Ramadhan 1431H : Day 10

IMG00205-20100820-1935IMG00206-20100820-1935Bulan puasa cam sekarang ni, Lyn teringin sungguh nak makan pecal. Nak buat sendiri tak sempat. Balik kerja dah penat, takkan nak suh my mum & helper yg buat kan. Dorang pun ada byk menu yg nak di masak. Cara mudah, beli sajer.

Tau kan Lyn mmg tak pergi bazaar. So bila nak makan pecal ni terpaksa gak lah pegi. Just kirim kat my BIL. Tapi mmg takda org yg jual pecal ni pun. Agaknyer remeh kot nak membuatnyer.

Ramadhan yg ke 10 baru my niece nampak ada org jual. Tu pun bukan kat bazaar. Kat depan rumah org. Selalu kitorang beli popia basah kat kakak tu, mmg sedap. Tiba2 my niece nampak pecal. Mula beli sebungkus jer, RM2.00. Takut tak sedap.

Tapi bila makan kat rumah, tak cukup uolssss. Next day tu beli lagi. Hehehe. Sedap gak kuahnya. Pecal tu semua sayur je yg ada. Taugeh, kangkung, sengkuang, timun, pucuk ubi & jantung pisang. Mmg vegetarian sungguh sape yg makan. Hehehe.

Kalau sedap & murah, tak menyesal beli hari2. Makan hari2 pun takper. Heheheh

Now, I’m craving for nasi kerabu. Huhuhuhuh…

Today, 21st Aug 2010

DSC00213 My BIL, Yusry12062010466My granddaughter, KhairaP1030809My adik, Fendy

Ketiga2 mereka ni menyambut tarikh kelahiran yang sama which is 21st Aug 2010. Mereka bertiga adalah yg paling rapat dengan Lyn.

To all of you…

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu…

Allah selamatkan kamu bertiga..

Allah selamatkan kamu…

***********************************************

Happy Birthday..

Semoga panjang umur & murah rezeki..

Amin :)

Ramadhan 1431H : Day 9

IMG00195-20100819-1738Ramadhan yang ke 9, baru lah Lyn & my colleague pergi Bazaar. Actually, it’s not bazaar at all. Stall ni dia bukak kat depan rumah. So kalau pergi bazaar sure rambang mata kan. Tapi kat stall kakak ni pun dah rambang mata ok. Banyak tul makanan yang kakak ni jual.IMG00194-20100819-1737Kuih-muih, laksa, mee jawa, mee kuah ketam, taufufa. Senang kata semua ada kat kedai kakak ni. Sbb tu Lyn kata mmg rambang mata. Hehehe

This stall recommended by my client. Katanyer mmg makanan kat stall yang kakak ni jual sedap2 belaka. We are looking nasi kerabu for berbuka puasa. Sbb my client’s wife bgtau, nasi kerabu kakak ni mmg sedap, siap dia mintak anak dia temankan kitorang lagi. Tak tau jalan uolssss.. Sweet kan family my client. Sangat sporting ok. HeheheheIMG00196-20100819-1741Tapi kakak ni tak jual plak nasi kerabu bulan Ramadhan ni. A bit frustrated. Huhuhu. Terpaksa lah kita carik makanan yang lain.

I bought kuih muih, laksa for my mum & kuih for my client too :)IMG00197-20100819-1921Balik2 rumah, byk plak kuih muih untuk berbuka puasa semalam. Yang Lyn beli mmg dah tentu. My BIL pun beli 2 jenis kuih. Kuih lapis tu untuk Puteri.

Actually, beli kuih tak byk pun. Beli dalam seringgit jer. Tapi bila di kumpul2 byk plak. Rezeki.. rezeki di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Nasib baik tak kena bebel dgn my mum. Makanan byk tul. Itu pun Lyn bagi kt SIL. Daripada tak makan, baik sedekah.

Itu pun tak habis. Tak dan nyer nak habis byk2 gitu. Kat my house ni walaupun ada 7 org, tapi tak kuat makan, kecuali my BIL. Lepas balik tarawih mesti makan nasi.

