Diari Ramadhan 1432H : Day 5

Ermmm.. Hari Jumaat yang pertama di bulan Ramadhan. Ada dua perkara yang buatkan Lyn happy hari Jumaat ni. Will talk blog it later yea. Surprise!!! Hehehe

Byk dugaan sungguh puasa hari kelima ni. Badan tak berapa nak sedap. Migraine kemain hebat. Terpaksa amik half day. Actually tak lah half day pun. Dah ptg tu balik awal, tak spt biasa. Sampai rumah dpt lah lelap jap nak meredakan bdn yg tak sedap tuh. Alhamdulillah, sampai berbuka masih bertahan.

Walaupun tak berapa nak sihat, sempat jugak lah tolong ape2 kat dapur tuh. Takdelah nak biarkan mum sorang jer yang buat kerja. Helper plak takde time ni.

page6 Juadah spt biasa lah erk. Ada nasi goreng, mmg selang dua or tiga hari ada buat. Ubah selera lah skit. Tapi cekodok tak boleh skip. hehehehe

page8Sambal tumis telur & bendi goreng utk lauk sahur nnti. Nampak menarik betul sambal tumis telur tuh. Tapi bila lepas berbuka terus lupa nak ratah. Mmg kena tggu sahur sajalah. Hehee

page7Korang jgn pelik plak Lyn letak pic jering tuh. My neighbour yang bagi. Buat ulam makan dgn nasi goreng. Lyn makan gak jering. Tapi klu petai tak makan lah. Busyukkkk. hehehe

Air jagung & cendol sbg tambahan air kat rumah. Ni BIL yg beli. Lyn tak boleh betul nak bau air jagung ni. Sbb tu klu ice-cream jagung pun Lyn tak makan. Klu bubur jagung or jagung rebus takpe. Tu sure tak tolak tepi punya. hehehe

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

i ni jering ke petai ke mmg tak leh nak telan... tak tahu napa...?

Lyn Yusoff said...

Sw33tdarling,
sbb bau kot..
i petai mmg kureng lah..
tpi klu wat sambal leh makan lagi..
klu makan mentah tak ler...