Jiwa Kacau, Semua Terganggu

Bila jiwa kacau, mood makan termasuk segala benda yg nak di buat mmg tak de mood. Apatah lagi nak berblogging kan. So entry2 yg dah auto-published Lyn tukar tarikhnya. Ikut kepala angin lah ni. Jumaat lah kot klu rajin nak publish. If not next week la.

Mmg mood agak kedaung skit lately ni. A bit moody. Tolong jgn cari pasal dgn saya. Sure kena dushhhh kaw2 punya. Agak2 nak rasa sila lah tanya yg bukan2. Mmg mendapat lah jawabnyer.

IMG01485-20110629-1534Bab makan, mmg takde mood jugak since yesterday. Sebutir nasi pun tak masuk lagi. Yg masuk hanyalah roti, gula2 dan termasuk makanan goreng2 ni. It’s too oily. But should be ok. Sbb klu tak makan nnti pengsan plak kat tepi jalan. Dari tak makan langsung, makanlah benda2 cam gini. At least berisi perut ni dari kosong kan

Till now mmg tak makan heavy lagi. Tak tau lah nape. Jiwa kacau, fikiran melayang2, mood tak bagus. Ermm macam gitulah.

Too bad. Sbb seksa diri sendiri :(

Short Dating

Al kisahnyer, I need to attend a meeting somewhere in North Port, Port Klang ari tuh. So since I’m not familiar with that area, haruslah mencari kawan baik ku, Fazs tuk guide Lyn ke situ. Actually, Lyn tau lah skit2 area North Port tu. Tapi gedik nak tanya Fazs gak, takut Lyn sesat ntah kemana2 nnti. She’s familiar with that area, she’s working at Port Klang too.

IMG01483-20110628-1306So rogerlah Fazs tuk guide Lyn ke sana. I met her during lunch hour at Giant Port Klang. Having our lunch at Pak Lee restaurant together. Not Pak Li Kopitiam hah. Hehhe. Makin kembang mak yong ni. Tengok perut dia sudah besau. Tak sabar nak dpt anak buah baru. hehehe

IMG01482-20110628-1306We ordered 2 lunch sets. Nasi putih, telur dadar, any sup, ulam & sambal belacan. The price so cheap, RM6 saje. Lyn order sup perut, fazs order sup daging. Air harga lain tau. Sirap limau & barli. Kira murah lah. Each everyone kena byr less than RM10. Lyn kena RM7.50 je. Murah kan.

Sup dia sedap. Cuma kurang pedas. Nak mintak tambah sambal kicap tak tercakap sbb happy sgt jumpa mak yong tuh. Byk citer even 1 hour je kitorang jumpa. hehehe

IMG01484-20110628-1325 Ni portion Lyn yg makan. Mmg habis sbb lapar ya amat. Ater pagi tak breakfast. Lepas tu busy meeting sane sini. Mmg tak sempat langsung nak makan. Yang hanya masuk air suam je. Tu pun mmg standby bawak. Klu tak puasa terus. hehehe

Mak yong tak habis makan. Sabar jerlah. Pot pet pot pet jap around 2pm kitorang dah gerak. Sbb nak menghala ke North Port tu mmg jammed. Lagi2 dgn kontena besar gedabak. Tension dowh. huhuhu

So berpecah lah kitorang kat jalan. Fazs ke office dia, Lyn terus ke North Port. Ishhh payah nak masuk North Port tuh. Sampai sesat dua kali. Dengan panas matahari mencanak kat langit. Sabar jelah. Even sesat, panas sampai berpeluh2 mak, tpi berbaloi :)

Wordless Wednesday #7

P1030294P1030299I love sunset. It’s so beautiful

Bad Mood :(

I have no mood to update my blog. Let it be. Mane2 entry yg ada tuk hari ni & esok mmg dah siap2 draft since last week. So tuk jam 1.00pm ni mmg belum ada entry nyer. So Lyn selit2 kan lah entry yg tak berapa nak hado ni. Ater dari semalam asyik jiwa kacau jer. Huhuhu

I’m sorry. I can’t find the mood to update the blog. I got to take a rest , I have no mood. Go to vacation, maybe.

Later2, klu ada mood, blog ini akan kembali kepada asal lah erk.

Sekarang ni, kepala merewang ntah kemana. Tak tau ape yg dipikirkan. Menjadi atau tak, I don’t know yet. Kerja ari ni pun, buat dalam keadaan terpaksa je kot. Klu lah boleh balik rumah rest kan, bagus. huhuhu

Oklah guys, malas nak pot pet pot pet lagi.

Bye!!!

Salam Israk Mikraj 2011

Salam,

Israk MikrajSelamat menyambut Israk Mikraj kepada semua Muslimin dan Muslimat yang di kasihi pada hari ini iaitu 27 Rejab 1432 Hijrah, bersamaan 29th Jun 2011.

Kenangilah kembali peristiwa junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. di angkat ke langit menemui Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Israk Mikraj bukan public holiday erk?? Patutnyer kena buat public holiday laa. Tu kan sambutan didalam bulan Islam. Kata negara Islam. Betul tak??

