Lawak Selasa

Kisah Cikgu Intan

Ada sorang cikgu sekolah rendah. nama dia cikgu intan. die ni mengajar subjek bahasa inggeris. Tiap² hari kan mesti cikgu intan ni tensen. sebab bebudak kat kelas yang dier ngajar tu bebal belaka. Dah dekat setengah tahun die ngajar murid² die masih tak tau ape².

Satu hari tu dengan tensionnya dia berdiri kat depan murid² die dgn muka yang marah. Sambil tu die pun cakaplah..

"Sapa rasa diri dia bodoh berdiri sekarang!" tiba-tiba sorang budak bernama Ahmad berdiri. "Hah, bagus sapa lagi nak mengaku macam Ahmad ni?" tanya cikgu intan.

"Errr.. Cikgu" Ahmad menjawap.. "Sebenarnya saya kesian kat cikgu berdiri sorang² kat situ macam orang bodoh!" selamba jer ahmad cakap mcm tu.


Pinjam Duit

Suki: Apa hal ni Joi? macam ada masalah aja. 
Ajoi: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.
Suki: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?
Ajoi: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,
Suki: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?
Ajoi: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).


Perkahwinan Kerabat
Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah.... Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah.

Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?"

Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.. "Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya... Khairul...." erkkk??


Kalau Ku Punya E-mail

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakanv"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan." 

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email, wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.

Setelah beberapa waktu, dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US. Suatu hari, dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. Dipanggilnya penjual insuran datang ke pejabatnya.

Setelah bersetuju, penjual insuran berkata. "Minta email Puan..." "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

Wanita itu menjawab: "Jadi tukang Sapu di Microsoft.


2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha, gelak besar! First, akak kesian sangat kat cikgu Intan dan si Khairul tu. Itulah cikgu, kalau nak cakap kena fikir waras-waras dulu. Kan dah kena. Dan untuk budak Khairul tu, kalau dah cukup umur pun rasanya tak dapat juga nak kahwin dengan Tengku Nazirah ni. Pilihlah wanita yang lebih tinggi IQnya yek!

Akak ada komputer dan email. Nasib baik tak jadi tukang sapu!

Lyn Yusoff said...

MD,
anak murid lagi pandai dr cikgu kan..
hahahha

kann.. kita ada computer & email, nasib tak jd tukang sapu kan.