Family Gathering 2014 : Last Day

Holiday 3 hari 2 malam, rasanya sekejap sgt. Tak puas nak get together dgn family ramai2 macam ni. Sunday, our last day. Bangun pagi dorang siapkan sarapan semua. Mak2 jer lah kan buat kerja. Yg kitorang ni membuta lagi. Sejuk, hujan plak pagi tuh. Tapi tak lama. Budak2 tu dah merengek2 nak pergi pool. So bagi dorang breakfast dulu siap2.

Yg lain2 pun siap dah mandi pagi tuh, siap dah breakfast masing2. Tetap lah jugak nak swimming. Balas dendam masing2. Lyn sambung tidur balik. Tak cukup tidur ok. Sbb kang Lyn kena drive. Org lain takpe ada laki. Sobs.. sobs.. sobs..  :(

Yg mak2 pun sambung tidur gak. Lyn bangun tidur budak2 semua dah takde. Confirm ke swimming pool. So pergi lah jugak. Last day harus lah swimming gak. Pakai jugaklah baju yg ada, janji tutup aurat. Lama dah tak swimming, hampir lupa jugak lah skill2 ni. Lepas ni kena attend class balik lah. Kasi mantap kan lagi skill.

IMG-20141111-WA0004 Si puteri yg selamba jer swimming kat pool dewasa. Dia dah makin terror dah swimming. Abg2 nya ajar. Selamba jer dia boleh habiskan 50 meter. Gigih budak kecik tuh. Bkn takut pun.

P1130883 Anak beranak. Ikut suka korang lah nak buat style apa. Janji happy. Puteri & Abg Long ntah kemana ntah. Sibuk terjun tak sudah2.

P1130833Budak2 ni mmg suka lah dpt swimming. Happy to the max!! Khair pun selamba jer dlm pool tuh. Bkn dia reti sejuk pun. Lagi rendam dia lama2, lagi suka dia. Hehehe

Tak bagi dorang swimming lama sgt sbb lepas Zohor kita nak gerak dah. Naik atas masing2 mencicit mandi. Siap mandi, masing2 lunch dulu. Mana nak kemaskan brg masukkan dlm kereta kita kasi settle. Kemas apartment siap sementara tunggu waktu Zohor. Lepas solat Zohor kita check-out.

Sebelum balik, kita bergambar sakan dulu. Lyn tak lah letak semua. Malas nak pilih. Byk sgt.

IMG-20141110-WA0003 Budak berempat ni kemain dah bergambar dulu. Dah mcm tangga dah ku tengok. Dari rendah ke tinggi. Hehehe

IMG-20141115-WA0005 Our group photo as usual. Walaupun tak semua yg pergi time ni, tpi mmg seronok sgt. Kira mmg dah jadi aktiviti wajib setiap thn even kat PD jer. Org kata jauh atau dkt tu tak kisah, janji time berkumpul tu yg paling seronok.

Satu kereta dah gerak awal. Nak hantar my niece balik Uni. Kitorang gerak sekali 9 biji kereta. Tak terus balik rumah, kitorang singgah Nilai 3. My sis sibuk nak cari brg kahwin anak dia. So kitorang pun join sekali. Lagipun Lyn & lain2 ada yg tak pernah pergi lagi Nilai 3 ni. Pertama kali sampai nampak mmg rambang biji mata. Tapi agak mahal jugak brg2 kat sini. Baik beli kat KL jer. Sama gak kan.

So kita tak membeli apa2 pun. Saja jalan2 cuci mata. Serious takde apa yg berkenan pun. Just tolong2 my sis & niece pilih brg2 kahwin tuk anak bujang dia. Dari satu shop ke satu shop brg kahwin kita jelajah. Tapi kureng lah. Kaki penat gila kot. Kitorang takpe lagi, tapi kesian kan my mum. Slow dia jalan. Suruh naik kereta tak mau, katanya nak exercise. hehehe

Lepas shopping, kita pi pekena sup Berdengung Nilai 3. Kat belakang shop2 tu jer kedai makan dia. Abg Lyn lah sibuk sgt nak try. Katanya pernah masuk JJCM. So kita layan kan ajer. Oklah sup dia. Sedap jugak. Tapi pedas gila sambal dia. Selalu sambal kicap kan kita bubuh dlm tuh. Ni cilip padi semata. Mau tak pedas. Ada yg order nasi ayam jugak.

P1130905 Settle makan, kita gerak balik. Kuar jer Nilai 3, jammed plak highway. Time tu 7.30pm jugak lah. Risau jugak pukul berapa nak sampai rumah. Dah lah Lyn kerja Isnin tuh. Nasib baik lah jammed jap jer. Sampai rumah 8.40pm. Syukur sgt.

Balik mandi, solat segala, sempat lah tgk TV jap. Before 10pm Lyn dah masuk tidur. Yg lain2 cuti. Syok lah dorang boleh lepak2 tgk TV. Semua brg dorang yg kemas kan. Lyn letak kat tepi jer. Ater I kan kerja uols… rehat kena lebih. hehehe

Selalu bila tidur tuh sure terjaga2 jap. Mlm tu mmg tak terjaga langsung. Sedar dah azan Subuh. Lelap jap, by 6.30am bangun siap2 nak pergi kerja. Alhamdulillah, pagi tu bgn tak lah penat sgt. Cukup tidur, harus lah kurang penat. Tapi dua tiga hari gak bantai tidur awal. Lepas Isya’ jer dah kebabom tidur. Bkn apa, nak kasi bdn betul2 rehat.

Ok settle dah cerita family gathering kitorang. Mmg seronok sgt2. Next year, pasti ada lagi. In Sha Allah :)


2 comments:

Mummydearie said...

Ramai juga sekali pergi family gathering Lyn ni. Haruslah havoc. Walaupun kalut sebab bilangan ramai, bila berkumpul ni seronokkan Lyn. So sampai juga kat Nilai 3 ya. Takda apa pun. Barang pun kat KL boleh beli. Tapi ada gak akak terbeli karpet dalam kata takda apa pun. Dasar perempuankan!

Lyn Yusoff said...

MD,
ni tak semua ada kak.. klu semua ade, mau tak cukup frame. hehehe bila berkumpul mmg seronok..

sampai akhirnya walaupun bosan nya ya rabbi... ikut jer lah dorg. at least sampai jugak lah..