Korang kerja ker? Lyn pun kerja jugak. Klu tak kerja, boleh lepak2 rumah kan. *wink wink*

[Pic, credited to Google image]

Banyak Mulut

Tak faham dgn makhluk kat atas muka bumi ni yg suka duk tanya soalan itu ini. Tau niat ko tanya tu nak puaskan hati ko kan. Tapi dalam masa yang sama, ko kenalah jaga air muka org tuh. Rasanyer cam byk kali je tanya soalan yg sama tiap kali berjumpa.

Isshhh muakkk!!!

Bila belum kahwin, sibuk duk tanya ‘ Bila nak kawin ni?? Memilih sgt agaknya. Lama dah tak makan nasi minyak’

Memilihlah. Takkan nak cari org yg tak tentu arah kot. Kalau nak makan nasi minyak saya boleh belanja, byk kedai mamak yg jual nasi minyak. Makan lah ko sampai lobammmmmm.

Bila dah kahwin, sibuk duk tanya ‘ Bila nak dpt anak ni?? Merancang ker??’

Pala hotak ko merancang. Ko ingat kawin hari ni, sok2 mengandung?? Klu mcm tu, senang lah kawin hari ni sok mengandung terus. Itu semua rezeki Allah lah. Allah yang tentukan.

Bila dah dpt anak sorang, sibuk duk tanya ‘ Bila nak ade anak no. 2??’

Tunggu lah erk. Ko ingat zaman dulu2 ker anak satu team bola. Takkan baru mengandung nak mengandung lagi. Slow2 lah plan. Klu dah ada anak sorang, InsyaAllah adalah yg kedua nnti. Tu kan semua rezeki.

Sungguh lah tak faham kepada org yg byk mulut ni. Lyn pernah kena gak. Of coz lah soalan yang pertama kan. Ramai kot yg duk tanya. Kalau yg bertanya tu dgn cara yg baik, mmg baik lah jawapan ku ini.

Tapi klu bertanya dgn cara yg tak berapa aku nak gemar, ermmm mmg berdush2 lah ko kena balik nnti. Lyn ni nampak je diam. Tapi sekali terkena dgn aku, makan dalam woooooo.

Pernah org buat Lyn mcm ni, dia tanya my mum bila Lyn nak kawin. Tapi my mum taknak ckp dgn Lyn time tuh. Takut Lyn kecik hati. Tapi my sis yg pecah tembelang. Owhhhh dgn pantas Lyn pgi rumah dia tanya. Ape yg dia tak puas hati kan. I have the right to do what I want. Tu maruah Lyn. Lyn perlu jaga semua tu. Walhal Lyn tak kacau langsung hidup dia anak beranak. Mentang2 lah semua anak dia kawin muda2. Aku yg dah tua ni tak kawin2 lgi , tu yg kepoh semacam tuh. Nak kata mintak duit dia or mintak makan dari dia pun, skit pun aku tak pernah mintak. Ni sibuk duk tanya perihal aku. Ishhhhhh.

Aku tak kawin lagi sbb aku mencari rezeki, kumpul harta, simpan duit. Nak kawin nnti taknak susah kan mak aku. Anak ko yelah, kawin muda2. Kerja pun hado2 jer. Habis SPM, kerja pastu kawin. Pastu kelek lah anak ko tu kehulu kehilir.

Aku ada matlamat hidup sendiri. Tak payah lah sibuk2 kot. Mak aku tak bising, ko plak yg byk mulut erk. Sedeyyyyy sbb takde cerita erkk. Tu yg sibuk dgn cerita org tuh.

Sampai kan Lyn beli kereta baru pun jd issue ko!!!.. Camne tuh?? Coiiiiiii!!!!!

Ganti Puasa

Korang dah ganti puasa??

Lyn baru lah seminggu dua ni duk berganti. Tu pun buat time cuti & tgk mood. Dah nak masuk Ramadhan baru lah Lyn nak ganti kan. Tahun2 lepas cepat nau berganti nyer. Tahun ni dah last2 minute gini baru nak buat. Ishhhhh3

Takpelah asalkan berganti kan. Kalau tak nnti, payah. Huhuhu. Ni pun dah nak masuk Bulan Sya’aban, lepas tu dah masuk Ramadhan. Tu belum tolak cuti2 confirm utk org perempuan mcm kita ni. Takut tak sempat plak nak ganti puasa nnti. Hehehe.

IMG01480-20110623-1615Ni juadah berbuka tuk kitorang yg berpuasa kat rumah. Bkn nak makan heavy sgt pun. Air sejuk je yg bergelen2. Syurga gitu dpt minum air sejuk. Makan nyer bukan lah lalu sgt pun. Yang simple2 pun ok. Tak demand pun. Hehe

Tapi dah my mum buat pecal sayur, takpelah. Bersyukur lah dgn rezeki yang ada. Tak mintak buat pun makanan cam gini. Klu dpt cekodok cicah sambal ikan bilis pun sodapppp. Tu lagi buat pembuka selera. Hehe. Dah memadai.

InsyaAllah, bersambung lah puasa kita sampai habis yer. InsyaAllah.

Korang pun jgn lupa ganti puasa tau. Mehlah ktia berpuasa sama2 yer :)

Alone…

Being a lone ranger women, I’m always went here & there alone if nobody accompany me. If ada gang lagi best kan. So Saturday was rest day. Just lepaking at home. I didn’t go anywhere. Just watched Astro back to back. Dah petang baru teringat nak pegi USJ Taipan, tempat wajib pergi every 2 weeks. Hehehe. Settled around 15 minutes & chaw.

IMG01470-20110625-1851Nampak Tutti Frutti, tapi cam tak teringin plak. Drive & pusing2 cari parking nearby Baskin Robbins. Ke sini lah kita akhirnya.

IMG01471-20110625-1857Punyalah payah nak pilih. Semuanyer sedap2 belaka. Sampaikan Lyn duk rasa2 gak dua tiga flavor. Yang dah biasa rasa tu tolak tepi.

IMG01473-20110625-1859Finally, settled with caramel turtle truffle. Only one scoop. Byk jugak kan. Adik tu bagi byk. hehe. So puas lah makan sorang. Owh I got voucher RM5 for cake ice-cream. Tak tau lah bila nak gunanyer. Later2 lah kot.

IMG01474-20110625-1903Muka orang puas hati dpt makan ice-cream Baskin Robbins. Actually, tak lah addicted sgt. Cuma bila dah dpt rasa tu kira puas lah. Bukan lah tahap nak makan sampai lobam pun. Hahaha

Before fasting month ni harus menjengah lagi. Hehehe

Kelaparan..

Klu dah lapar, ape yg ada dlm fridge pun sure di selongkar. Mlm bila ntah, mmg lapar. Tapi tak tau nak makan ape. Choc dah habis Lyn makan. Selongkar fridge, ternampak sausage ni. Ape lagi, kita rebus lah. 10 minit siap.

IMG01478-20110626-0052 8 ketul yg direbus tuk mulut sendiri. Cicah plak dgn sos life. Sambil makan sambil tgk TV. Seorang je time tuh. Yang lain sume dah masuk tido.

IMG01479-20110626-0058 Ngap ngap ngap, tak sedar dah habis. Yang tinggal sos jer. hehehe.

Nasib baik lah ada stock sausage kat rumah. Klu tidak, makan biskut kering lah kita. Hahaha. Kenyang syukur Alhamdulillah. Baru lah dpt tidur dgn nyenyak & aman :)

Si Seksi Yg Khusyuk!!

IMG01463-20110624-2005IMG01464-20110624-2005IMG01465-20110624-2006Khusyuk sgt main games, sampai baju terselak2 nampak bahu pun tak sedar. hehehe. Dia bukan heran. Padahal ade hp sendiri sibuk gak nak main games kat hp orang. Tapi dia mmg complaint sbb games kat hp nyer ada dua jer. Mane best katanyer. Hehhee.

Isshhh kecik2 dah pandai complaint yer… Hehhee

IMG01466-20110624-2006IMG01467-20110624-2009Siap muncung2 main games. Khusyuk sgt lah tuh. Sampai kan kita snapped pics pun dia buat tak tau jer. Tapi sambil main tu sempat gak dia ckp, alaaaaaaa.. adik tau achik amik gambo adik. Adik dgr lah bunyik camera achik tuh..

Hehehe. Telinga kuali ko erh adik. Dgr je org amik pics ko byk2. Hehehe

IMG01469-20110624-2009Mmg shekshi ko ni dik. Pakai baju sampai nampak bahu gitu.

Bila ditanya nape seksi sgt dik, pakai baju sampai terlondeh2 gitu.

Adik, mmg seksi lah. Achik tak tau ker??

Hahaha… My mum kata perangai dia yg seksi2 & suka melawa tu mmg mengikut Lyn masa kecik2 dulu.

Owh… Lyn mcm tu ka???

Alamakkkk!!! pecah tembelang. LOL

Cemolot Cepipi :)

I was on half day last Friday. Badan pun tak berapa nak sihat. Lagipun ada urusan luar yg nak diselesaikan. Alang2 ada hal terus jer amik half day.

Petang tu ada agenda lain plak. Keep on sms-ed someone for confirmation. Ater dah janji nak jumpa punyalah lama bebenau. Masing2 bz memanjang. Akhirnya kitorang jumpa gak.

IMG01462-20110624-1927 Jumpa Amy ni hah. Jumpa dia sbb nak passed the lipstick yg dia kirim masa sale kat Stage hari tu. Lepas tu kebetulan dia menang 100,000 online visitors, a simple contest in my blog. Lyn pulak ada dpt token dari top commentators kat blog dia. Wah, sekali harung lah kita jumpa. All in one. Berpass2 hadiah gitu. Hehehe.

Kebetulan dia dtg rumah uncle dia somewhere in Shah Alam, tu yg roger2 tuh. Klu nak jumpa hari lain, masing2 bz kan. Patutnyer nak jumpa malam, tapi Lyn kemungkinan ada hal lain mlm tuh. Then kebetulan takde wat pape, tu yg ajak jumpa petang tu gak. Hehehe. Kalau tak nnti, sure tertangguh.

Very short meeting with her. Adalah dalam 1 hour gitu. She brought her cousin too. Pot pet pot jap dalam Burger King, sempat lah kitorang minum sambil berborak. Jumpanya around 6.30pm, then lepas Maghrib kita chaw.

Thx Amy, finally kita jumpa gak. Klu tak kerana barang2 tu semua, tak tau lah bilanyer nak jumpa. Mungkin raya nnti kot. Hehehe

Joke – Bloggers Edition

Hi Lovers,

Good afternoon!!!

