Lawak Pagi

Daddy, Sex tu Apa??

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy....sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedanghangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

NAME : ............ .......... ..... 
SCHOOL : ............. ......... .
CLASS : ............. ......... ....
SEX :........... ......... ..........


Mee Bandung Punya Cerita

Bidin diam2 membuat hubungan sulit & bernikah secara senyap dgn pembantu rumah mereka Sumarti yg berasal dari Bandung. Satu hari Sumarti memberi tahu Bidin diri nya hamil. Dgn cepat Bidin menyuruh Sumarti pulang ka Bandung utk melahirkan anak mereka. Bidin menyuruh Sumarti mengirim poskad apabila anak itu lahir dgn kata2 "Mee Bandung siap". Bidin berjanji akan mengirim wang saraan anak itu tiap bulan sehingga mencapai umur 18 tahun.

Selang 9 bulan, pulang dari ofis isteri Bidin, Aishah cepat2 mendapatkan Bidin & berkata "abg, abg dpt poskad. Tapi pelik bunyi nya saya pun tak faham!". "Takpa, bagi biar abg tengok" kata Bidin konfiden...beberapa saat membaca muka Bidin jadi hijau, kemudian pucat terus biru langsung terus jatuh pengsan!!!

Poskad itu berbunyi " Mee Bandung 4 siap! 2 ada telor 2 tak ada telor! Tolong kirim kuah nya lebih2 ya !!.....


Seminggu di England

Mak : Dik, ambilkan hp mak, ko tolong sms kat abang ko yg kat England tu. Apa kabar agaknya? Mak rindu betul kat dia .          
Anak : Ok, mana handphone mak?        
Mak : Tuu hah atas meja .         
Anak : Ok tunggu jap .        

Si adik pun sms kat abang nya, 1 minit kemudian.        

Anak : Mak!! Abang dah balas, tp dia pakai bahasa inggeris pulak. Adik tak faham lah .          
Mak : Apa nya? Bacakan.         
Anak: "You have an insufficient account credit balance, please reload to stay connected"         
Mak : Sms balik , bagitau dia cakap melayu aje lah , jgn nak aksyen , baru seminggu kat England .


Hahahaha


4 comments:

kehidupan sihat said...

haha..

pening si ayah nak menjawab

Lyn Yusoff said...

kehidupan sihat,
kan.. hahhaa
berjela2 ayahnya explain..

Mummydearie said...

Kesian Daddy. Itulah patutnya Daddy teliti dulu apa kemahuan si anak. Manalah tak menangis budak tu.

Yang last tu akak suka sangat. Baru seminggu kat England dah kekwat. Hahaha!

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahha..
lawak kan... baru seminggu dah kekwat..