Kebaikan Lemon

Hi LoVers,

Just nak share dgn korang mengenai kebaikan lemon. Bila tau mcm2 kebaikan lemon ni, Lyn terpanggil pulak nak minum hari2. Dulu2 minum ikut mood jer. So meh kita tgk kebaikan air lemon satu2.

Air lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yg boleh membuang asid yg berlebihan dlm badan. Untuk membuat air lemon yg segar, lemon boleh di poting dan hanya dipetah dlm segelas air atau jag tanpa gula atau dgn gula atau madu. Mudahkan?

Byk kelebihan minum air lemon setiap hari. 

1. Minum air lemon sebaik sahaja bgn tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman spt kembung perut, gasrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yg baik pd hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja utk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat utk membuat kerja.

3. Minum air lemon pd waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yg baik utk kita. Ia juga memberi folate dan minerals spt potassium, kalsim dan magnesium utk tubuh. 

4. Kandungan mineral yg tinggi dlm lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dlm badan. 

5. Air lemon membantu dlm perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit birit. 

6.  Minum air lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan vitamin C dlm lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yg lebih penting utk kita.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yg ada dlm lemon, kajian mendapati ia ada ciri2 anti-karsinogik yg boleh membantu mengelak barah. 

8. Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yg membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri2 antibakteria yg terdpt pd lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dlm beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yg terhasil dlm badan.

11. Terdpt byk sumber yg mengaitkan faedah & kelebihan air lemon dlm membakar lemak dan membantu utk kurus.

12. Air lemon adalah sumber paling baik dlm menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri2 antioksida & antibiotik yg boleh membantu mengurangkan bau badan.

Source


2 comments:

Mummydearie said...

Baru nak google kebaikannya rupanya dah ada entri kat sini. Senang cerita, akak baca je. Wah, rasa macam nak cuba jugalah.

Lyn Yusoff said...

MD,
sila2 baca & mmg berkesan bila kita minum lemon ni.. akak wajib try