Just want to share it with all of you :)

lawak-blog3Click image to enlarge

Bloggers always like that huh!!

Take pics & blog it rite?? Hehehee

LOL :D

Sepah Juara Maharaja Lawak!!

Terbaik Maharaja Lawak 2011 akhir. Paling terbaik bila Kumpulan Sepah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak 2011. You guys mmg awesome!! Tabik spring lah kat korang. Lawak dorang mmg pecah perut dibuatnya.

Meh kita layan lawak Sepah yang paling awesome ni. Yang paling tak tahan, Dafi pun ada sekali.

Hello!! my big boss. Still remembered me?? hehehe

Lyn dah agak dah, mesti Dafi muncul kali ni. Kan Shuib minat Dafi.. Baik punyerrrr!!! hehehe

Psttt… Dafi dapat share tak??? Asyik guna baik punyerrr jer. Hehehe

Part I
Part II
Keputusan Penuh Maharaja Lawak

Anyway, congrats to Jozan, Nabil & Jambu. Walaupun korang di tempat kedua, ketiga & keempat. Korang tetap yg terbaik.

Tapi masa AC umumkan Sepah adalah juara Maharaja Lawak, serious dorang terkejut giler. Sure dorang ingat Jozan yang menang kan. Takpelah.. rezeki masing2.

Ermmm rezeki anak tu Shuib. Sure happy Siti Sarah :)

Last but not least… SEPAH mmg AWESOME!!!! Baik punyerrrrr!!!!!

Ermm lupa plak, have a great weekend everyone!!!!

Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya Showcase

dayang_hrc_showcaseI’m one of her fans till now…

Actually, a few times I went to her showcase in Hard Rock Cafe last few years. So hope this time I still can go to her showcase.

So details of this event as per below :

Date/ Time : 2nd July 2011/ 4.00pm

Venue : Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Ticket : RM50 per ticket. Tickets can be purchased at HRC KL now. Call 03 2715 5555 for further info.

This showcase in collaboration with Maybank & in support of Malaysian AIDS Council (MAC)

Wear green, the colour of DN album cover for the event....

Let’s people..

Come & join us. I’ll be there…..

Lauk Simple Yg Menyelerakan

IMG01459-20110623-2132 Nasi putih panas & lauk suhun goreng

IMG01460-20110623-2132 Ikan tamban kering bubuh cuka & sambal belacan

Dinner last nite. Simple je lauk yg Lyn makan. Actually my mum masak lauk lain. Tapi tekak ni nak pekena gak ikan tamban bubuh cuka. Ya Allah, teringin betul nak makan mcm ni since otw back from work sampai tertelan2 air liur. hahaha

My mum siap tegur lauk kemain byk, lauk ni gak yg Lyn tingin nak makan. Ater dah teringin kan. Hehee. Sesekali makan lauk simple mmg menyelerakan. Lauk yg best2 sume tolak tepi. Kemain Lyn makan sampai dua kali tambah tau. Serious sedap. Walaupun simple, tapi menyelerakan.

Sampai kat twitter pun ada yg kata sedap. Sedap kan. Sila percaya yer dik non!! hehehe

Korang try lah.. mmg sedap. Makan plak dgn nasi panas. Klu orang lalu belakang pun tak sedar. Ater khusyuk & selera benar. Mane nak perasan pun kan. hehehee

Kenyang.. syukur Alhamdulillah. Lepas dah kempunan. Hehehe

Yummmyyyy!!!!

IMG01394-20110603-1726Lamanyer tak makan ice-cream cornetto ni. Selalu makan ice-cream yg dalam bekas tu je atau pun hok yang batang tu.

Ntah bila lah ntah Lyn dpt makan gak hari tuh. Malam2 sanggup je makan ice-cream klu dah teringin sgt. Sanggup je start kereta & pegi petrol station. Dah teringin sgt kan. Hentam sajelah. Janji tak terliur nnti. Hehehe

Kalah orang pregnant ko ni Lyn. Muahahaha

Ok settled dah dgn ice-cream cornetto.

Lepas ni nak makan macam2 lagi. Selagi tak dpt, selagi tu lah Lyn akan mencari & mencari. hehehe.

Over ko ni Lyn!!!! hehehe

Fitnah Itu Lebih Buruk Daripada Membunuh

Takut tak dgn statement tuh???

Lyn pun takut gak. Tapi semua ni peringatan utk kita yang masih bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah SWT yang Maha Agung.

Sawah-Padi Lyn taknak ckp byk. Sbb Lyn baru dpt tau ada dikalangan yang baik dgn Lyn menceritakan sesuatu yg tidak enak pada seseorang. Cerita tu dah lah tak betul. Lepas tu di tokok tambah lagi gula garam segala bagai.. sure jd fitnah kan.

Tak sangka org yang baik dgn Lyn, yg Lyn anggap mcm adik beradik Lyn sendiri tikam Lyn dari belakang. Baru Lyn tau perangai dia mcm tuh. Tak baik kot memburuk2 kan org yang ko sendiri tak tau asal usul ceritanyer. Ape kata ko bertanya dulu sebelum berkata yang bukan2.