Kitorang ni, lepas berbuka dgn kuih muih, takde nyer nak makan nasi. Kenyang sampai ke sudah. Tunggu sahur nnti baru makan. Hehehee

Internet Line is Suck!!!!!

Two days back, I think, my Streamyx line gave me headache… headache.. headache. Billionz headache. Huhuhu. Because, I can’t connect to internet world. Ni bukan setakat slow ke hapa… memang tak boleh nak connect langsung. I can’t blog or watsoever :(

So when the internet was kind of suck, I called TMNET and asked them what happened to the connection. The internet lamp in my modem still off. Of coz I can’t connect to internet. They told me that my line was stable. Tapi kalau stable nape lah I tak boleh connect kan. He asked me disconnect and restart my lappie and plug in the modem again. I was like, ^&&()). Penat dah buat, but still the same. Yang customer service tu plak cam taknak layan jer. Byk tul suara mendengus dia. Woiii en abg, org pun puasa gak, tapi takdelah suara tu cam org nak mampus. Ishhh geram aku…

The called was suddenly disconnected. Eeerghhh marahlah aku ni.. isshhh nasib baik puasa.. Sabar2….

I waited for few minutes, and called for a second time. Kali ni perempuan plak. Nasib baik dia cakap elok2. Klu tak, naik gak darah aku ni. She told me to do the same thing again, but still tak boleh.

Finally, she made report for me. Cool. Yelah dah 2 kali buat pun tak boleh. So mak dah fed up ok. She informed that the problem akan settled after 48 hours till 72 hours working days. OMG!!!! Lamanyer kan.. Matiklah mak takde internet. Huhuhuh..

But sesekali takde internet connection pun ok gak. Tapi tak boleh lama2. Sure Lyn mati kutu. hehehe.

So entry yang ni pun Lyn wat kat office jer. Tu pun satu je yang sempat. Sbb busy sokmo. Balik semalam, suruh my niece test internet, Alhamdulillah.. my streamyx kembali ok. Boleh online seperti biasa. yeaaaaayyyyyyyy :))

Ramadhan 1431H : Day 8

Hi Lovers,

Morning everyone!!

Sudah sepuluh hari kita berpuasa. Maknanya tinggal 20 hari lagi nak raya gitu. Best2… Persiapan pun ala kadar jer. Tapi Alhamdulillah semuanyer masih on track. Amin.IMG00192-20100818-1928Puasa hari kelapan budak kecik ni masih berbuka kat my house. Dia tak nak balik coz my BIL ada beli kuih lapis. Her favourite. Memang tu lah yang dia makan smpai non-stop. Pada Lyn kuih lapis tu biasa jer, tapi dia punya syok makan.. sampai ulang2 dibuatnyer. Takpe2… suka tgk budak2 kecik ni selera makan.

Hari tu tetiba Puteri baca doa makan sekuat alam. Sempat lagi dia tersengih. Malu2 kucing konon. Tapi suara dia lah yang paling nyaring membaca doa.

Still remembered my previous entry?? alaaaaa yang cerita pasal kes buang bayi tu kan. Makin menjadi2 lah sekrang ni. Bukan setakat tu jer, ramai manusia yg berhati binatang dibulan mulia ni. Kes buang anak jgn ckp lah, mau aku ganyang2 org tuh. Ni kes simbah asid kat muka ex-wife, ex-mertua & anak2. Tak ke binatang tu namanyer. Tak tau lah dunia zaman sekarang ni. Mcm2 hal. Dah takde keja lain gamaknyer.

Isshhh ape lah nak jadi orang sekarang ni.. buat jenayah cam buat benda senang jer. Ko tak pikir jalan panjang ke woiiiii… tak pasal2 ko kena reman, pastu masuk lokap. Baru ko tau kan langit tinggi rendah…

Dunia… dunia…

Macam2 cobaan…

Ramadhan 1431H : Day 7

Hi Lovers,

Good morning!!! How’s ur puasa??

