Fadhilat Bersahur

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
[ Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1835 ]

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya:
Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat.
[ Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1837 ]

Hadis Sahl bin Saad r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.
[ Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1838 ]

Pengajaran hadis:
1. Orang yg hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.

2. Jarak yg paling afdal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat Al-Quran.

3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli kitab ialah dengan makan sahur.

4. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaiut kira-kira 10 atau 15 min sebelum bilal melaungkan azan subuh. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

5. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yg berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, disamping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yg berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yg dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yg makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

6. Pengambilan makanan sahur adalah titik yg membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

7. Waktu sahur adalah waktu yg paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT.

8. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yg secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yg terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

*************************************

Jelas hukum bersahur adalah sunat. Sebab tu dari dulu kami sekeluarga mmg bangun sahur walaupun hanya dgn seteguk air & sebiji kurma krn bersahur itu ade keberkatannya. Patutlah Arwah Abah bertegas dgn anak2nyer sekiranya ade diantara kitorang malas bangun sahur.

Dulu tak tau sgt kan. Lebih mementingkan tidur drpd bersahur. Bak kata my mum lah.. layan sgt lah mengantuk tu. Time Allah bagi ganjaran taknak pulak di rebut. Uishhh pedih ayat mak ku ini. Ni ayat dulu2 lah.

Sekarang ni dah jadi habit. Nak taknak kena bangun even minum seteguk air & sekeping roti atau sebiji kurma. Tapi kat rumah ni mmg ada nasi & lauk pauk. Antara nak taknak je makan. hehehe

Setakat ni even dulu2 pun tak pernah lagi terlajak. Sbb kat rumah ni walaupun 7 orang tetap kena bangun sahur. Mum & sis mmg bangun awal. So lepas je panaskan lauk, mulalah my sis kejutkan sorang2. So mmg takde istilah terlajak.

Lain lah klu ‘bendera merah’ mmg ade yg tak bangun. Tapi takde jugak. Sbb klu terlepas sahur, bila masa pulak nak makan kan. Melainkan bwk bekal pergi kerja. Klu pandai, bangunlah kul 6.30am sarapan dulu sebelum pegi keje. Klu tak mmg kebulur lah jawabnyer. hehehe. Kat rumah ni ada lelaki. So kenalah pandai sorok2. Hehehe

So korang, rajin2 lah bersahur yer. Klu taknak tuh, ape nak buat. Pilihan masing2. Betul tak..

No comments: