Video Ini

Seorang bapa yang cuba menidurkan anaknya dalam keadaan banjir, anak yang masih kecil ini belum faham apa yang telah berlaku. Semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah menghadapi dugaan ini.

Meruntun hati & jiwa bila melihat video ini. Tak sanggup rasanya Lyn nak tengok sampai habis. Meleleh air mata melihat anak kecil ni yg tidak faham apa2. Allahu Akbar, besar sungguh ujian Mu.

Ya Allah, Engkau selamatkan lah & lindungi lah anak kecil ini, keluarga nya & juga mereka yg terlibat. Amin.

I’m Back

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

I’m back after short vacation. Ada hal yg perlu diselesaikan sehari dua ni. Tapi tu lah bkn boleh bergerak sgt since raining quite heavily. Alhamdulillah tempat yg Lyn pergi tu tak naik air. Risau jugak sebenarnya.

Simpati bila baca post2 di IG, FB & kat mana2 lah tentang banjir ni. Semoga mereka di beri kekuatan menghadapi ujian dari Allah S.W.T. Kita hanya dpt membantu sekadar yg termampu sahaja.

PrayforpantaitimurDan semalam baca news tentang pesawat Air Asia QZ8501 yg hilang contact dari Surabaya ke Singapore. Sekali lagi Malaysia di duga lagi. Sedih kan. Allahu Akbar. Berat sungguh ujian mu Ya Allah. Semoga kita sama2 muhasabah diri & tidak sesekali melupa kan Nya, Allah Pencipta sekian alam. Apa2 pun kembali lah kepada Nya. Berdoa, usaha & seterusnya bertawakkal.

So hari ni entry lite2 jer. Tak berkesempatan nak menulis panjang. Esok kita sambung entry yg lain pulak yer.

#PrayforPantaiTimur #PrayforMalaysia #PrayforQZ8501

[Picture credited to Google image]

I’m Working

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Today I’m working as usual. Takda sambung2 cuti haih. Bagi chance kat colleagues yg betul2 nak celebrate their Christmas. Kita yg tak kemana2 ni, kerja jer lah mcm biasa. Simpan cuti for next year. hehehe. I’m going to somewhere next year. Woott… wooott!!!! :)

Luckily, today is Friday. Tomorrow is weekend. So apa lah sgt kerja sehari jer kan. Budget rajin lah tu kannn. Padahal takda mood pun nak kerja sebenarnya. hahahaha.

So as usual malas nak tulis panjang2. Weekend ni pi lah jalan2 shopping ke kan. Byk Y.E.S weekend ni. So sila lah yer bershopping sakan.

fridayOk guyz. Have a good Friday and happy weekend!!! :DD

[Image, credited to Google image]


Wordless Wednesday #177

2Fakta. Betul kan?? :DD




Old Skool

20141211_200934Percaya tak umur jam dinding ni lebih 30 tahun??

Ermmm sila percaya yer. Memang dia ada masa zaman abg2 & kakak2 Lyn lagi. Panjang kan jangka usia dia. Mmg dari dulu setia berkhidmat untuk kami sekeluarga. Setiap sejam akan berbunyi kuat mengejut kan kami sekeluarga di rumah. Mmg kami sekeluarga membesar bersamanya.

Lately ni badan dia mcm tak function sgt. Selalu setiap jam dia akan berbunyi. Ni tak pulak. Suka hati dia nak bunyi bila. Kadang tu kiraan pun tak betul. Klu pukul satu sure lah bunyi sekali, ni kekadang sampai 4 kali. Hahaha. Padahal pukul 1 tuh. Tukar battery pun tak boleh jugak. Sekejap ok, sekejap tak ok. Pusingan nya pun tak mcm selalu. Lemah & tak bermaya langsung.

Tiba masanya ia perlu di ganti. Maklumlah usia nya pun dah tua. Org pun, makin berumur makin tak sihat. Ini kan pulak barang. Sure lah ada jangka hayat. Ni pun dah kira lama sgt dah ni. Cuba beli jam dinding skrg ni. Berapa lama boleh tahan? 5 tahun?? 10 tahun?? Brg skrg bkn thn lama sgt pun kan.

Akhirnya kami sudah ada jam baru. Jam lama ni tak kami buang pun. Simpan elok dlm almari kaca buat kenangan supaya tiap kali melihat dia, kami akan sentiasa ingat jasa dia. Tapi yg tak syoknya, jam baru ni takde bunyi. Rasa mcm lain sgt. Rindu plak dgn bunyi dia. Cari dah jam yg berbunyi, tapi takda. For temporary gunalah dulu. Kot2 jumpa jam yg berbunyi, boleh lah beli lain. hehehe


It’s Almost The Weekend

2 Click image to enlarge

Hahahaha.. So true!!!


Wordless Wednesday #176

2 Cute :D


Hello Boss

2
3
4


Last Weekend

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! How are you guys?? So how’s ur weekend?? Mine, just spent my time at home. I didn’t go anywhere. Just lepak2 kat rumah jer. Klu ada pun, pi lepak rumah my sis. Tu lah kerja hari Sabtu. Ahad mmg duduk rumah & tidur.

Nak cerita hok minggu lepas. Tiap kali lepas gaji mestilah duk keluar shopping or makan2. Ajak my mum, she’s unable to join us. Ada wedding kwn2 ngaji dia. So my sis, niece & Puteri je yg join. Location, The Curve plus Lyn nak beli brg rumah kat Ikea. My sis pun nak beli brg gak. Pergi pun dah lewat jugak. Sampai sana, parking pun dah hampir penuh.

Jalan2 roda2 flea market, tapi tak menarik sgt pun. Tak byk pilihan. Tak mcm selalu kita pergi. Maybe sbb nak Christmas kot. So byk brg2 yg dijual tuk mereka yg nak menyambut nya. Lyn sure lah cari kasut & office attire. Dorang pun mencari brg. Penat, kita lepak makan dulu. Klu keluar dgn Puteri mmg kena mkn cepat. Kang merengek asyik cakap lapar jer. So kita lepak makan kat Thai Express. Ikut kan Lyn nak layan steamboat, tapi my sis tak mau pulak. So ikut je lah dia.

2014-12-06-13-07-40-676 Selfie before order sampai. Susah nak ajak budak kecik ni keluar skrg. Dia lebih suka spend time kat rumah. Sesekali jer dia nak ikut.

20141206_131805Mee hoon tomyam. My sis & Puteri order yg sama. RM22.90 sbb ada udang galah. Cengkerang jer besar, tapi isi secoet kata Puteri. Hahaha

20141206_131812 Lyn order ni. Kueh teow tom yam. Nampak mcm tak pedas kan sbb dia lebih kurang mcm kueh teow ladna. Tapi bia dah makan, pedas kemain. Tapi sedap lah. 1st time baru rasa masakan mcm ni. Portion pun besar, sampai sengkak nak habis kan.

20141206_131822My niece order nasi putih with chicken grilled klu tak silap lah. Ayam grilled tu sedap. Lepas makan borak2 jap then kita continue shopping lagi. Cari brg skit kat The Curve then baru pergi Ikea.

Ikea always lah ramai org. Kat Ikea Cafe jgn ckp lah, queue panjang sungguh. Kitorang just fokus nak beli brg rumah jer. Tgk2, suka2 then capai. Malas nak pikir2. Ramai org sgt, sampai tak larat di buatnya. Nak membayar pun satu hal. Nasib baik kt counter Lyn tu tak ramai. Siap byr, sambung plak beli karipap kat Ikea. Tu pun beratur pjg. Letih betul tunggu.

Settle semua terus balik. Mmg kena balik awal. Kaki dah lenguh dah duk berjalan kat Ikea tuh. Dlm kereta my sis & Puteri membongkang. Awak jugalah kena celik biji mata nak drive. Hehehe. Tapi my niece sorang tu mmg jarang tidur klu dia dgn Lyn. Mau aku bebel klu dia tidur.

Balik tu sempat gak Lyn lelap sat. Jadi lah buat hilang penat. Malam tu pun ada kenduri yg nak kena attend. Klu tak sampai malam aku sambung tidur. Hehehe

Ok itu jer lah cerita Lyn last week. Nothing interesting pun.


Hello !!!

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

I’m back as usual after on public holiday yesterday. Ingat kononnya nak sambung cuti, tapi tak jadi lah pulak. Annual leave pun tinggal secoet. So biarlah yg secoet tu carry forward tuk next year. Sbb thn depan mcm byk jer cuti yg perlu di ambil. hehehe.

So hari ni kerja lah spt biasa. Lagipun sehari jer pun kerja nya. Lusa dah weekend dah. So boleh spent time together with family & others.

Semalam pun tak kemana. Lepak kat rumah jer tgk TV. Rasa2 mengantuk tidur lah jawabnya dgn cuaca mendung plak kan. Mmg sedap lah tidur sampai ke petang.

Malam pulak tgk bola. Malaysia vs Vietnam. Terpekik terlolong tgk bola, mcm awak yg main yer Lyn. Hehehe. Serious respect gila dgn player2 Malaysia. 4 – 2 kalahkan Vietnam. Klu ikut aggregate 5 – 4. So lepas ni berjumpa Thailand plak untuk final AFF Suzuki 2014.

Oklah, malas nak cerita panjang2. Sebab klu jumaat, mood menulis mmg kedaung skit. Happy Friday & have a great weekend everyone!!! :D

2
[Pic, credited to Google image]

Masam-Masam Manis

Lyn mmg pantang nampak. Ada org pantang makan, tapi Lyn ni pantang nampak. Nampak je org makan or post kat FB or IG, mula awak pun teringin sama.

Korang macam Lyn tak?? hehehe.

A few month ago, klu korang perasan kt mana2 IG or FB sibuk org duk promote resepi jeruk mangga asam boi. Siap ada yg buat business lagi. Terliur2 jugak lah duk tgk. Nak beli mmg tak berbaloi langsung. Sbb sebekas kecil tu pun dah RM10. Klu RM5 tu secoet jer isinya. Baiklah tahan pantang nampak tuh. Hehehe

Bila cerita kat my mum, senang jer jawab nya. Tak yah lah beli, kang klu si abg tu hantar mangga kita buat lah (refer to abg yg selalu hantar mangga tu ler yer).Tapi mungkin time tu takde musim. So mmg dia takde hantar. Klu dia dtg pun, dia jenguk my mum jer.

End of Nov tu dia dtg bawak mempelam. So dlm hati mmg teringin betul nak buat. So gigihlah cari asam boi kat Giant. My sis plak kat rumah potong mangga & cili padi. Satu kan semua tuh, so masuk dlm fridge. Biarkan sejuk then baru makan.

Taraaaaaaaaaaaaaa!!!!

20141129_222818 Dan inilah hasilnya. Terliur tak korang tgk?? Confirm lah terliur kan uolsss. Lagi2 klu makan time sejuk2. Mmg sedap jer lah kan. Tapi mcm biasalah Lyn tak mkn byk pun. Sekadar buat rasa jer. Share mkn ramai2 dgn adik beradik. Mmg terpejam mata masing2 menahan masam. Hehehe

Dah habis mangga kita buat jeruk kedondong pulak. Jadilah kedondong asam boi. Hehehehe

20141209_210817 Terliur lagi tak korang?? hehehe. Kedondong ni pun baby sitter my grandson yg bagi. Klu nak makan gitu jer, mmg tak lah jawabnya. Mau membusuk terbiar takde sapa nak makan. Klu di buat gini, ada jugak lah yg makan walau pun masam2. Hehehehe.

Asyik mangga jer, sesekali buat jeruk kedondong mcm ni pun sedap gak rupanya.

Okey korang boleh try. Or else boleh jer beli klu susah sgt nak dpt mangga yg rangup. Ermmm saja jer bagi korang terliur hari ini. Esok kan cuti. Mana tau korang boleh buat. Hehehe

Eh… Esok sapa2 yg bekerja di Selangor saja yg cuti yer kakak2 sekalian. Lain negeri sila lah bekerja dgn berhemah. hahaha *gituwwwww*

Lawak Pagi

Pak Pandir & Mak Andeh Yg Pelupa

Pak Pandir dan Mak Andeh mengadu kepada doktor tentang masalah ingatan yg mereka alami. Selepas membuat pemeriksaan, doktor memberitahu, kesihatan Pak Pandir dan Mak Andeh, ok. Tetapi supaya tidak mudah lupa, mereka dinasihatkan menulis ape yg mereka inginkan di atas kertas.

Malam itu, smbil menonton cerite P. Ramlee, Pak Pandir meminta Mak Andeh tolong masakkannye mee segera perisa kari.

Pak Pandir : Tulis tu... perisa kari! 
Mak Andeh : Alah tak payah, saya boleh ingat! 

Baru Mak Andeh hendak pergi ke dapor, Pak Pandir berkata lagi, 

Pak Pandir : Jangan lupa masukkan telur sebiji.
Mak Andeh : Ok.
Pak Pandir : Tulis pada kertas, nanti lupa.
Mak Andeh : Alah, saya ingat.
Pak Pandir : Satu lagi, masukkan cili padi sikit. Mak Andeh, tulis kat kertas, nanti lupe!
Mak Andeh : Alah... Saya ingatlah. Maggi kari, taruk telur ngan cili.

20 minit kemudian, Mak Andeh kembali ke ruang tamu. tapi yang dibawanya bukan maggi yg ade telur dan cili padi, tapi cekodok!!!!!Pak Pandir marah betul. kata Pak Pandir... 

Pak Pandir: Kan saya dah kata, tulis, tulis, tapi awk degil. ha... 
Kan awak dah lupa bawa sosnya!!!

Hahaha.. Dua kali lima :D


Pak Pandir Pergi Zoo

Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm... baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh... .itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

Hahahhaha

Lepaking Session

P111345My first time went there. My catching up session & lepaking session with my bestie. Lama jugak plan ni since everyone mmg quite busy dgn kerja & other thing. Btw, the location nearby DEMC, Shah Alam. Klu tak sure korang boleh google or else skrg ni kan masing2 ada GPS. So korang boleh cari. hehhe

But everyone yg tau DEMC, sure akan tau Twenty & Co ni. Dlm Plaza Azalea. Twenty & Co ni konsep modern mcm cafe2 yg lain jugak. Environment mmg best. Boleh lepak kat dlm & luar jugak.

Kitorang lepak pun after kerja. Tu jer masa yg free. Weekend skrg ni penuh dgn weeding & hal2 lain jugak. Mula2 mmg akan lepak bertiga, last2 dua org jer yg ada. Yg sorang lagi ada hal lain. Jadi lah dr takde kan.

2014-11-26-18-42-35-097Kitorang order air ni. Myself with ice chocolate. My friend tu tak sure dia minum air apa. Nampak sedap tapi terlupa nak tanya.

2014-11-26-18-49-18-007 My dinner. Heavy dinner kiranya ni. Sbb I olsss kan jrg dinner skrg ni. So sesekali dinner mmg terkejut jugak lah perut ni. Hehehe. Twenty & CO lasagna nama dia. Mmg sedap. Mmg kena lah dgn tekak org yg tgh diet ni. My friend makan chicken sandwich klu tak silap. Lupa nak snapped pic.

