Cute!!!
Nothing to Update
Hi LoVers,
Good morning everyone!!!
Kerja ker hari ni?? Ke ada yg sambung cuti sampai end of the year? Sure ada yg sambung cuti kan. I didn't go anywhere. Lepak2 area sini jer. Ada wedding & majlis yg nak kena attend. Mmg kena pergi. Semalam jer membantai tidur & rest kat rumah.
Today working as usual. Kat office ni senyap sunyi gak lah since ramai yg bercuti sempena Christmas baru ni kan. Bos I olss pun sambung cuti sampai end of the year. So senang lah hidup ku. Bos tarak. hahahaha.
Actually, nothing to update. Saja jer tinggal kan jejak setelah beberapa hari tak menulis.
Ermmmm.. mcm ada harapan nak tutup blog ni. Muahahahhaa..
Bye!!
Labels:
My Note
Salam Maulidur Rasul
As Salam LoVers,
Salam Maulidur Rasul - 12 Rabiul Awal 1437H.
Segala puji bagi Allah SWT, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW.
Ya Allah, selawat ke atas Saidina Muhammad dan ke atas keluarganya, sahabatnya serta berkat dan salam.
[Image, credited to Google image]
Labels:
Islam,
Maulidur Rasul,
My Note
Mekz Cafe
Tumpang bro's house for a quick OOTD. Gitew. Bersiapan nak berjumpa gang tuk trip in May next year In Sha Allah. Tengahari ni sebelum heading ke Kajang.
Pagi tu Lyn byk urusan di Cyberjaya & USJ. So niat hati mcm nak pergi straight dari Cyber, tapi urusan settle awal. So balik dululah. Lagi pun berjumpanya jam 3pm. Kang mereput plak nak pergi mana. hehehe. Sempat tukar baju lain lagi.
After Zohor baru Lyn gerak ke Kajang. Tu pun leka terlepas masuk highway. Tu lah bergayut punya pasal mmg terlajak lah dibuat. Nasib baik ada jalan lain. Maklum lah awak kan sorang2, so kena struggle skit. Tak kuasa nak call2 tanya org. Lagipun memasing ade waze, ikut jer. Hehehe.
Berjumpaan kul 3pm, tapi Lyn lewat. Biasalah boleh sesat plak nak mencari kedai Amy ni. Kena call tanya dulu. Bila dah sampai, "eh aku dah lalu lah dpn ni, nape tak nampak?" Maklum lah tgk2 kalut tuh mana lah nak perasan pun kan. Sampai sana dorang dah half way dah duk discuss pasai trip ke ehemmm ehemmm tuh. Ehemm lah sgt. Hahaha
Alhamdulillah, 60% semua benda dah settle. Accommodation, transport, itinerary semua dah beres. Tinggal benda kecik2 yg melibatkan benda2 kat sini kena settle sebelum terbang nnti. Ada yg dah settle, ada yg jugak in process. Slow2 lah sbb memasing semua busy hujung tahun ni. Ada lagi 4 bulan lebih. Sempat lagi. Yg penting tempat tinggal & transport settle dulu.
Di awal2 perbincangan. Muka masing2 flawless lagi. Tgk hujung2 nti. Hahahaha. Lyn pulak melapar kat sini. Order kueh teow hongkong klu tak silap. Amy yg recommend. Sedap woiii. Tak rugi try. Yg lain2 sudah makan. Dorang kan sampai awal.
Hahhhh muka lemau dek kepenatan. hahaha. Dari kul 3.30pm sampai lepas Maghrib ok kitorang kat situ. mau tak lemau. Muka pun tak flawless lagi dah, sbb tu Amy tutup dgn tgn dia. Hahahah. Lepas settled, semua gerak balik. Lyn hantar Kak Dee kat komuter Bangi & terus chow balik.
Owh, yer, thanks Amy sbb sudi belanja kitorang. Malu ok taukey kedai belanja. Tak best lah pulak kan. Tapi dah dia nak belanja, kita terima jer lah. Lain kali tak boleh lah. Org berniaga kan. Klu free memanjang apa jadinya pulak. hehehe.
Klu korang rajin bila2 ni boleh singgah kedai Amy. Ni address nya.
