Kat rumah ni mmg dah lama tak bela burung. Dulu masa Arwah Abah ada, mmg rajin dia membela burung2. Bila dia takde, burung & kucing semua tak lalu dah kitorang nak bela. Sekor2 mati dek rindukan tuannya. Huhuhu
Yelah, klu dah ari2 Arwah Abah yg melayan burung2 & kucing2, mana lah tak rindunya klu tuannya takde kan. Kitorang tak kisah lah nak bela pun, tapi bila sekor2 mati, kitorang dpt agak yg binatang ni rindukan Arwah Abah.
Kubur dorang pun still ada kat belakang rumah. Elok kitorang pagarkan.
Sampai lah beberapa minggu yg lepas, my BIL bawak balik 4 ekor anak burung. Nak dibela katanya. Kitorang tak kisah pun, janji kena rajin jagalah. So dari sehari masuk ke dua hari sampai lah ari ni, dia lah yg melayan burung2 tu sume.
Daripada kecik dah besar dah skrg.
Daripada takde bulu.. sampai dah berbulu hitam dah ni.
Daripada tak kuat berkicau, dah makin kuat berkicau dah skrg. Heheheh
Ni burung maina namanyer. Tak pasti korang panggil burung ape. Tapi bkn burung murai even dia kuat sgt berkicau. Burung maina ni mmg pantang nampak org, mmg berkicau lah mintak makanan. Biasalah bagi dedak burung jer.
Siang klu waktu kerja, mmg my mum, niece or nephew terpaksa melayan bagi makan dedak. Ater BIL kerja. Klu tak bagi makan nnti bising dia berkicau. Lepas balik kerja, sume my BIL yg buat kan. Kadang2 wifenya & Lyn pun tlg sama. Suka plak tgk dorang makan. Hehehe
Tengoklah, pantang org bagi makan, mmg ternganga mulut masing2. Tu belum dgn bunyi bising dia lagi. Kadang2 bingit telinga dibuatnya. Tapi redha jelah. Kadang2 kita kena hormati hobi org. Betul tak??
Tapi bila tgk dorang membesar best plak jadinya. Bising tu normal lah kan.
Kekadang dorang terlepas terbang dari cage tuh. BIL bgi makan dinganga kan cage tu manelah tak terbang. Tapi dorang pandai, dia mesti balik punya. Dgn BIL, mmg manja giler. Kadang siap landing atas bahu lah, kat jari lah. Cute sgt tgk.
Last week, dah beli cage baru. Cage yg sedia ada kecik sgt. Susah dorang nak main2 dalam tuh. Now cage dah besar senang lah dorang nak main2.
Tu gelagat suami isteri yg sibuk melayan burung2 kat dalam cage tuh. Pic candid ni, klu my sis tau Lyn amik, sure dia bising. Hehehe
Walaupun siang dorang bising2 bila nampak org keluar masuk rumah, ingat kan nak bagi dorang makan jer, tapi bila malam senyap sunyi. Klu bunyi pun skit2 jer.
Pandai korang erk. Tau malam2 org nak tido. Sbb tu korang senyap erk. Hehehe
No comments:
Post a Comment