Imigresen & Lepaking

Hi LoVers,

Happy Monday everyone!!! :)

Rasanya mcm tak puas jer weekend ni. 2 hari cuti mcm tak rasa pape jer. Sekejap jer dah Isnin. Btw, niat hati nak post out entry my nephew wedding at our side. Tapi tak larat nak choose pic. So kita skip dulu. Esok lusa ke or bila2 nanti baru Lyn buat. Now kita cerita yg lite2 jer dulu.

Dek kerana nak pi holiday this month, kenalah renew passport dulu yer. I bring along my nieces together with me since dorang pun nak join my short holiday ni. Plan dah lama dah, tapi asyik tertunda jer. Kali ni baru jadi. Dgn dorang ni my 2nd holiday for this month. I’ll be away by next week, back to Malaysia & holiday back with my nieces plak. Destination later lah kita bgtau yer. Tak penting pun.

Last week on Saturday lepas Subuh dah gerak pergi Imigresen Shah Alam. Gelap gelita dah keluar rumah. Org lain masih membuta lagi kan. Bkn apa, weekend sure ramai. Lyn sampai situ pun dah ada org queue. Kali ni kena queue yer dr bawah lagi. Bkn main redah jer mcm dulu2. Bagus lah kan. Bila guard bukak pintu, so berderet2 lah bergerak ke tingkat dua. Time tu ada lah minah sorang ni kemain nak memotong queue. Terus Lyn sound dia, “Excuse me, please queue yer”. Terus dia mcm slow skit. Yelah, orang yg dpan2 ni kemain queue dari pagi, ko senang2 nak potong. Memang tak dptlah. Terus dia pandang kerek kat Lyn. Kata org2 dpn Lyn pun, klu dia potong queue kitorang, mmg kitorang akan sound jugak. Padan muka ko.

So tunggu lah sampai pintu imigresen bukak. Lama jugak lah, sampai tak larat dah berdiri. Bila bukak jer pintu terus dpt no.

IMG-20150131-WA0001 Gigih kan dpt no dua. Hahaha. Actually Lyn adalah org ke 10 so dpt no 4010 followed by 2 niece Lyn, 4011 & 4013. Tapi uncle dpn tu ambil kan no tuk kawan dia, tapi kwn dia lewat skit sampai, so di bagi nya no 4002 tu pd Lyn. Kira exchange lah. Tu yg dpt no 2 tuh. hehehe

The process mmg cepat. Skrg tak payah nak bawak pic segala. Amik kat situ tuh. So renew 5 thn terus. Malas nak pikir lagi. Sbb lepas raya ni, ada trip lagi menunggu. In Sha Allah.

IMG-20150131-WA0004Ni gang2 renew & buat passport. My niece yg dpn tu renew jer. Yg sorang lagi tu baru nak buat. Sbb tu my SIL ikut skali. Budak bawah umur kan. So kena lah parent pergi sekali. Settle kan semua, pi breakfast dulu then satu jam nnti dah boleh collect passport.

Breakfast kat bawah tu jer. By the time nak collect, passport mmg dah siap. 9.30am tu kitorang dah siap collect dah. Alhamdulillah, settled semua. So ronda2 jap kat bawah tu, tapi takde pape pun. Mostly kul 10am baru dorang start biz. So dari tak buat apa, balik jer lah rumah. Sampai rumah sambung membuta balik sampai tengahari.

Lepak2 tgk TV kat rumah, petang tu keluar balik dgn budak bertiga tu. Ada urusan lain plak nak buat. Settled jer urusan kitorang pi lepak Burger King kat Shah Alam nun.

IMG-20150131-WA0007
IMG-20150131-WA0005Teringin sebenarnya nak makan Burger King. Dah terlanjur pergi Shah Alam tu, kita singgah sekali. New environment beb. Mmg cantik dari sebelum ni. Nak lepak kat dining table boleh, kat sofa pun boleh. Mmg best. Baru lah best nak chill2 gini.

So klu dgn dorang mmg tak sah klu tak selfie. Tugas wajib kot. So I olsss pun terjebak sekali. By 7pm kita balik dah. Letih tapi semua urusan selesai.


2 comments:

Mummydearie said...

Kenalah gigih kalau nak pergi imigresen ni. Kalau akak pun ada urusan dengan imigresen memang lepas Subuh dah gerak keluar rumah. Letih kadang-kala dengan kerenah birokrasi kat sini.

Kira melenjan hebatlah Lyn cuti CNY hari tu ya. Sampai dua destination pi terjah.

Lyn Yusoff said...

MD,
yelah, apa2 pun kena cpt bila berurusan dgn imigresen ni sbb tu lepas subuh kena kuar..

lenjan biasa2 jer kak :P