Kitorang klu jumpa mmg berborak sakan lah jawabnya. Klu ada lagi sorang mau lagi havoc. Kitorang berdua ni pun dah mcm ckp tiga org jugak. Nasib lah dlm tu tak ramai. Dorang lebih suka lepak kat luar.

IMG-20141126-WA0011

IMG-20141126-WA0010Yeay… kami berdua. Both of us mmg kenal dari standard one lagi. Lama gila kan. Masuk sekolah menengah, kitorang tak sama sekolah. Jumpa pun tak. Nasib baik lah ada FB, boleh lah contact balik. Lagipun ada a few kawan2 mmg sekampung dgn Lyn, so dpt lah carik kawan2 yg lain jugak.

Masing2 masih single lagi. Klu nak berkenalan boleh isi borang dari Lyn yer. hahaha. Lyn?? I’m still single but not available. Ahakssss….

Ok, makan, borak, makan, borak.. Itu lah kerja tiap kali jumpa kawan2. Gossip?? Tak payah cerita kat sini. Ermmm takde gossip pun. Semua cerita ttg masa depan. By 8.30pm kita balik dah. Lyn nak balik Shah Alam, dkt jugak lah kan. Dia nak ke Klang sana. Sian pulak kat dia balik lewat mlm. Tu lah cerita dating kami. We had a lots of fun & share something new. Hope dpt jumpa lagi nnti. Tapi kwn yg sorang lagi mesti ada. Baru best :)


Cerita Jumaat

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

Back to normal entry today. Yeayy!!!! Btw, just got back to work yesterday. I’m down with fever & migraine since Tuesday. Dapat  MC 2 hari. Seronok kan?? Mmg bantai tidur jer kat rumah. Ubat mmg drowsy giler. Lepas makan mmg membongkang. Hehehe

My mum also tak sihat. She’s not having a fever. Just a little bit headache & cough. Tapi klu mak2 kita tak sihat, risau anak2nya. Siap dah bawak pergi klinik. So kami berdua kat rumah mmg tidur sesaja. Pulak takda sapa yg kacau, mmg sedap lah tidur dgn cuaca pun redup jer kan. Bgn sbb nak makan & solat jer. Lepas tu sambung tidur balik.

Lama dah tak demam teruk macam ni. Tapi sekali kena, mmg melepek dibuatnya. Bak kata ‘si dia’ ‘tu klu dpt shopping sure terus sihat” over kan kata gitu. hehehe. Sabar jer lah. Takpe, minggu ni kita pergi shopping yer yang. Hahaha *habis lah duk layan kerenah gf yg kuat shopping, matiklah nak* hahahaa

Owh, Lyn tadi habis jer ayat atas tuh, boleh pause jap. Pi tgk TV. Lama dah tak tgk TV malam2 gini. Drama akasia tak tgk dah. Cerita tak best. Selalu pi tgk Food Network. Tgk sampai terliur2 sbb sedapnya klu bab makanan ni. Lagi2 klu bab dessert. Yummyyyy.. yummmyy!!!

Tapi tadi bkn tgk Food Network. Pi tgk Mimbar Pencetus Ummah musim kedua.  Tak pernah culas lagi tgk sejak musim pertama. Tajuk minggu ke empat ni mengenai Malaikat. Uishhhhh seram klu di pikirkan satu2. Tentang malaikat Izrail, malaikat Mungkar Nangkir. Mereka mengulas tentang tugas2 malaikat. Mmg insaf dibuatnya. Klu tak insaf tak tau lah den yer.

Klu korang tak tgk mmg rugi. Klu program hiburan boleh tgk, takkan program mcm ni korang nak lepas kan peluang. Byk ilmu yg menyentuh hati, lebih2 lagi setiap minggu byk topik yg menarik di bincang kan. Sajalah nak share. Nak review tak pandai pun. Nak tau, kena tgk sendiri.

Takpe, korang boleh tgk ulangan Sabtu ni jam 11am di Astro Oasis.

Hari ni hari Jumaat kan. Rasa mcm terpanjang pulak entry hari ni. Selalu pendek2 jer. Hehehe. Next week kita sambung entry lain pulak yer. Selamat berhujung minggu!!!!


Wordless Wednesday #175

2


Family Dinner

Hi LoVers,

After family gathering in PD early November, kita organize another family dinner. Yg ni Abg Long Lyn yg plan. He’s requested all family members will be in the family dinner without failed. Plan nya kat PD hari tuh, so since Lyn yg bujang, Lyn jugak lah yg kita make sure semua org ada time tuh.

Whatsapp lah kat group adik beradik & anak2 buah. Bkn senang kan nak berkumpul semua ada. Tapi Lyn guna nama Abg Long Lyn lah kan. Ckp ‘Along nak semua attend family dinner, wajib’. So bila dah nampak perkataan wajib tuh faham2 jer lah kan. Hehehe. Sbb kita nak buat booking. Klu skit2 takpe. Ni puluhan org tau.

Hari Rabu dah confirm sapa yg dtg. Majoriti mmg semua ada except my nieces kat Uni. Adik beradik tu tak dpt balik. And also my BIL, ada hal yg tak dpt dielakkan.