Setakat hari ni, mmg Lyn sendiri tak tanya ape2 pun dgn dia. Sbb klu nak tanya, ia melibatkan ramai pihak. So tak pelah klu kau nak sgt bercerita pasal aku ni sedangkan aku tak amik port pun pasal kau. Tapi sebelum bercerita pasal aku, sila selidik diri sendiri. Tengok sikap ko tu, baik ke tidak sebelum mengata aku itu ini. Boleh??????

Ada sape2 terasa ker?? Siapa makan cili dia lah terasa pedas nyer. Hehehee

Betul2 kata org, buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali.

Semoga Allah memaafkan dosa kau dan aku juga. Amin.

[Pic, credited to Google image]


Amboi!!! Anak Dara Ni!!

Dah beberapa hari tak jumpa anak dara sorang ni. Tetiba masa Lyn melepak dlm bilik sambil buat keje skit & blogging dia menyelinap masuk. Ater pintu pun tak kunci. Rupa2 nyer nak tunjuk something kat Achik nya.

P1080689 Terus dia tunjuk dia ade ada handphone. Amboi!!!! kecik2 lagi dah ada handphone erk. Achik dulu, habis sekolah baru dpt merasa handphone. Awak ni masih belajar kat kindie dah ade hp sendiri. Kelassss ko yer dik. hehehee

Dia bagitau Abahnyer yang beli kan. My BIL lah tu. Semua pakcik2 nyer dia panggil ayah, daddy & abah. My BIL beli lah hok yg murah2 utk dia siap dgn sim card sekali ok. Malam tu siap2 dia bagi no kat Lyn. Siap pesan, nnti achik tepon lah adik erk.

Motiffff nak tepon. hehee.

P1080686Ermmm dah macam model handphone dah adik ni. Hehehe

Dia mmg suka main games kat hp. Tak kisah hp sape pun sure dia pinjam. Even hp papanyer pun jd mangsa. hehee

Lyn pun tak sure hp tu ade games ke tak. Ada rasenyer sbb asyiklah dia duk khayal main games. As long as ada games yg biasa2 pun ok lah tuk dia. Nasib baik dia tak addicted sgt. Time buat homework & study dia tak kisah langsung hp nyer. Time main games, dia main. Senang nak mengajar Puteri ni. Dia ingat time nak study.

Senang nak manage dia ni. Klu kita tak ingat, sure dia yg ingatkan kita balik. Sbb kalau dia tgh khusyuk buat homework or study jgn lah ajak dia pegi mane2. Sure dia mengamuk. Lepas tu mula lah dia membebel…

Adik nak jdi doktor lah.. jgn kacau adik wat homework. Klu tak pandai mcm mane nak jadi doktor.

Berdushhhhhhhh2 ko kena nnti. Hahaha

Jgn memain dgn dia ni. Dia ckp lembut jer, tapi makan dalam woooo… Hehehe

Wordless Wednesday #6

P1080657P1080659 Cantik, tertarik, menarik….

Kau mmg debommmmmmmmm!!! :D

Lunch at Teh Tarik Place

Lyn klu ke Empire tak sah klu tak singgah Teh Tarik Place. Tak tau lah nak lunch mane. Sbb mmg nak elak makan yang heavy2 & nasi. Klu boleh nak something yg berkuah. So settled with that place. Senang & yg paling penting Lyn nk jimat masa. Sbb nak cepat.

Teringin nak makan laksa. Tekak ni tak berapa nak sedap lately ni. So mcm yg masam2 baru sedap kot. So nak makan laksa pun Lyn tanya lah dia pakai ikan ape kan. Boleh plak waiter dia tak sure. hehehe. Tapi dgn baik hati dia tlg tanya kan utk Lyn. Bagus betul.

Owh yer, dia pakai ikan kembung. Alhamdulillah, tak payah nak memikir nak makan ape dah. hehee

IMG01457-20110620-1444Laksa & air sirap. That’s all. Tapi punya lah panas Ya Rabbi. Rasa nak melecur Lyn makan. The taste was good. Boleh lah. Kuah dia pekat sgt. Boleh lah utk pertama kali mencuba. Nak kata tak sedap pun tak gak. Just nice.

Sebelum ni dah pernah try kueh teow goreng, mee mamak & teh tarik. Lepas ni nak try nasi kerabu pulak. hehehe

Tapi Lyn rindu laksa kampung. Yang jual kat lori tepi jalan or kat pasar. Yang tu mmg sedap.

Owhhh nak laksa lagiiiiii… Tak puas makan hari tuh. hehhee.

Lepas settled lunch baru bergerak ke Grand Dorsett Hotel for appointment.

Let’s Grab!!!

I got SMS from Charles & Keith End of Season Sale up to 50% off begins today, 15th June 2011. While stocks last. I kan members uolsss. So ape2 sale kat C&K sure dpt tau dulu. Tapi Lyn tak berkesempatan nak pergi lagi coz bz with works commitment. Shopping ni semua kena tolak tepi dulu. Wah gitewwww kan. Hehehehe

So last Monday, when I was in Subang pegi lah singgah Empire Gallery for lunch. Kebetulan Lyn ada meeting with my client kat Grand Dorsett Subang. So lunch di Empire lah nampaknyer before heading to the meeting. Tapi sebelum lunch tu meh kita cuci mata dulu. hahaha

IMG01455-20110620-1354 OMG!!!! Still sale up to 50%. Sure lah mak rambang mata kan. Dari jauh mmg menggediks nak menyinggah. Mata & hati dah focus ke C&K. Kedai lain pun ada sale gak. Tapi singgah sini dulu. Eh!! Coach still sale lagi ok. Tapi mak tak beli pun. Ater dah ade kan. Hehehe

Tgh aimed LV pulak :D

IMG01450-20110620-1324Tak semua 50%, korang kena pandai pilihlah. Ni termasuk handbag sekali tau. Tapi bila sale gini, kasut tak berapa nak hado lah. Kena telek betul2 mana yg berkenan. Handbag pun camtu gak. Lyn tak beli dah handbag2 ni. Yang sedia ada pun tak terpakai. So mmg focus kat high heels jer.

