Jom Ketawa

Kalau Dah Gila, Gila Jugak

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?" 
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya." 
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Doktor : "???"


Tok Kadi, Wali & Saksi

Di sebuah rumah, sepasang pengantin akan dinikahkan.Selepas pengantin lelaki menjawab lafaz nikahnya,tok kadi pun bertanya pada wali & 2 saksi pengantin.

Tok kadi: Sah?(sambil melihat wali) 
Wali : Sah tok…
Tok kadi : Saksi ,sah?
Saksi : Sah..sah
Tok kadi : sah? (sambil melihat saksi 2)
Saksi 2: Err..saya tak berapa dengar dengan jelas, rasanya lontaran suara si pengantin tak begitu mantop...emmm,pitching die lari sikit,pengantin ni tak menghayati dengan baik…punchline tak smpai..orang tetunggu2 mane tapi takde…lagi 1 rupa ade tapi kalu suara tak bagus tak guna gak..cuba sekali lagi k..nice try…
Tok kadi : Haaaaa…???

p/s: Pengaruh Akademi Fantasia lebih sangat nih


Kacang Hijau

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke Klinik Samivelu, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..." 
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"

Setelah diperiksa...

Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...." 
Pesakit : "Apa caranya doktor?" 
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda boleh ler tarik keluar."
Pesakit : "Huh


2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha. Memang gelak membacanya. Lain kali kalau nak cari saksi jangan ambil juri AF, okey!

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahha.. sbb tu jadi lain :P