Hi LoVers,
Hari ni kita cerita light2 jer pasal Hari Raya. Takde apa pun nak cerita skrg ni. Cerita Raya pun dah takde dah. Thn ni raya suam2 kuku je woiii. Dah besar panjang ni dah kurang dah. Lain lah zaman kecik2 dulu. Kemain mengumpul duit raya. hehehe
Syawal ke berapa hari ni pun Lyn tak ingat dah. Sedar2 dah nak habis Syawal dah. Puasa sunat Syawal pun tak dpt nak buat. Sedih betul. My auntie came & visit me this week. Huhuhu. Cuma dpt lah habiskan puasa qada’ yg tertinggal hari tuh. Suka sgt. Taklah last minute nak masuk Ramadhan baru nak ganti kan. Dah 3 4 thn ni, awal lah Lyn qada’ puasa. *Insaf*. Klu dulu2, dah nak masuk Ramadhan baru terhegeh2 nak nak qada’. So learn from mistake. Tak nak ulang lagi dah. Cuma sedih tak dpt nak teruskan puasa sunat Syawal jer. Ermmm takpe, thn2 dpn ada lagi. In ShaAllah.
Open house pun, takde lah sgt thn ni. Kurang jemputan nampaknya. Klu dtg beraya & dorang sediakan makan2 tu adalah. Tapi takde lah buat open house besar2an. Klu dulu satu hari sampai 3 4 jemputan. Sampai tak tau nak pergi yg mana satu dulu. Kadang tu dtg rumah jemputan sbb nak jumpa tuan rumah jer. Nak makan tak larat, perut dah penuh dek jemputan rumah2 yg sebelum tuh. hehehe
Lagipun serious thn ni kureng skit raya nya tak mcm thn2 lepas. Tak tau lah kenapa. Duduk rumah tgk TV jer sepanjang tak buat apa2 tuh. Weekend pun takde aktiviti sgt. Lebih kepada duduk rumah jer. Ok jer duduk rumah, boleh lepak2 tidur segala. Balas dendam tidur yg tak cukup tuh. Hahaha. Ko mmg tak pernah tak cukup tidur kan Lyn!! hahaha
Skrg ni tgh duk addicted online shopping balik. Dah berapa lama cuti kan. Eh betul tau, Lyn dah lama tak online shopping. Dlm sebulan rasanya. Semua beli kat kedai jer senang. Sbb nak elakkan lambat sampai time nak raya hari tuh. So skrg ni sambung balik. Pantang takde kerja, semua online shopping ku masuk. Tup tap tup tap tekan keyboard. Sedap je tau. Tengok2… balance dlm acc dah kurang. hahaha.Rasa kan ko Lyn.
Lepas ni hari2 lah abg pos laju tu dtg balik. Oklah kan, nnti takde kerja pulak. Hahaha
2 comments:
Betul tu, Lyn. Rasa macam hambar je raya tahun ni. Akak pun takdalah beraya sakan. Setakat pergi rumah saudara mara yang rapat je. Nak kenal-kenal, imbau kenangan lama dengan saudara mara bau-bau bacang tu memang takda langsung tahun ni. Apasal entah!
Bab online shopping tu kita anggap jelah kita bagi kerja pada abang delivery tu. Kalau kita tak shopping, siapa lagi nak bagi dia kerja ke hulur ke hilir hantar barang, ya tak?
MD,
tu lah kak. ingat lyn sorang jer ada perasaan mcm tuh... akak pun sama yer..
hahaha.. kan... at least dia adalah kerja kan. tak lah mengular nnti haha
Post a Comment