Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang
sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah
melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil
berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan
di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."
Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya
kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja
semua yang ada di dalam akaun ini.
Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 200 JUTA.
Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka
tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran
sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.
Mak cik itu
kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta
merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan.
Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM300, 000 sahaja.
Mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik
itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit
sebanyak RM299,500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya
memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam
akaun saya.
Moral of the story :
Cari mak cik tu (mungkin janda :P)
Mentang2 lah makcik tu kaya byk duit, terus ko layan baik2 yer. Klu tidak... tak beradab langsung.
4 comments:
emm memang takde adab..tapi bila orang tu berduit terus beradab pulak
Ni pun akak ada baca. Masalah negaranya ... ni cerita rekaan aje ke atau betul-betul ek?
Alah, staff bank siapa tak tahu. Sesetengah tu memang tengok kita dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau gaya ala-ala mak datin, layanan first class sebelum tengok akaun bank. Kalau ala-ala pengemis, memang habislah tak dapat layanan. Materialistik sungguh!
Mar,
kan... gitu lah sikap org skrg..
MD,
tu lah tak tau betul ke tak citer..
klu tak betul pun, kena lah buat baik sesama kita tak kira miskin ke kaya.. betul tak??
Post a Comment