22nd Nov 2014 is our family dinner at D’Kayangan Steamboat & Grilled in Seksyen 13 Shah Alam. Even dinner pun, by 6.30pm kita dah ada kat sana. Kita lah antara family yg terawal ada kat sana. Total up semua ada dlm 50 org termasuk kanak2. Ramai kan. Hahahaa. Dlm 6 meja jugak untuk kami yg bekeluarga besar ni.

Bila dtg awal senang skit nak ambil mknn. Taklah berebut. Ater buffet kan. Masing2 lah ulang alik ambil mknn. Mmg tak reti duduk diam. Duduk diam time makan jer.

20141122_192104
20141122_192111 Ni antara kawasan kedai mknn yg kami conquer. Dlm tu mmg penuh family kitorang jer. Maklumlah dah 6 mejakan. Mau tak meriah. Family kitorang jer yg paling havoc dlm tuh.

IMG-20141122-WA0019 Segala jenis seafood & segala jenis fish ball semua ada kat sini. Dorang ulang alik makan seafood jer Lyn tgk. Takpe, selagi boleh makan, kita makan sampai pengsan.

IMG-20141122-WA0021Sayur2an. Kat sini Lyn balun mkn cendawan tak sudah2. Lyn ulang alik kat sini jer. Seafood Lyn kureng skit. Me more to vegetarian skrg ni.

IMG-20141122-WA0032 Segala jenis mee ada kat sini. Kuah pulak kuah tomyam. Amik mee hoon campur plak dgn cendawan, sotong skit, sayur2, dah jadi mee hoon tom yam. Bertambah2 Lyn mkn. Orang dah habis mkn, Lyn tak sudah lagi. Bkn apa, org lain sibuk makan, Lyn sibuk mengacau orang. Org lain dah siap, awak baru terhegeh2 nak makan. Dasar!! Hehehe

IMG_1782Meriah kan?? Seriously mmg tak ambil pic sgt. Ni pun cilok anak2 buah Lyn punya pic. Yg ada kat Lyn pun skit jer. Steamboat & grilled sekali ada.

IMG_1744 Meja VIP. Hahaha. Abg Lyn, SIL & anak bongsu dia. Anak sulong dgn mak & pak mertua. Anak kedua kat meja abg Lyn belakang tuh. Maam besar kena duduk meja VIP. Lyn of coz lah kat situ jugak. Meja lain taknak terima. Hahaha. Owh buah hati saya pun ada gak. Tapi tak boleh tunjuk. Simpan dulu. Hahaha

IMG_1737 Meja kedua. My uncle pun ikut sekali. My mum’s bro. Wajib kena bawak sekali. Klu tak, duduk rumah jer. Itu pun kena paksa. Meja ni mmg kerjanya makan non-stop. Maklumlah ramai anak2 buah ku yg bujang & semua kuat makan. Dorang punya meja yg paling havoc.

IMG_1738 Meja ke 3. Kakak2, anak2 buah, cucu2 Lyn pun kat sini jugak. My sis yg tudung merah sebelah anaknya yg berbaju biru tu lah anak2 perempuan dia takde. Sedih jugak rupanya. Nasib baik anak2 lelaki & menantu perempuan sorang nya ada.

IMG_1739Meja ke 4. Meja abg Lyn & kakak dgn anak2 mereka. Abg Lyn tu pun susah skit nak jumpa. Geram jer kekadang. Kerja dia tu yg membatas kan kitorang nak jumpa selalu. Nasib baik benda2 penting dia ingat.

IMG_1740 Meja ke 5. Meja kakak & adik Lyn. Meja kedua yg paling havoc ulang alik membakar tak sudah2. Bakal pengantin pun ada sekali. Thn dpn dah nak kawin dah.

IMG_1745My beloved bro & SIL. The dinner treat on him. Yes, on him :) Thx Along for the lovely treat. Moga murah rezeki hendaknya. Owh ada satu meja lagi, meja besan dia. Tak amik pic. Malu.

IMG_1780Group cucus2 ku. Mak su dia terselit kat tengah tuh. Puteri sibuk makan. Budak tu klu bab steamboat mmg no satu. Budak2 ni ke hulu ke hilir main2 kat situ, Puteri tak join pun. Dia sibuk makan. Bdn pun dah gemuk skrg ni. hehehe

By 9pm kita dah gerak dah. Sekali keluar berduyun2 ko. hahaha. Byg kan lah 50 org. Semua org duk perhati kan.  Ada org tu siap tanya lagi, ni satu family ker?? Yup satu family. Ramainya!!! kata org tuh. Hehehe. Dah boleh pergi rombongan dah. Bak kata dorang lah, ROMBONGAN HAJJAH AINAN KE SHAH ALAM. Ermm dah mcm tajuk cerita yg ke Kelana Jaya tuh. Tau kan??

IMG-20141122-WA0005
IMG-20141122-WA0007 Our group photo in front of shop. Eventhough the pic is a little bit blurry but I love this. I really love the way we were get together. Mmg seronoknya Ya Allah. Mmg everyone enjoyed themselves. Happy sgt & we had fun together. Syukur sgt2.

Bkn senang kan nak berkumpul ramai2 mcm ni. Klu takde apa2 event mmg payah lah. Alhamdulillah kami masih dpt berkumpul beramai2 lagi. Klu ada my nieces yg dua org & BIL  tu lagi lah best.

Dan lagi lagi lagi best klu Arwah Abah ada, Arwah BIL Abg Ngah & Arwah Abg Bad, dan kedua anak buah Lyn yg telah pergi menemui Ilahi, Arwah Along & Arwah Linda aka adik. Al-Fatihah untuk mereka.


It’s December

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! Today It's December 1st, 2014. Cepat betul masa berlalu. Tinggal sebulan lagi kita akan melangkah ke thn 2015. Ya Allah cepat sgt kan.

Mood menulis masih kedaung lagi. Tak tau lah nak buat mcm mana. Dulu2 rajin gak mengadap blog every week. Update untuk 3 4 hari terus. Kali ni ntah, malas nya ya rabbi. Pi lantak lah situ. Ada entry ker idak, tak heran dah.

Ok malas nak tulis panjang2. Selamat menyambut bulan December 2014.

Tapi sebelum tuh, nak share satu video that I’ve found in youtube.


MasyaAllah

Cerita Biasa Jer

Hi LoVers,

Hari ni kembali menulis entry seperti biasa. I don’t know why, but I really not in the mood to write anything in my blog. Lately ni, bila dah mula menaip tuh, boleh plak press backspace sampai habis. Last2 kosong balik page WLW for new entry ni.  hehehe.

Faktor umur barang kali. Malas nak pikir nak tulis apa dah skrg. Kononnya ada idea, tapi bila dah mengadap lappie, idea hilang ntah kemana. Barang kali faktor sakit gum tuh mempengaruhi persekitaran Lyn kot. Agaknya lah. Maklumlah sejak sakit gum tuh mmg Lyn kurang bercakap. Makan pun kurang *mkn mmg kurang pun #eh* Hehehe. Nasib baik lah ada blog, twitter, instagram, FB, boleh jugak menaip di situ. Klu tak, mmg senyap sunyi lah hidup den ni hah.

Yesterday, I was on leave. Settle about my car. Went to bank & JPJ. No once accompany me. As usual, mmg Lyn buat sendiri since dari dulu pun even ada bf ke tak. I’m independent women beb. Tak suka nak susahkan org.

Even skrg ni pun, dah ada si ‘dia’ Lyn buat sendiri jugak. Tapi pasal bab2 kereta ni, sure tanya org lelaki gak. Sometime abg2 Lyn jdi rujukan. Tanya dorang lah lagi senang. Or else skrg ni tanya lah ‘dia’. Dia suruh buat gini & gini, Lyn buat lah. Senang.  Settle dah urusan Lyn semalam. Alhamdulillah, another rezeki coming in. In Sha Allah.

20141122_150207 Time sakit gum hari tuh, kemain beria makan ice-cream. Singgah zawara seksyen 7 nak cari tudung, tapi rembat sekali ice-cream popsmalaya ni. Punya lah sedap choclolate dia yg pekat melekat tuh. Dlm hujan makan ice-cream, sejuk plak dlm kereta beraircond mmg carik nahas lah nampaknya. Sebab apa?? sbb pantang Lyn tak boleh makan ic-cream time hujan or sejuk. Sure bibir & jari2 ku bengkak membesar. Jgn bayangkan. Malu!!!!

Happy weekend everyone!!


Sabtu Date

After a week got back from PD, we decided to lepaking & shopping. Di sebabkan si ‘dia’ kena kerja on Saturday, jadi Lyn keluar dgn budak berdua ni dulu. Slot si ‘dia’ malam lah after he’s back from office. Hehehe.

Our location as usual is SCM. Bkn sbb dkt saja, sbb dkt situ pun dah byk branded shop. Parking pun senang. Tak payah nak berasak2. The main point dorang nak shopping baju. Biasalah sorang anak tunggal, sorang lagi anak bongsu. Cakap jer nak apa, mak pak tunaikan. Senang kan. Kita dulu2 jgn lah nak merasa, nak shopping cam gini pun takde. Dah kerja & pegang duit sendiri baru lah merasa shopping2 gini. Untung budak2 zaman skrg.

Lyn tak shopping pun. Sila jgn percaya. hahaha. Bak kata si ‘dia’

U tu klu keluar, I tak percaya kalau u tak shopping. Rasa cam pelik jer klu balik tu tak bawak apa2.

Dan klu tiap kali Lyn keluar, I did call him. Bila Lyn cakap Lyn kat shopping complex sure ayat yg pertama yg keluar dr mulut dia “shopping again??’ Klu Lyn jawab tak, mmg dia takkan percaya.

Settle part shopping budak2 ni, kita pi singgah makan dulu. Kat food court jer. Nak pekena prawn mee yg sedap tuh.

2014-11-15-20-12-52-309
2014-11-15-20-11-31-733
2014-11-15-20-11-46-665 Surelah bergambar sakan kan dgn budak2 ni. Dorang ni pantang nampak hp & monopod, mmg bergambar jer lah jawabnya. Aku pun naik pening. Layan kan je lah.

2014-11-15-19-46-10-685 The best prawn mee in town. Memang sedap. Last time I went there, tak dpt makan prawn mee. Dah habis. Kali ni nasib baik ada. Settle makan, sambung shopping balik. Shopping untuk sendiri plak. Niat hati nak beli sehelai baju & seluar jer. Tapi lebih dari tu plak membeli nya. Hahaha. Woman always like that huh!!

IMG-20141115-WA0008 Ni candid pic lah yer taken by my niece. Mamarazzi betul budak tuh. hehehe. Saja tepek kat sini. Tengah menunggu my niece beli KFC untuk orang kat rumah. Settle semua then kita balik. Sbb malam Lyn ada date dgn si ‘dia’. Balik rumah siap2, tunggu jer lah kat rumah sampai dia dtg. Selalunya dia yg punctual. Lyn yg selalu terbabas skit. Hehehe. Perempuan kan bersiap lambat. What to do. Awak kena redha lah yer. Cerita mmg takde. Muahahaha


Family Gathering 2014 : Last Day

Holiday 3 hari 2 malam, rasanya sekejap sgt. Tak puas nak get together dgn family ramai2 macam ni. Sunday, our last day. Bangun pagi dorang siapkan sarapan semua. Mak2 jer lah kan buat kerja. Yg kitorang ni membuta lagi. Sejuk, hujan plak pagi tuh. Tapi tak lama. Budak2 tu dah merengek2 nak pergi pool. So bagi dorang breakfast dulu siap2.

Yg lain2 pun siap dah mandi pagi tuh, siap dah breakfast masing2. Tetap lah jugak nak swimming. Balas dendam masing2. Lyn sambung tidur balik. Tak cukup tidur ok. Sbb kang Lyn kena drive. Org lain takpe ada laki. Sobs.. sobs.. sobs..  :(

Yg mak2 pun sambung tidur gak. Lyn bangun tidur budak2 semua dah takde. Confirm ke swimming pool. So pergi lah jugak. Last day harus lah swimming gak. Pakai jugaklah baju yg ada, janji tutup aurat. Lama dah tak swimming, hampir lupa jugak lah skill2 ni. Lepas ni kena attend class balik lah. Kasi mantap kan lagi skill.

IMG-20141111-WA0004 Si puteri yg selamba jer swimming kat pool dewasa. Dia dah makin terror dah swimming. Abg2 nya ajar. Selamba jer dia boleh habiskan 50 meter. Gigih budak kecik tuh. Bkn takut pun.

P1130883 Anak beranak. Ikut suka korang lah nak buat style apa. Janji happy. Puteri & Abg Long ntah kemana ntah. Sibuk terjun tak sudah2.

P1130833Budak2 ni mmg suka lah dpt swimming. Happy to the max!! Khair pun selamba jer dlm pool tuh. Bkn dia reti sejuk pun. Lagi rendam dia lama2, lagi suka dia. Hehehe

Tak bagi dorang swimming lama sgt sbb lepas Zohor kita nak gerak dah. Naik atas masing2 mencicit mandi. Siap mandi, masing2 lunch dulu. Mana nak kemaskan brg masukkan dlm kereta kita kasi settle. Kemas apartment siap sementara tunggu waktu Zohor. Lepas solat Zohor kita check-out.

Sebelum balik, kita bergambar sakan dulu. Lyn tak lah letak semua. Malas nak pilih. Byk sgt.

IMG-20141110-WA0003 Budak berempat ni kemain dah bergambar dulu. Dah mcm tangga dah ku tengok. Dari rendah ke tinggi. Hehehe

IMG-20141115-WA0005 Our group photo as usual. Walaupun tak semua yg pergi time ni, tpi mmg seronok sgt. Kira mmg dah jadi aktiviti wajib setiap thn even kat PD jer. Org kata jauh atau dkt tu tak kisah, janji time berkumpul tu yg paling seronok.

Satu kereta dah gerak awal. Nak hantar my niece balik Uni. Kitorang gerak sekali 9 biji kereta. Tak terus balik rumah, kitorang singgah Nilai 3. My sis sibuk nak cari brg kahwin anak dia. So kitorang pun join sekali. Lagipun Lyn & lain2 ada yg tak pernah pergi lagi Nilai 3 ni. Pertama kali sampai nampak mmg rambang biji mata. Tapi agak mahal jugak brg2 kat sini. Baik beli kat KL jer. Sama gak kan.

So kita tak membeli apa2 pun. Saja jalan2 cuci mata. Serious takde apa yg berkenan pun. Just tolong2 my sis & niece pilih brg2 kahwin tuk anak bujang dia. Dari satu shop ke satu shop brg kahwin kita jelajah. Tapi kureng lah. Kaki penat gila kot. Kitorang takpe lagi, tapi kesian kan my mum. Slow dia jalan. Suruh naik kereta tak mau, katanya nak exercise. hehehe

Lepas shopping, kita pi pekena sup Berdengung Nilai 3. Kat belakang shop2 tu jer kedai makan dia. Abg Lyn lah sibuk sgt nak try. Katanya pernah masuk JJCM. So kita layan kan ajer. Oklah sup dia. Sedap jugak. Tapi pedas gila sambal dia. Selalu sambal kicap kan kita bubuh dlm tuh. Ni cilip padi semata. Mau tak pedas. Ada yg order nasi ayam jugak.

