Pak Pandir Naik Kapal Terbang
Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.
Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.
Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapal terbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapal terbang tadi, rupanya kipas di luar..."
Pak Pandir Kena Barah Otak
Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.
Doktor : Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi barah otak.
Pak Pandir : Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)
Doktor : Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)
Pak Pandir : Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?
Doktor : Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Pandir : Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.
Doktor : Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)
Pak Pandir : Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?
Doktor : Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Pandir : Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.
Pak Pandir & Motorsikal Baru
Pak Pandir baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Pak Pandir itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Pak Pandir: Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Pak Pandir: Kalau rosak 1 gear ada 3 lagi gear.
Kawan Pak Pandir:???????
Kawan Pak Pandir:???????
Kelambu Pak Pandir
Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. Pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnya lah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.
Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,
Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.
4 comments:
kihkihkih..
Aduhai, Pak Pandir nih! Macamana ek nak 'sekolahkan' dia tinggi-tinggi supaya cerdik sikit!
Idzwa,
hahahaha
MD,
pak pandir ni mcm bodoh sombong jugak lah.. tu yg payah tuh :)
Post a Comment