Mekz Cafe,
6, Jalan Seri Putra 1/2
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor.
Labels:
Bloggers,
Friends,
My Day Out,
Vacation
Catch Up Session
Hi LoVers,
Dah menjadi routine, mmg tiap2 minggu mesti melepak dgn kawan2 ex-schoolmates ni. Sometimes, tgk jugak lah schedule masing2. But normally, on saja. Last met up end of last month. Dah 2 minggu ni masing2 busy. Yelah cuti sekolah, masing2 bawak anak2 holiday. Lyn pun busy jugak dgn kerja & some personal matters. Hujung tahun ni biasalah kan. Hehehehe
Last catch-up session at Foodsbury, Seksyen 9 Shah Alam nearby Concorde Hotel. Klu tak sure kat mana, u guys boleh waze jer. Senang. Kat sini, order & terus bayar. Then tunggu lah makanan sampai & boleh lah terus mencekik. hehehehe
Sebelum tu mehlah layan kitorang bergambar dulu. Kitorang kan pantang jumpa, bila jumpa jer mesti bergambar.
Hanya kitorang bertiga saja yg free. Yg lain2 biasalah semua ada commitment lain. Takkan nak paksa pulak. Kitorang ni pulak jenis, sapa free join jer lah. Takda nak PM kat WA sorang2. Kat dalam group kita war2kan, jumpa kat mana, time berapa. Senang.
Lepas tu datang lagi kawan kitorang yg sorang. Walaupun lambat siap kena perli, tapi datang lah jugak kan. Kitorang biasalah, klu jumpa memanjang ada plan. Plan yg satu belum jadi lagi, dah buat plan yg kedua. Pastu sure tak menjadi sbb ade yg antara kitorang berempat ni tak available. Kitorang ni jer yg penting. Klu yg lain takde takpe. Mak2 hayam ni kena ada. Org penting ok. hahahaha.
Adalah plan sempena Christmas ni nnti. Tapi tu lah, ntah jadi ntah tidak. Dah masing2 senyap seribu bahasa. Lyn pulak jenis malas nak bising2. Klu jadi, jadi lah. Klu tak jadi pun Lyn ada jer plan lain. Well. hehehehe
Let's talked about this restaurant. Concept kedai ni mmg santai2 jer. Masa kitorang sampai mmg tak ramai org. Tup2 lepak dlm 10 minit, kemain berduyun2 org dtg. Pembawa rezeki betul. Kat sini mmg served western food. Harga agak mahal skit, but kualiti makanan dorang mmg sedap. So berbaloi lah klu mahal pun. Jgn mahal tapi tak sedap, mmg sekali jer lah aku dtg. hehehe
So sapa2 yg rajin JJCM, boleh terjah Foodsbury ni.
Labels:
Ex-Schoolmates,
Friends,
My Nite Out
Long Weekend
Hi LoVers,
Good morning everyone!!
I olsss masih bermalas-malasan atas katil. Maklum lah sambung cuti lagi selepas Selangor di nobatkan juara Piala Malaysia 2015. Happy nya!!! Maklum lah setelah 10 thn berlalu baru kali ni tercapai jugak misi yg ke 33 kali. Last Friday, public holiday in Selangor due to Sultan Selangor's birthday. Kira nya hadiah yg paling bermakna sempena Hari Keputeraan Baginda.
We watched at home. My nephews agak jugak yg pergi. Tapi kita2 yg perempuan ni baik lah duduk kat rumah jer. Tak kuasa nak bersesak dlm stadium tuh dgn hujan lagi. Org kata support dari rumah jer. Tapi time goal, dia punya sorak sama jer mcm kat stadium. Kuat gila ok. hehehehe
Oklah, stop dulu. Pagi2 ni lepak jer kat rumah. Tengahari kang nak pi berjimba dgn kawan2 :)
Jiran Annoying
Ni kisah benar oleh Lyn sendiri. Kitorang satu family yg alami benda ni boleh di katakan hari2. Rasa nak naik darah pun ada. Tapi bersabar jugak lah. Tapi sampai bila pulak nak sabar kan. Sabar kita kan ada batasnya.