P1130905 Settle makan, kita gerak balik. Kuar jer Nilai 3, jammed plak highway. Time tu 7.30pm jugak lah. Risau jugak pukul berapa nak sampai rumah. Dah lah Lyn kerja Isnin tuh. Nasib baik lah jammed jap jer. Sampai rumah 8.40pm. Syukur sgt.

Balik mandi, solat segala, sempat lah tgk TV jap. Before 10pm Lyn dah masuk tidur. Yg lain2 cuti. Syok lah dorang boleh lepak2 tgk TV. Semua brg dorang yg kemas kan. Lyn letak kat tepi jer. Ater I kan kerja uols… rehat kena lebih. hehehe

Selalu bila tidur tuh sure terjaga2 jap. Mlm tu mmg tak terjaga langsung. Sedar dah azan Subuh. Lelap jap, by 6.30am bangun siap2 nak pergi kerja. Alhamdulillah, pagi tu bgn tak lah penat sgt. Cukup tidur, harus lah kurang penat. Tapi dua tiga hari gak bantai tidur awal. Lepas Isya’ jer dah kebabom tidur. Bkn apa, nak kasi bdn betul2 rehat.

Ok settle dah cerita family gathering kitorang. Mmg seronok sgt2. Next year, pasti ada lagi. In Sha Allah :)


Family Gathering 2014 : Ronda-Ronda PD

Hi LoVers,

Back to work today.  A little bit lazy. Tapi kena kerja jugak lah yer. Btw, I’m still not feeling well. Ada jemputan yg tak dpt di tunaikan atas sebab kesihatan. Maaf lah pada tuan empunya diri. Tak mampu rasanya nak pergi.

Ermmm ok, nak continue story kat Port Dickson hari tuh. Settle part BBQ, kita balik apartment. Mana yg nak bersiap, bersiap lah dulu. Mana yg solat, solat dulu. Sebab kitorang plan nak ronda2 Port Dickson. Yelah asyik duduk apartment jer buat apa kan. Kata holiday. Kena lah holiday betul2. Tak semua join pun. Si Khair tak pergi. Daddy nya jaga kat apartment. Tidur si kecik tuh. Abg Lyn & SIL pun tak pergi. Kitorang2 jer.

First sekali pergi pasar malam. Susah betul nak parking. Main letak jer kereta kat mana pun asalkan tak block kereta org. Saja nak ronda2 cari apa2 yg patut. Tapi time kitorang pergi, byk yg dah nak tutup especially yg kain baju. Yg jual makanan2 masih lagi meniaga. Tak syok sgt lah. Kejap jer pun kita round.
Next kita pergi kat tepi pantai. Kat area ni mmg ramai org melepak. Sambil dengar bunyi ombak, boleh lah tenang kan diri. Sebelum tu kita snapped pic dulu.

IMG-20141110-WA0010

IMG-20141110-WA0005Kat belakang tu ombak. Tak kuat dah ombak time tuh. Kat belakang tu jugak, ramai org pasang khemah. Yg duduk melepak ramai2 pun ramai. berkelompok2. Siap ada yg buat event lagi.

Kawasan ni mmg terang menderang. Keliling penuh dgn lampu. Cuma tak bestnya korang kena jalan atas pasir lah yer. My granddaughter kemain yek yek geli katanya. hehehe. Ternampak ada org juak bubble, kita layan jer lah kasi budak2 tu puas. Tak dpt bawak dorang pergi SCM lagi, jadi boleh lah jugak kita main kat sini.

20141108_230231
20141108_230231
20141108_225802 Seronok betul budak2 tuh main. Kita yg dewasa pun kemain tumpang sekaki. Seronok pulak kan. Kawasan pun luas, senang lah dorang nak main. Start dgn budak2 ni main, terus ramai yg main. Kat sini murah skit. Bekas besar RM5.00. Besi dia, ko nak amik berapa pun boleh. Orang tu tak kisah. Compare to SCM, satu bekas satu besi.

Settle dgn budak2 ni, kitorang lite2 dinner jer malam tuh. Melepak makan steamboat. Ada org jual pakai van putih tuh. Kemain ramai org time tuh. Bila jer dorang blah, kitorang satu family serbu. Penuh meja. hehehe. Dorang je yg makan. Lyn masih kenyang lagi. Petang tu kan baru settle BBQ.  Dorang lah yg makan. Lelaki kat asyik nak makan memanjang. Padahal petang tu masing2 baru makan mcm. Dah lapar balik. Biasalah lah tembolok besar. HahahhaLepas makan kita balik. Sampai rumah, buat lah apa2 yg patut sambil tgk TV. Masing2 kepenatan. Yg perempuan2 tak sudah2 berborak. Bkn reti nak tidur awal pun. Biasalah bila dah satu rumah, kemain byk cerita. Last2 2am gak baru masing2 terlelap.

Habis dah cerita malam minggu. Esok last entry. Konon nak satu kan. Tapi tak larat nak taip pjg2. Hehehe