’ berbondong2 lah kitorang berjalan kaki ke rumah my auntie.
Yang lain2 tak pernah skipped kenduri tahlil. Lyn dua kali gak tak dtg. Ater penat & tak larat kan. Lepas Solat Isya’ je membongkang. Bila takde tuh, haruslah my auntie tanya kan. Bila dah tanya, mula lah segan sndiri. Esoknya terus dtg. Takut kena tanya lagi. hehehe.
Budak kecik ni mmg rajin benau mengikut kitorang. Tak pernah satu hari pun dia ponteng. Orang baca Yaasin, mulut dia tetap kumat kamit. Tak tau ape yg dibaca.
Bila di tanya, dia kata dia baca Al-Fatihah. Tak pun baca Lailahaillallah. Dia kata cikgu dah ajar. Bagus lah adik ni. Hehehe
7 malam berturut2 baca Yaasin & tahlil yg diketuai oleh Imam Masjid.
Bila baca tu teringat la kat Arwah Abah serta ahli keluarga yg telah meninggalkan kami. Bergenang air mata masing2.
Lepas selesai semua, ada jamuan makan skit2 tuk jemaah Masjid & tetamu yg dtg. Jamuan kecil2an saja.
Begitulah aktiviti Lyn malam hari. Dua ari jer ponteng tak dtg kenduri. Mengelat kata my mum. Hehehe.
Mlm terakhir, lambat skit kitorang balik. Berkumpul dgn keluarga besar kami. Tiap hari ada saja cerita tentang cucu & menantu nya. Si kecik dah mula mencari ayahnya. Berpusing2 ke kiri ke kanan dia mencari. Tapi tak ada. Ya Allah, sedihhhh betul dgr cerita my auntie. Tak sanggup nak cerita kat sini. Ni pun bergenang air mata. Tunggu masa nak meleleh jer ni.
Pesan my auntie, mintak my mum jaga kan dia & anak2nyer. Maklumlah my mum adalah anak sulong dari 5 org adik beradik. Adiknya iparnya masih tak kuat. Belum setahun kehilangan suaminya, kini kehilangan anaknya pula.
Yelah, family besar kan. Haruslah jaga antara satu sama lain.
Genap 8 hari Arwah sepupu Lyn kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya, Arwah Abah dan para keluarga serta kaum muslimin dan muslimat yg telah tiada ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Amin.
2 comments:
comel Lyn bertudung...
Suria,
comel??
mestilah...hahaha
kembang cik von. muahahaha
Post a Comment