Cerita 1
Ni jiran sebelah kiri rumah my mum. Dia ni anak beranak mmg jenis tak reti senyap. Hari2 lah memekak. Tak kira bunyi kereta yg mcm motor boat tuh ker, bunyi radio mcm nak buat konsert, berborak mcm dia jer ada dalam dunia ni, ataupun membela binatang tapi tak reti nak jaga. Dia tak kira la org tgh tidur ker, org tgh solat ke hapa, mmg selamba badak jer memekak. Lyn pun pelik, tak reti diam ke dorang ni 24 jam. Klu nak tunggu dorang diam, bila semua merambus takde kat rumah. Baru aman dunia aku. But seriously mmg annoying kot. Ko dah lah duduk berjiran, tapi perangai mcm duduk dlm hutan. Klu nak memekak ker hapa, pi dlm hutan sana. Takde sapa nak marah. Paling2 kurang pun harimau dtg sergah ko, tak pun di baham. Hahahaha
Pernah jugak Lyn sound tepek dorang ni. Pagi2 buta ko memekak pasang karaoke, terjerit terlolong mcm kena rasuk hantu. Dia boleh selamba badak. Dah lah cousin Lyn sebelah rumah dia tu baru bersalin. Kesian lah kan. Akhirnya aku sound jer. Dia balas gak lah 'Ergghhhhhhh'. Aku peduli apa. Sampai skrg anak beranak especially anak2 dia pandang kerek dgn Lyn. So ada aku kisah??
Lagi satu dia membela ayam & kucing. Dah lah membela lepas tu tak reti jaga. Kucing & ayam2 dia dtg rumah kitorang & rumah makcik2 Lyn berak sana sini. Seriously menyampah gila kot. Pernah jer dpn mata dorang Lyn baling selipar halau ayam2 dia sambil membebel. Nasib lah. Sapa asruh biarkan. Pandai bela, pandai lah jaga. Ergghhhh.
Cerita 2
Ni jiran dpn rumah my mum. To be honest, mmg kawasan rumah my mum ni luas. Mmg klu buat khemah untuk kenduri kahwin, mmg boleh masuk dlm 4 - 5 khemah. So klu weekend, hari raya or kenduri kendara mmg kitorang parking dpn2 tuh. Mmg penuh lah kereta. If hari2 biasa pun, mmg ada sesetengah kereta family Lyn parking dpn tuh. Penuh lah dlm 6 biji. But still ada kawasan lapang lagi. Mana yg ada garaj mmg parking kat garaj. So nak di jadikan cerita, ada lah kereta ni menumpang parking dpn rumah kitorang, tapi buat mcm parking ko sendiri. Siap 3 4 biji kereta parking situ sampai laluan terhalang yg membuat kan kitorang tak boleh nak parking kereta. Takkan nak blocking laluan kerumah. Tapi dorang jenis otak letak kat kepala lutut. Mmg payah lah.
Adakalanya kita terpaksa parking kat tempat lain sbb parking kat rumah sendiri dah penuh. Dah lah menapak jauh ke rumah. Can you imagine. Tu belum dorang ada kenduri ke hapa, mmg penuh lah kereta kat situ. Tapi cuba lah parking elok2 supaya tuan rumah senang nak keluar masuk. Ni kitorang terpaksa honk tuan punya kereta.
Byk kali jadi mcm ni. Baru2 ni, last weekend. Kereta mmg penuh kat dpn tu, sbb family sister in law dtg. Tapi dorang tak blocking laluan kami, sbb dorang tau kita nak keluar masuk. So ada satu kereta si jiran bengong ni duk parking belakang kereta family SIL melintang. Lyn pulak nak keluar, tapi my friend dtg amik. So once dia sampai my house, dia tak boleh masuk sbb kereta yg melintang tu ada. He called me. 'Lyn ckp tunggu jap, I keluar skrg'. Dah lah Lyn tgh pakai tudung time tuh. Kelam kabut gak. Hehehe. Bila Lyn keluar, my friend's car tak boleh nak masuk kedalam. Tapi owner kereta tu ada kat luar dgn kawan2 dia, boleh dia buat selamba jer. Ko rasa?? Bkn ko nak alihkan kereta. Dia boleh tgk jer. Geram nya Lyn tgk. My friend cuba gak lah menyelit & try to reversed. Dia pun risau gak klu kena kereta org.
