3 Sekawan
Pada suatu hari, KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan. Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya. Maka, datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA. Satu jam kemudian, KURA bertanya kepadaKATAK.
KURA: Hei, katak! Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK: ........patutlah, rokok dah habis lah!
KURA: Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK: Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA: Bagus jugak idea kau tu.
ULAT: Aku malas lah nak pergi beli.
KURA: Ala...kau tolong lah pergi beli kejap. Kau pun nak hisap rokok jugak kan. Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli. Boleh lah.....
ULAT: Ok lah, aku pergi beli sekarang.
10 minit...30 minit...1 jam...berlalu.
ULAT masih belum pulang lagi dari kedai. KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT. KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi. Setibanya di pintu keluar, ULAT sudah pun berada di depan pintu. KURA pun berkata..
KURA: Hah, itu pun kau. Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK: Hei, kau tau tak, kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA: Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT: Hek'eleh.... Aku gerak pun belum lagi tau!
KATAK: Habis dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT: Kau nampak ni, dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!
Hahahaha
Restaurant Bersih
PEMILIK: Bagaimane perasaan anda terhadap makanan dan layanan kami?????
TETAMU: Ade satu perkara yang boleh sy katakan, anda memiliki dapur yg pling bersih di bandar ni.
PEMILIK: Dapur yg paling bersih, anda kan x pergi ke dapur. Macamana awk tahu yg dapur kami adalah yg paling bersih???
TETAMU: Sebabnya semua makanan yg kami makan berbau sabun.
Tembikai Merah
Di sebuah gerai buah-buahan, seorang makcik teragak-agak hendak membeli tembikai merah. Si penjual jamin tembikai yang dijualnya berwarna merah.......sedang makcik itu membelek-belek, tembikai yang dipegangnya terlepas.
Isi yang terlepas menampakkan warnanya yang sedikit keputihan. Kerana takut dikatakan penipu, si penjual cepat2 mencelah.
“Eh! tadi merah, kerana dia takut terus jadi pucat dan putih”
Makcik itu meninggalkan gerai tersebut selepas membaling isi tembikai ke muka penjual.
4 comments:
layannn :)
idzwa,
hahhaha
Hahaha. Sapa suruh ulat pergi. Hantarlah katak, cepat sikit melompat terus sampai kedai :)
MD,
dah katak pemalas lipas... nasib dia lah kan hhahaha
Post a Comment