Rehat Minda

Kisah Dua Beranak Pembohong

Terdapat dua beranak yg mempunyai tabiat suka berbohong bertemu dengan seorang bomoh. Mereka berhajat untuk insaf sekali gus membuang perangai buruk itu.

Bomoh itu memberitahu bahawa mereka berdua perlu ke sebuah bukit sehingga bertemu puncak air terjun. Mereka juga dikehendaki untuk menyelam sehingga ke dasar kawasan air terjun tersebut. Si bapa dan anak lelakinya menurut arahan yg diberikan bomoh itu selepas menjejakkan kaki di situ. Si bapa yg terjun dahulu. Tapi dia tak timbul walaupun sudah 10 minit masa berlalu. Si anak mula panik kerana bapanya tidak timbul2 tetapi akhirnya dia muncul setengah jam kemudian.

Anak : Kena bapa lama sgt duduk bawah situ?
Bapa : Bapa jumpa kawan di bawah. Dia ajak minum kopi dulu di warung. Klu kamu nak jumpa dia, terjunlah.

Si anak pun terjun dan sekejap saja dia timbul di permukaan dan menghampiri bapanya.

Bapa : Hah, kenapa dengan benjol di dahi kamu itu?
Anak : Ini semua bapa punya pasal. Bapa minum kopi tadi tak bayar, sudahnya saya yg kena pukul!


Kucing

Seekor kucing kepunyaan seorang pakai kaunselor menyusup masuk ke pasar dan kemudiaannya mencuri seekor ikan tenggiri. Penjual ikan itu berang lalu pergi ke pejabat pakar kaunselor tadi.

Penjual : Klu seekor kucing di lepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hal untuk menuntut ganti rugi drpd pemiliknya?

Kaunselor : Tentu saja.
Penjual : Yeay!! bagus, kalau begitu encik harus membayar saya RM10 untuk seekor ikan tenggiri yg di curi oleh kucing encik di kedai saya pagi tadi.
Kaunselor : Baiklah, ini wangnya.

Keesokkan harinya ketika penjual ikan itu mengambil surat di peti surat, dia terperanjat apabila ada sekeping surat drpd pakar kaunselor tersebut. Isi kandungan nya berbunyi :

“Jangan lupa untuk membayar RM200 untuk perkhidmatan kaunseling semalam”.


2 comments:

Mummydearie said...

Sampai tersembur kuih raya dari mulut. Lupa nak ingatkan diri jangan gelak kuat sangat :)

Lyn Yusoff said...

MD,
gitu sampai tersembur2 kuih raya.. haipppppp!!