Dgn geram, akhirnya keluar juga dari mulut Lyn ni "Dah di bagi parking, tapi tak reti2 nak parking elok2. Menyusahkan org jer. Lain kali parking tempat lain!!!" Terus Lyn buka pintu kereta & masuk. Dari dlm kereta dorang pandang jer Lyn. Ko ingat aku heran. Geram betul. Dlm kereta Lyn membebel gak lah. Yg kawan Lyn ni suruh sabar. Mmg lah sabar, tapi dah byk kali kot.
Ni bkn lah kes kedekut ke hapa. Kita tak kisah pun nak parking, tapi jgn lah blocking & menyusahkan laluan orang lain. Byk lah kes2 yg melibatkan parking ni. Malas nak cerita. Klu Lyn cerita, pjg lah entry hari ni. Hahaha. Ni jer yg baru berlaku baru2 ni.
Sometimes kita kena pikir pasal org lain bila hidup berjiran ni melainkan ko duduk dlm hutan. Ko buat lah apa pun takde org sakit hati. Tapi bila berjiran mcm ni, kenalah sama2 tolerate. Tapi klu kita jer yg tolerate, pihak lain tak kisah pun payah jugak. So kenalah sama2. Tapi klu org tak cerdik, mmg gini lah jawabnya. Jenis yg ikut kepala sendiri. Mmg payah lah.
Sekian bebelan dari saya :P
Al-Fatihah
Hi LoVers,
Assalamualaikum semua.
Sedihkan seminggu ni. Insan baik ini telah pergi mengadap Illahi dalam tempoh seminggu ini. Bermula dgn Raja Muda Kedah, pelawak, Allahyarham Yussry Bin Edoo @ Pak Yus, Seniwati Allahyarhammah Mariani Binti Ismail & Almarhum Tunku Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Hiba dgn berita ni. Sbb Lyn pernah berada di tempat keluarga mereka. Kehilangan Arwah Abah yg di sayangi, kedua anak buah & kedua abg ipar. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Berehat lah kalian di sana dgn tenang. Amin.
Indeed we belong to Allah and indeed to Him we will return. (Quran 2 : 156) Al-fatihah.
Labels:
Al-Fatihah,
News
On Off
Kenduri & Hi-Tea
Jarang I pakai warna pink pergi mana2. To be honest, Lyn mmg tak byk collection warna pink. Klu ada pun mmg boleh kira. But since asyik kena complaint bila pakai warna biru, Lyn try lah beli warna2 yg lain jugak. I came out with other colors which pink, brown & etc. Tapi mata ni klu nak membeli baju mmg biru jugak di cari nya. hehehe
Btw, I wore Ashhanas's collection. It called Lady Diana in blush pink & mermaid skirt. I dah byk byk collection from Ashhanas ni. Geram & cantik2. Owh time ni ada kenduri aqiqah anak buah my sister in law. Went there with my family. Pic mmg takda, kitorang busy makan & mingle dgn keluarga kakak ipar.
Balik after Zohor lepas maam besar berborak sakan dgn besan dia. Balik rumah, siap boleh lelap sejam sementara tunggu Asar. Sbb lepas tu nak coffee session plak dgn perempuan dua org tuh.
Hujan lebat ku redah jugak lah sbb nak bergossip sakan dgn dorang ni. Kali ni melepak kat Zawara Coffee Bukit Jelutong. 1st time I went there.
Biasalah lepak dgn dorang ni mmg ada je cerita nya. Owh yea, kitorang mmg lepak bertiga jer. Yg lain2 ada hal masing2. So kitorang ni mmg sentiasa available especially yg tengah tuh kan. Org ajak ke kanan, ke kanan lah dia. Ke kiri ke kiri lah dia. Senang. hahahah. Tak byk songeh. Erin pun senang gak klu di ajak. On saja. Kitorang punya perangai mmg sama. Senang.
Melayan hazelnut latte & spaghetti thai beef. Not bad. Lyn suka pulak spaghetti tuh. Nak try churros, tapi dah habis pulak.
