Keluarga Ujang
Ujang sedang di interview di sebuah syarikat :
Pegawai : Nama saudara siapa?
Ujang : Ujang
Pegawai : Cuba ceritakan tentang keluarga saudara
Ujang : Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung. Orang Tua saya tinggal orang negeri sembilan. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis. Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Melaka, tapi datok saya dah meninggal. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka.
Pegawai : Adakah saudara boleh berbahasa inggeris?
Ujang : Yes .. i am..
Pegawai : Now tell me about your family in English
Ujang : Sorry sir, I don’t have family in English, they’re all living in Malaysia.
Ujang : Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung. Orang Tua saya tinggal orang negeri sembilan. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis. Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Melaka, tapi datok saya dah meninggal. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka.
Pegawai : Adakah saudara boleh berbahasa inggeris?
Ujang : Yes .. i am..
Pegawai : Now tell me about your family in English
Ujang : Sorry sir, I don’t have family in English, they’re all living in Malaysia.
Nak Ambil Gambar
Pak Pandir baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Pak Pandir naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Pak Pandir mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Gambar yang berada di tangan Pak Pandir terlepas lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Pak Pandir tunduk dan mencari gambarnya yang terjatuh tadi. Apabila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Pak Pandir pun berkata, "Kak...Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."
Hahahaha
Ajis Kaki Pancing
Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.
Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.
Hehehe...Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.
4 comments:
hahahhahahahahaha...
mau pompuan tu sepak pak pandir kannn hahahahhaha
Hahaha... Ajis alahai! Kesian sungguh sampai terharu membaca sambil mengesat air mata nih!
Pak Pandir macam biasalah. Mana pernah berlagak pandai :)
Rasp,
mau tak kena sepak...
hahhaha
MD,
Ajis yg excited nak pergi memancing..hahaha
pak pandir spt biasa, ngengggg!!!
Post a Comment