Malam Tujuh Likur

Menjelang jer Ramadhan tak sah klu tak pasang pelita panjut. Alaaa mlm tujuh likur gitu. Motif ape pasang pelita byk2 ni sekadar suka2 jer. Maklum lah dh dkt nak raya, ape salahnya pasang. Kata nak meriah.

Tapi Arwah Abah ada bagitau tujuan memasang pelita ini adalah untuk menyambut malam Lailatul Qadar. Istimewanya malam ini adalah seumpama malam seribu bulan. Malaikat turun dari langit serta merta air yang mengalir akan membeku. Segala pohon akan tunduk. Menurutnya lagi kalau malam tu kita banyak berbuat ibadah doa kita akan di kabulkan oleh Allah SWT..

Tiap2 thn mmg kita pasang pelita kat area rumah. Dulu2 kita pakai pelita, sangkut kan kat batang pokok getah. Teringat zaman2 dulu. Sekarang ni main beli je pelita panjut tuh. Yg sediada mmg ada 6 btg kat rumah. Hari tu beli lagi 6 batang. RM2 sebatang kat kedai dua ringgit. Murah kan.

Operasi bermula petang ahad. Anak2 buah Lyn duk pacakkan pelita panjut kat dpn halaman rumah.

IMG_0419 Siap cangkul lagi nak korek lubang tuh. Payah sbb ada batu2 kat dpn rumah tuh

IMG_0420 Amboiiii sempat posing lagi ko.

IMG_0422 My sis was excited. Dia yg bagi arahan. Lyn tukang snapped pics. Hehehe

IMG_0426Mlm tu budak dua org ni yg tak sabar nak pasang pelita & main bunga api. Biasalah budak2 kan suka. Tapi kitorang pun main sama. Hehehe. Ermmm bukan selalu pun. Time raya jer lah nak main bunga api kan. Tu yg excited lebih. Hehehe

Rasanya ramai dah balik kg. So mood blogging pun dah kelaut. Later2 kita sambung lah erk.


2 comments:

Rizziela said...

bestnya dapat beraya dikampung...meriah kan

Amanda Suria said...

Seronoknya...harap2 kat kg kazen along buat pelita...