Mengisi Beras Pulak

Pagi Isnin, kita dah start masak2 tuk hari raya. Walaupun tak sure hari raya hari selasa, kita masak jer lah. Nak tunggu pengumuman, lambatla pulak. Lagi pun dah ura2 mengatakan raya hari Selasa, confident jer lah. Tawakkal. Takkan nak tunggu pengumuman baru nak masak kan. Mau ada yg tak tidur malam. hehehe.

Nasib baik malam minggu tuh, kita dah siap pasang langsir, carpet dan segala macam. Klu tak terkocoh2 nanti.

P1090098So siang Isnin tu mum & lil sis dah start masukkan beras ke dalam sarung ketupat. Mmg banyak lah kan. Lyn & sis pegi pasar jap nak beli ayam buat tambah2. Kitorang balik tu pun mum tak siap lagi. My sis pun tlg sama. So cepat skit habisnyer.

Lagi satu, kitorang pun ada sorang lagi pembantu…

Nak tgk??

P1090097Ni lah budak nyer. Orang nak masukkan beras, dia pun sibuk nak masukkan jugak. Pandai gak dia masukkan beras tu, tapi neneknyer lah pantau takut terlebih beras nnti. Kejap je tuh. Neneknyer nak cepat. Tunggu dia, sampai esok lusa tak siap. hehehe

P1090100 Before tengahari dah siap dah sume. Potong ekor2 nyer dulu before direbus. Supaya nnti taklah berselirat ekor2 tuh. Baru lah nampak kemas skit. Bila hampir siap tu, mum dah panaskan air tuk merebus ketupat.

P1090104 Time ni dah nak hampir masak dah. Mmg lama nak masak ketupat ni tau. Tapi sebelum berbuka hari Isnin tu siap dah masak. Tinggal nak makan time raya jer nnti. Lauk2 lain, kita masak lepas Zohor. Memang masak awal, sbb macam2 lauk yg nak dimasak.

Kitorang tak buat nasi impit pun. Sbb ketupat ni pun dah kira banyak tuk keluarga & sape2 yg dtg. Munjung pun dah kita buat sabtu lepas. So tak perlu nak masak byk2 sgt. Itupun berlebih2 sampai hari raya kedua.

Tapi Lyn mmg repeat mkn ketupat bila hari raya. Nasi impit mmg tolak tepi. Time raya je lah kita nak rasa makan ketupat. Nasi impit anytime.

2 comments:

SURIA AMANDA said...

Rajinnya anak dara tu menolong....

Lyn Yusoff said...

suria,
mmg along.. dia sgt sibuk menolong orang.. klu tak bg dia akan merungut2