Dah hari ke-9 yea kita berpuasa. Pejam celik2 tinggal hanya 21 hari saja lagi. InsyaAllah. Persiapan raya korang camner?? Sure sekarang ni tgh sibuk membeli belah kan. Moga2 dpt jimat cermat. Jangan membazir plak. Belanja kat bazaar Ramadhan pun begitu jugak. Jgn keterlaluan. HeheheIMG00190-20100816-2243Rendang kerang in the house!!! It’s so tempting rite?? Menu utama dihari yang ke-7. Lyn tak makan kerang sgt. Tak kisah lah masak ape pun. Memang tolak tepi. Hehehe. So my mum masakkan lain untuk adik dia yg banyak songeh ni. hahahahaa.IMG00191-20100817-2307Agar-agar merah santan ni pilihan my mum. My mum buat sendiri. Katanya klu beli mahal sgt. RM1 for 3. Baiklah kita buat sendiri. Modal pun tak byk mana. Letak plak dlm fridge, makan time sejuk. Memang sedap sgt2. Rasanyer Lyn sorang pun boleh habis satu mangkuk.

Issshhh siang2 ni citer pasal makanan plak. hehehe. Bulan puasalah. Jgn terliur pulak. Hehhee.

Dugaan… Dugaan.

Maafin saya yea… :)

Perm or Rebonding??

FB1FB2Dah nak raya kan??? Suddenly I was thinking about my hair makeover. Every year mmg kena buat rambut baru. Kalau tak kembang semangkuk lah rambut ku ini. Hahaha

Perm or rebonding?? Huuhuhu. Punyalah meroyan duk pikir nak wat style camner. Fenin… fenin…

Gonna be like this!!!!!

P1000846 One year ago till now. Tapi dah biasa sgt rebonding dah…

Or gonna be like this!!!!

P1010153 Temporary perm

After discuss with Saffy… I’ll go for relaxer coz it’s more natural. Lebih kurang same jer sebenarnya. Then, I asked if got any saloon yang boleh buat relaxer tuh. So she recommended one saloon, dekat dgn rumah dia. Then…. I got the number. Pretty cool huh :DD

Manage to called that saloon. So kena wat appointment dulu before datang. Takut ramai plak nnti. So far Lyn tak decide nak dtg bila. Rasanya on Saturday next week. Ape pun kena buat appointment dulu.

I’m happy for it. Satu kerja sudah settle mar… :DD

Lalalalalalalalalalallalalaa……

Ramadhan 1431H : Day 6

Hi Lovers,

Good morning everyone!!

Dah 6 hari kita semua menyambut bulan Ramadhan, hari keenam lah jugak Puteri baru berbuka dgn kitorang kat rumah neneknya. IMG00188-20100816-1931Hari lain berbuka kat rumah maknyer [my 3rd sister, mmg dia panggil mak]. Mana taknyer, Nurul, my granddaughter ade skali. Dorang tu dah macam adik beradik. Padahal Puteri tu makciknyer. Tapi dia tetap panggil Puteri, Maksu Ri [Mak Su Puteri]. Dorang ni beza 2 thn jer. Membesar sesama gitu.

Bila kita tanya nape tak berbuka kt rumah nenek..

Alaaaaaaa… adik lupa lah. Adik kan byk rumah. ada rumah mak.. ada rumah nenek, ada rumah mama, ada rumah mama long..

Hahahahaa

Hujan punya lah lebat Isnin tuh. Non-stop dari petang membawa ke malam. Time berbuka mmg lebat sungguh.

Berbuka pun makanan simple2 jer. Menu utama, cekodok as usual, however we had bubur pulut hitam jugak. Hehehee.IMG00189-20100816-2242Bubur pulut hitam requested by Puteri. Tapi bukan her mum yg buat. Nenek nyer yg masakkan. Hehehee. Sedap sih. Kitorang berdua ni mmg tak makan durian. So klu my mum buat bubur pulut hitam ni, mmg kitorang melantak lebih. Bubur kacang hijau lagi kitorang tak suka. Lagi2 yg bubuh durian. Seyesssss kitorang berdua tak makan.

Kekecik lagi dah pandai request erk adik… tak sesuwai ok. Hehehe…