IMG01451-20110620-1328IMG01453-20110620-1332I like this high heels. Same pattern with 2 type of colors. Black & white with polka dots. Mmg sedap memakai nyer. Tapi takde less yer. New arrival katanya. So sad huhuh.

Tapi takpe lah. Dapat beli yg new arrival & satu yg ade less pun dah kira bernasib baik. Alaaaa bukan nak wat kemana pun. Nak pakai pergi keje jer. Ater heels yg lain dah uzur kan. So sebelum tapak dia tertanggal baik lah beli baru. Hahaha. Ayat tak boleh blah.

Ermm sebenarnyer ko mmg patang nampak kasut cantik skit kan Lyn. Sure gatal nak membeli. hehehe. Ermm mak mmg cam gitu. Hahaha

So korang, pegi lah shopping kasut sementara tgh sale ni. Sampai stock habis katanya. Shopping lah sampai lebam. Nak siap2 beli kasut raya pun boleh.

Tapi.. puasa dah ganti belum dik non??

Mak tinggal 3 hari lagi.

Mem back-up Blog

Skrg ni masing2 bercerita pasal hackers kan. Lyn pun jdi gerun gak. Yelah penat2 buat blog bertahun2 lamanya, taknak lah jadi mcm tuh. Since dapat tau my URL ada dlm GengBlogger.com terus kecut perut dibuatnyer. Huhuhu

untitled8Nasib baik baca blog Amy, kalau tak sampai sudah tak tau ape. Ni yg takut nak register kat mane2 ni. Camni lah jadiknya nanti.

Sekarang ni dlm process untuk memback-up blog. Ermm ada ke perkataan memback-up erk?? Lantak lah ape2 pun. hehee. Lyn dah study dah benda tu. InsyaAllah semua tu dalam proses tuk Lyn buat dalam masa sehari dua ni. Itu pun kalau tak bz lah. Maklumlah kadang2 penat & tak sempat nak buat. Cuma ianya amik masa skit lah. Once success Lyn akan buat tutorial kat sini erk. InsyaAllah :)

Ape2 pun korang tukar password korang erk. Kasik power skit password tu. Jgn letak nama, tarikh lahir, no tel. Ni tips tau. Lyn dah dpt info gak pasal ni.

Pssssstt… jgn lah usik blog saya. Blog carik makan ni. <---- statement penakut :(

Kemaruk Chocolate :)

IMG01440-20110612-1944Al kisahnyer, lately ni mmg craving for chocolate. Jarang sgt ade keinginan nak makan choc kaw2 punya. Tapi lately ni nak balun choc sokmo. Pantang nampak sure membeli. Klu beli tu bukan reti beli skit2. Ni beli sekali byk mcm org nak ramai2. Tapi yang makan kat rumah Lyn pun bukannyer seteruk Lyn. Dorang makan wat2 rasa jer. Lyn takde. Bukan setakat rasa. Ni makan kaw2 sampai lobam. hahahaha

IMG01458-20110620-2349Pantang melepak tgk TV, mengadap lappie, borak2.. tangan confirm pegang chocolate. Hehehe. Sampai kan my mum bebel, makanlah choc byk2, gemuk baru tau.

Hahaha. Ermm tak lah ma.. takkan lah gemuk kot. Klu berisi skit ape salahnyer. Ni kurus melidi jer kan. Ma jugak complaint anak mu kurus melidi. Sampaikan gelang kaki Lyn pun blh lurut dgn sendirinyer. Lagi2 time tido lasak, sure tertanggal sendiri. Mula2 dulu menggelabah gak, ingat kan hilang ke ape. Skrg ni dah tau dah. Pagi je mesti check gelang kaki dulu. Takut terlucut. hehehe

Owh.. sampai skrg masih lagi kemaruk nak makan chocolate. Letak lah berapa byk depan mata sure habis punya.

Sape suka makan choc byk2?? Sila angkat tangan. Boleh gang sama saya :DD

The Making of Bread Pudding

Weekend baru ni mmg Lyn takde activity ape2 pun. I didn’t go anywhere. Just lepaking at home. So I just want to share what I did last Saturday. Baking pudding. Yeayyyy!!!

Actually, lama dah Lyn teringin nak buat pudding roti ni. Tapi tak berkesempatan lagi. So malam minggu hari tu, sambil2 layan cerekarama, Lyn buat lah sorang2. Bukan susah sgt pun. Very simple with simple recipe. Recipe ni pun Lyn Google. Nak cari yg senang jer. Akhirnya jumpa gak yang senang. hehee

Sempat lagi pergi My Mydin berdekatan nak beli susu cair & roti. Yang lain2 mmg dah sedia ada kat rumah.