Ramai betul org lepak kat Zawara ni. Maklum lah tgh panas & masih baru. Luckily byk tempat nak lepak. Boleh pilih nak lepak kat luar ke kt dlm. Cuma agak bising lah. Kat sini konsep dia tak mcm kopitiam lain. Kat sini kita order dulu, byr & tunggu lah makanan sampai. Owh kt sini dia guna pager. So bila pager ko berbunyi, maksudnya order ko dah siap & boleh collect kat kaunter. Mula2 terkial2 gak, ater pertama kali kaedahnya. Next visit dah reti dah.
Ok klu korang nak lepak2 santai2 kat sini. Recommended.
Labels:
Ex-Schoolmates,
Friends,
Hi-Tea,
Kenduri,
Zawara Coffee
Congratulations!!!
Hi LoVers,
Happy Monday & Good morning everyone!!!
Owh yer baru ni sibuk dgn result UPSR yg keluar kan. FYI, dlm family Lyn takda yg menduduki UPSR. Tapi nephew Lyn 2 org thn ni ambil SPM. Seram jugak dibuatnya. Masing2 blm habis paper lagi. Dua2 tinggal 2 paper jer lagi. Rasa lama betul dorang ni ambil SPM. This week habis katanya. Haaaa.. baru lah lepas ni boleh enjoy. hehehehe.
Seram, mcm Lyn pulak yg nak ambil SPM. Kihkihkih.. Tu belum nak ambil result lagi. Seram nya mcm kita yg nak amik result. Baru ni masa result UPSR keluar, ada anak2 kwn Lyn yg ambil result. Berborak lah dlm group WA. Kemain kitorang seram sama, mak nya sendiri lagi lah seram. Ermmm kita pun tumpang seram anak kawan2 yg ambil result. Hahahaha
Lupakan pasal UPSR & SPM segala.
Baru2 ni convocation day for both my niece & nephew. Lyn tak dpt attend. My mum & rest ada jugak yg join.
My niece, anak sulung Abg Lyn yg no. 2. Graduate kat UM.Skrg ni dah start sambung Degree ni UM jugak. My nephew yg baju hitam tu thn ni SPM. Yg sorang lagi baru sambung Diploma.
My nephew, anak kedua Abg Lyn yg bongsu. During his convocation at UiTM Segamat last week. Abg si Puteri. Skrg ni pun dah start sambung kt UiTM Shah Alam. Owh Puteri pun one of the best student untuk tahun 3. Thn ni dpt 3 anugerah. Tahniah Adik :) Tapi dia tak dpt attend majlis penyampai hadiah sbb hari yg sama jugak konvokesyen Abg dia kat UiTM sana.
My granddaughter, Khaira pun dpt 2 anugerah untuk tahun 1. No 3 dalam kelas & no 3 keseluruhan tahun 1. Tahniah Along.
Alhamdulillah, dua anak buah Lyn dah graduate. Tapi masih pjg lagi perjalanan masing2 nak berjaya. Bkn senang nak senang kan. Skrg ni lah masanya untuk struggle nak dpt kan apa yg kita nak. Kena rajin belajar. Biarlah susah2 dahulu, bersenang2 kemudian.Your family & all of us proud of you guys!! Belajar lah rajin2 untuk masa depan masing2.
Dan tahniah juga pd yg dpt best result. Yg tak berapa bagus tuh, takpe. Ini bukan pengakhirannya. Usaha lagi dan lagi. Selamat berjaya.
Labels:
Convocation,
Family,
Granddaughter,
Nephew,
Niece
Gaya Hidup Sihat
- Makanan makanan yg seimbang - Amalan pemakanan yg seimbang memang perlu diutamakan. Makanan yg kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau leboh elok klu dielakkan.
- Minum air secukupnya - Minum air suam atau air masak yer, bukan air manis atau air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yg segar pun elok klu diamalkan. Tapi kena rajin buat sendiri, sbb yg dijual kedai tu dah di tambah dengan gula.
- Bersenam - Kalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Berjogging, berjalan kaki atau berbasikal pun memang elok untuk kesihatan dan menambah stamina.
- Buat sesuatu yg kita minat - Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yg kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat. Pastikan aktiviti tu bermanfaat.
- Kawal berat badan - Berat badan kenalah di kawal, tak boleh berlebihan dan tidak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita. Klu rasa berat badan dah berlebihan, boleh dapatkan Panduan untuk menurunkan berat badan secara sihat.
