Hi LoVers,
Happy working yer orang2 yg berada di Wilayah. Dah cuti 4 hari kot. Klu sambung lagi korang mmg terror. Hehehe.
Ok, let’s story about my nephew’s wedding at our side. Dah nak dkt sebulan dah, baru Lyn update. Takde mood nak menulis lah skrg ni. So slow2 lah yer.
Settled majlis at bride’s side, seminggu lepas tuh kat rumah my sis pulak. Mmg berkampung sehari dua jugak lah. Nasib baik lah catering kan. So tak lah bz sgt. Kita just concentrate kat mane yg kita patut handle jer. Kurang lah penat skit kan. Klu kena rewang2 ni masak woiii.. Letih ya amat nnti.
Hari Sabtu tu kami adik beradik semua dah berkampung kat rumah my sis. Lyn takde pagi tuh. Singgah kejap jer. I went to E-Curve for shopping. Ada benda yg tak carik lagi. Tu yg pepagi dah keluar rumah. Masing2 duk suruh beli brg. So kita beli kan sekali gus. Balik dah lunch time. Lunch pun dah siap. Kita makan dulu before sambung buat kerja.
Settled kan part bunga pahar & kerja lain2 jugak. Yg lain2 sibuk memasak kat dapur. Mane yg kena siapkan, kita siapkan dulu. Sambil2 tu bergossip jer lah tak sudah2. Hehehehe. Btw, mlm minggu tu kita ada kenduri tahlil & doa selamat. Ade jugak majlis berinai, tapi takdela berkompang bagai. Just for fun jer. Ni request makcik2 nya. My nephew ikut jer. Klu besar2an dia taknak. Malu katanya. hehehe
Ini dia ketua masak. Hehehe. My lovely mum. Lauk pauk untuk malam minggu tu kitorang masak sendiri anak beranak. Simple2 jer pun. My mum just arah2kan anak2 menantunya buat kerja. Masak lemak nenas dgn ikan kering, sambal tumis sotong, ikan kering, ayam goreng berempah, ulam2, sambal belacan & kuih muih. Kuih muih pun ada yg kita tempah, ada jugak yg org bagi. Mmg byk.
Ayam goreng kita goreng dlm pukul 7pm. Nak makan panas2 lagi sedap. Ini tugas org lelaki. My BIL & abg2 Lyn yg settle kan.
Petang tu kitorang balik bersiap2 kat rumah. Mana yg tinggal dorang bersiap jer kat rumah my sis tuh. Nasib baik lah baju semua dah siap iron. Tinggal nak pakai jer.
Pelamin nan simple. Klu cantik tuh bkn pilihan pengantin. Pilihan kakaknya. Hehehe. Klu ikut pengantin, takde pelamin pun takde. Hehehe. Tapi mestilah ada kan. Baru lah seronok.
Kami2 yg ready tuk majlis berinai2. Dorang yg over sgt. Pengantin tak duduk lagi, korang yg over lebih. Hehehe.
Tunjuk lah muka ku sikit. Org kuat kata kakak ku. Maklum lah Lyn jer yg boleh di bawak ke hulu ke hilir. Yg lelain payah skit.
Amboiiiiii kemain betul kan samping sampai kat dpn pelamin. Over nya korang. Ke act jer lebih. hehehe. Sementara tu kat dlm ada majlis doa selamat & tahlil lepas Isyak. Ramai jugak org2 masjid yg dtg. Settle semua, baru kita jemput makan & majlis berinai main2.
Berinai main2. Guna jer balik baju nikah hari tuh. Dorang pun tak sewa baju untuk majlis ni. Ni semua last minute plan. Makcik2 & pakciknya yg request.
Ada jugak lah majlis tepung tawar. Pun suka2 gak. Semua lah tumpang merenjis sama. Over mak ku sampai tergelak2 duk merenjis cucu2 nya. Sampai kitorang pun terkena sama. hehehe. Katanya amik berkat. hahaha. Ye lah Puan yer :)
Alhamdulillah, ramai jugak jemputan malam tuh. Mungkin dorang tak dpt esok harinya, tu yg dorg dtg malam. Skrg ni siang malam kena ada jemputan. Maklum lah byk sgt jemputan kahwin. So bila ada pilihan mlm & siang tuh, dorang boleh dtg salah satunya. Tpi sedara mara Lyn mmg dtg siang malam lah. Time tu lah nak jumpa sedara mara kan.
Mlm tu pun ada karaoke jugak. Sapa2 yg nyanyi di persilakan. Spt biasa, Lyn ttp lah kena paksa nyanyi dek paksaan kakak2 ku. My sis, Angah sampai merajuk2 sbb Lyn taknak nyanyi. Puas dorang pujuk baru lah Lyn mengalah. Mula satu lagu, sekali berkali2 gak Lyn nyanyi. Saja nak puaskan hati kakak ku itu. hehehehe
Mlm tu kita celebrate birthday my mum & pengantin. My mum on 3rd & my nephew on 10th. Sekali harung lah kita celebrate. Terkedu jugak lah mereka2 ni. Dorang tak expect pun as usual.
My bro kemain menyuapkan my mum. Lepas tu sorang2 anak menantu pun follow sama. Tak larat my mum duk nganga mulut. hehehe
Pengantin baru duk menyuapkan hubby nya. 1st time celebrate as husband & wife. Sampai terpejam2 mata dek kerana usikan pakcik makciknya. Hehehe.
Settled semua, tetamu pun dah beransur balik, kitorang masih lagi melepak adik beradik sampai tgh malam. Mane yg karaoke tu still sambung lagi sampai kul 11pm. Kitorang pun ada yg baru nak makan. Sambil makan sambil borak2. Alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar. By 12.30am, kita gerak balik. Ade jugak yg tidur sana. Lyn nak tidur bilik sendiri, baru best. hehehe.
Balik tu hujan selebat2nya. Nasib baik time awal2 tu tak hujan. Klu hujan, kesian lah kat tetamu yg dtg. Mlm tu tidur kemain lena. Sedar2 jer dah Subuh. Nnti part reception tu Lyn cerita next entry yer. Bye!!!
2 comments:
Ni ngelat ni! Orang sibuk kat rumah, boleh pulak dia keluar shopping. Katanya orang kuat! Kalau kat rumah akak ni Lyn buat majlis lepas tu kita keluar shopping, memang habis kena bahan. Lepas tu suruh kita dok cuci pinggan mangkuk sampai licin. Doklah akak nanti mencuci sambil potpet macam minah Indon. Hahaha!
Amboi, 'penyanyi' majlis kahwin rupanya dia ...
MD,
bkn ngelat kak.. dah masing2 suh beli brg, kena lah kuar gak. tu pun balik awal. klu balik lewat mau kena bising. hahaha
penyanyi tak bertauliah pun. hahaha
Post a Comment