P1080660

  • 6 keping roti - dicarik-carikkan
  • 3 biji telur (gred A) - dipukul sedikit seperti hendak buat telur dadar
  • 1 cawan gula (boleh dikurangkan mengikut kemanisan yang diinginkan)
  • 3/4 tin susu cair
  • Sedikit esen vanila
  • 2 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
Cara-cara

P1080662 Gula dihanguskan terus di dalam loyang sehingga perang dan biarkan sejuk.

P1080665 Telur, gula, susu cair dan esen vanila disatukan di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.

page1 Masukkan roti. Mengikut recipe 6 keping roti je yg digunakan. Tapi Lyn letak 10 keping. Sbb loyang ni agak besar & campuran telur tu masih byk. Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang gula hangus tadi. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

P1080677 Taraaaaaa…. pudding roti yang sudah siap dimasak. Tak tahan betul cium bau dia yg nyummm2 tuh. Rasa nak makan gak time tu. Tapi panas lagi. Baru lepas kukus. Lepas je sejuk, Lyn masukkan dlm fridge. Ikut recipe pun elok dimasukkan dlm fridge dulu.

P1080680Bila sejuk skit je, apalagi Lyn potong je lah. Tak sabar nak rasa masakan air tgn sendiri. Sedap. My mum & niece pun ckp sedap. Sambil makan sambil layan Bujang Lapok.

Next day tuh, masing2 duk rasa skit2. Lagipun buat satu loyang sederhana jer. Maklumlah cubaan kali pertama. Walaupun senang, tpi klu baru 1st time buat takut plak tak jadi. Jadinyer kita try skit2 dlu.

Cubaan pertama adalah berjaya. Next boleh buat byk2 jamu my family makan plak. Hehehe

Please Watch!!!!

I would like to share it to everyone here!!!

One of the best videos, I have ever seen
Watch this 3 minute video.. you will not regret

Cry?? Sad?? Sympathy??

Honestly, yes I am!!!

I saw this video, I feel so sad. I’m crying. Huhuhu

I always watch this video every time I feel so down, this is my battery charger!! Every time I watch this video, I always cry.

So for you people out there, even when the going gets tough DON’T GIVE UP!!

Bukan Kaki Movie

Korang perasan kan, Lyn tak pernah cerita pasal ape2 movie pun dlm my blog. I mean Lyn tgk movie itu, tgk movie ini. Takde kan. Klu ade pun, jarangggggggg sgt. Ade sekali tu Lyn tgk cerita Hikayat Merong Mahawangsa followed by Nur Kasih The Movie. Till middle of this year, 2 movies only.

HMM tu pun NN yg sponsored ticket during my birthday. NKTM my sis yg sponsored. hehehe. Orang lain, sana sini sibuk tgk movie itu ini. Pantang keluar je cerita baru sure pergi tgk. Lyn ni tak tau lah nak kata ape. Bukan takde masa ke ape, weekend free jer klu takda activity. Tapi ntahlah. Mmg bukan kaki movie gamaknyer.

moviesKeluar lah cerita ape pun mmg tak tgk punya. Sejak 5 thn mmg macam ni. Malas nak pergi cinema. Dulu2 rajin gak. Sekarang ni dah malas dah. If nak tgk pun, Lyn tgk cerita gak. Klu setakat cerita melayu biasa2 jer, baik lah tunggu hari raya. Sure keluar kat TV nnti. Hehehe

Ni org kata KL Gangster punyalah best, tapi Lyn ni takde hati langsung nak tgk. Cakap lah mcm mane pun, takkan Lyn pegi pun. Dulu, cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah tuh, orang punya lah cerita bagai nak rak kat sane sini. Lyn buat dunno jer. Dah makan bulan baru Lyn tgk DVD. Tu pun nak tgk sgt ape yg best sgt tuh.

Klu drama kat TV pun mcm tu. Lyn tak berapa nak layan sgt. Mcm cerita Nora Elena tu pun dah hujung2 baru Lyn layan. Klu tak sampai ke sudah tak tgk.

Sesekali pegi tgk movie tak kisah lah. Tapi bkn lah tiap2 minggu. Arwah Abah pun tak suka kitorang sume tgk wayang. Dulu kalau nak pg pun sorok2. Bukan selalu dpt peluang pun. Mungkin sbb itu kot yg membuatkan kitorang jarang tgk wayang. Bukan Lyn sorang je tau. Even my siblings pun mcm tuh. Pergi bila rasa nak pegi jer.

Owh yea… If I’m not mistaken, this September ni akan keluar cerita Smurfs cartoon tuh. Yg tu wajib tgk. My fav cartoon tu. Klu Lyn pergi tgk wayang Sept ni, meaning baru 3 je movies yg Lyn tgk sepanjang tahun ni.

Orang lain dah 30 movies agak nyer. Ahaksssss :)

[Pic, credited to Google image]

No Father’s Day For Us

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!

Yesterday was father’s day rite??