- Pengambilan supplement - Pengambilan supplement penting terutamanya untuk yg sentiasa sibuk sampai kadang kala tidak sempat nak makan atau kurang sihat.
- Rehat - Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala tu bolehlah bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan kepenatan.
- Tidur - Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu byk pun tidak elok juga sbb badan kita akan terasa letih.
- Berfikiran positif - Sentiasa bersangka baik. Dengan berfikir positif, hidup kita akan terasa lebih ceria.
- Pemeriksaan kesihatan - Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang2nya setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan ini penting untuk kita ketahui tahap kesihatan kita.
Mudah-mudahan dengan mengamalkan 10 langkah ini, kita akan berjaya mengamalkan gaya hidup yg lebih sihat. Tapi yg penting jgn tinggal solat.
Labels:
Health,
Sharing Is Caring,
Tips
Quick Update
Hi LoVers,
Good morning everyone!!!
Happy Monday. Ada sapa2 yg sambung cuti ker?? I'm working as usual. Tak sambung cuti pun. Esok jer lah cuti sehari sempena Deepavali. Klu Deepavali hari Isnin kan bagus, straight cuti 3 hari. But it's ok...
Kerja jer lah, jgn nak merungut sangat Lyn. Kerja tu kan ibadah.
Ok, say NO to Monday blues!!!
Kata2 ni takda kena mengena dgn tuan empunya blog. Sekadar perhiasan di hari Isnin :)
Labels:
My Note
My Perfect Date
Hi LoVers,
Good morning & have a good week everyone!!!
Finally, dapat jugak kidnapped my lovely niece ni. Lately ni mmg payah skit nak bawak dia keluar. Bz with swimming class, taekwando & art class. School holiday ni pun sure dia besy jugak. Since Lyn pun ada hal dkt IOI Putrajaya, I brought her together with me.
This is my first went there. Nasib baik lah ada waze kan, klu tak mau sesat ke barat jugaklah jawabnya. For the 1st time jer. Next time klu pergi lagi, tak perlu dah waze. Hehehe. Eksyen ko yer Lyn. Hahahaha.
I need settled my work 1st. Ade short meeting with my client. Luckily my client pun tak boleh lama. So dpt lah jumpa dia dlm 1 hour. Settled semua, we go for lunch. Ini budak sudah kelaparan. Hehehe
She decided to having lunch at Secret Recipe. Budak skrg, semua tempat makan dia tau. kita dulu2 mane reti ni semua. Pgi shopping complex pun tak. Kedai runcit taulah. Kahkahkahkah..
Jalan2 kat situ, ada plak event Dugro. Di bagi nya balloon. Dia takmau sbb katanya dah besar, tpi Lyn paksa dia amik. Boleh bagi Daniel kat rumah. Kehulu kehilir dia usung balloon tuh. Akhirnya meletop dlm Kedai Sangkaya. Suka dia. Malas nak pegang lagi katanya. hehehehe
My 2nd time rasa sangkaya. Yg ni bagi si kecik tu rasa. Dia kata sedapnya acik. Tapi BR lagiiiiii sedap. Wahhhh!!! ko nak yg mahal2 jer yer.
Di sbbkan 1st time dtg IOI Putrajaya yg jauh nun di sana, kitorang mmg spent time lama kat situ. Dgn jalan2, shopping2 segala mcm. Bkn selalu kan dpt dtg. Sbb ada urusan jer ni. If not, ntah bila lah akan jejak ke sana. Tapi tak kuasa lah nak pergi lagi. Jauh benau. Pd Lyn lah, sbb Lyn tinggal kat Shah Alam, even ade highway pun terasa jauhnya. Tapi klu ada org nak bawak, boleh jer.
By 4pm kita balik lah. We need some good rest. Time pergi ni hari Ahad. Lyn mana ada keluar2 hari Ahad ni. Melainkan ada benda penting or kenduri kendara. Klu takde mmg jenis duduk rumah jer hari Ahad. Klu nak kemana, semua kena settled hari Sabtu.
Weekend ni langsung tak kemana. Mcm takde mood nak keluar. Duduk rumah, surfing internet, tgk TV & tidur. Best!!!
Labels:
My Day Out,
Niece
Subscribe to:
Posts (Atom)