But not me & my siblings. Abah meninggal dunia sejak 8 thn yang lalu. So mmg tak pernah celebrate pun. Even masa Arwah Abah ade pun, kitorang mmg tak pernah celebrate gak. Ape yg Arwah Abah bagitau, klu nak sambut hari bapa tak payah nak tunggu tarikh yg diraikan. Hari2 pun boleh sambut hari bapa. Hehehe

Betul gak kan. Takkan nak tunggu hari bapa je baru kita nak celebrate, actually bila2 pun kita leh celebrate sebenarnya. Am I rite??

Semasa Arwah Abah ada mmg kitorang bagi je hadiah anytime. Buat makan2 mcm biasa. Takde lah nak tunggu hari bapa ke ape. Bila ada kelapangan & ada rezeki kitorang pasti buat makan2. Twice a month sure ade. Ermm ni pun dah lama tak buat makan2. Hopefully before fasting month. Miss those moments.

Anyway, happy father’s day to great fathers in this world……Sorry lah lambat wish. hehehe

Korang celebrate hari bapa tak?? Mestilah celebrate kan...

Walaubagaimanapun, Al-Fatihah utk Arwah Abah, Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir. Kami semua rindu sangat2 kat Abah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abah dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dah beramal soleh. Amin

Owh yer, lupa nak inform.. Lyn dah ada winner for 100,000 online visitors. Ermm tak payah nak announce lah. Sure tuan punya badan dah tau pun. Anyway, thx for ur participation :D

Lawak - Temuramah

Ermm, kalau weekend je mmg Lyn tak buat entry2 yg menarik. Semua mmg up utk next week. Sure korang perasan kan. So today, korang layan jer lawak ni dulu. Boleh kita ketawa sama2. hehehe

Ahmad sedang ditemuramah utk satu jawatan penting di sebuah syarikat.

Pegawai : Nama saudara siapa?

Ahmad : Ahmad..

Pegawai : Cuba ceritakan tentang keluarga saudara.

Ahmad : Saya ada 2 adik beradik. Adik saya masih belajar di kampung. Orang tua saya tinggal di Perak. Nenek dan datuk saya dari belah ayah tinggal di Perlis. Nenek dan datuk dari belah ibu pula tinggal di Johor. Bapa saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka.

Pegawai : Apakah saudara boleh berbahasa Inggeris??

Ahmad : Yes sir..

Pegawai : Now tell me about your family in English?

Ahmad : Sorry sir. I don’t have family in English. They’re all living in Malaysia.

LOL :DD


100,000 Online Visitors

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :)

Hi Lovers,

Good morning everyone.

Here is a small contest for my readers. Very simple yeah..

untitled7The number till 9.42pm last nite.

If you are my lucky 100,000 online visitors, print screen my web page and email me ASAP at azlinah79[at]yahoo[dot]com.

A small token for you of coz!! :D

Thx so much!!!!

P/s : Show me 100,000 online visitors.

Update : Closing already. I have a winner now. I will announce later. Yeayyy!!!


My Saturday

5618588431_199d1fcfb9_mSo far I didn’t go anywhere. No planning yet.

Maybe hari ni adalah hari saya bersantai2 dirumah. I need my long nap. But klu ada kawan2 ajak keluar, InsyaAllah pegi lah agaknya.

Maybe, do some baking. Hehehe..

I’m not sure. But I’m craving for bread pudding. Yippiieeeee!!!!

Happy weekend everyone. Enjoy ur day!!!!

[Pic, credited to Google image]

Gara-gara Nora Elena

Ermm lama dah kitorang tak makan keledek goreng. Klu jual yg dah sesiap goreng tu mmg byk. Tapi payah jugak sebenarnyer nak jumpa. Klu ade pun keladi goreng & pisang goreng. Kat mum’s house area pun takde jual. Padahal area kampung kan. Pun takde gak. Hehehe

IMG01441-20110616-1847Last week, masa my bro & SIL hantar my nephew kat Negeri Sembilan, dibelinya skit. Adalah dalam 6 ketul yg sederhana. Kat rumah ni mmg takde sape yg makan keledek, sbb angin katanya. Tapi Lyn still boleh makan lagi. Potong siap2 buat goreng minum petang.

IMG01442-20110616-1853Campuran tepung tu my mum buat sendiri. Original recipe. Tak main lah yg hok packet2 ni. Kat rumah ni tang packet2 ni mmg tak laku. Suka buat sndiri. Tukang kacau adalah saya. hehehe

IMG01444-20110616-1853Tukang goreng adalah saya jugak. My mum pun sama goreng untuk second round. Ade benda nak citer pasal yang second round ni. Jap2 erk…

IMG01446-20110616-1901Taraaaaaa…. sedia utk dimakan. Yang ni 1st round. Makan panas2 adalah sedap. Tapi jgn sampai terbakar lidah erk. hehe. Makan sambil layan episode akhir Nora Elena. Sodapppppp. Lyn makan sampai 5 ketul gak ler. My fav tuh. hehehe

Owhh yer.. nak citer pasal incident tuh. Second time menggoreng, Lyn & my mum duk layan Nora Elena. Disebabkan khayal & khusyuk bebenau, sampaikan hasil gorengan yg kedua hangus skit. Hahaha.

Nasib baik lah tak hitam legam kan. Klu tak mmg langsung tak boleh makan. Tu pun my mum & SIL yg makan. Ater memasing taknak makan. Nak makan yg elok2 jer. heheh.

Tu lah gara2 Nora Elena. Sampai kan boleh hangus keledek kitorang. Hahahaha