Sessi Menganyam Ketupat

Kat rumah kitorang, bila tiba hari raya tak kira Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha mmg akan ada ketupat. Dulu2 kat kebun mmg ada pokok kelapa, so senang ade orang panjat amik daun ketupat bila nak raya. Skrg ni ape2 pun kena beli. Pokok kelapa sudah yilek.

page21 Yang ni ketupat ribbon. My sis yg anyam tuk letakkan kat office dia. Kata hari raya kan. Kebetulan ada ribbon free kat rumah, jadi nyer berketul2 my sis anyam. hehehe. Hok palsu ni.

P1090086Yg ni hok baru betul2 punya. Daun ni beli je kat pasar. RM 4.50 tuk 50 helai daun. Kita beli 200. Cukup lah tuh. Tu pun dah byk. Malam minggu jer kita dah start anyam ketupat.

P1090085 Yang tukang anyam mum & sis. Lyn & lil sis hanya ketatkan jer. Sbb kitorang berdua mmg tak reti nak anyam ketupat. Belajar kemain lama, tapi tak pandai2 pun. hehehe. Tangan dah keras uolsssss. Kena siapkan malam isnin tu jugak, sebab hari isnin tu mmg nak rebus awal. Nak merebus ketupat ni amik masak yg agak lama. 8 hours if I’m not mistaken. Rebus awal, cepatla siap.

Lyn, lil sis, BIL & niece just concentrate mengemas rumah jer. Pasang langsir, carpet dan segala macam. Mlm minggu tu jugak siap. Takde nyer malam raya baru nak pasang. Penat nnti. Klu siap awal, malam raya leh relax2 tgk TV. Hehehe

P1090092Malam sabtu jugak, baru nak bayar zakat. Sbb tunggu my lil bro balik dari JB. Thn ni mmg byr last minute. Tak pernah selambat ni membayar zakat. Mum dah bising dah. Alhamdulillah selesai membayar walaupun lambat. Baru lah lega hati masing2.

6 comments:

Dee said...

dee pandai ketupat palas je..pernah cuba belajar ketupat nasi ni tapi tak lepas2..hahaha..

Cho Zila said...

akak memang tak pandai anyam ketupat sebab kampung akak kalau raya lemang jer der.. tapi masak lemang tak tau gak.. kui.. kui.. akak ni kategori tau makanjer kot..
tapi kalau kat rumah mertua akak semua ada ketupat pun berjenis2 belum lagi lontong, nasi impit..

sW33tdARLiNG said...

pandai anyam...

Lyn Yusoff said...

Dee,
ketupat palas pun lyn tak tau..
tau makan je kak..

Lyn Yusoff said...

Cho zila.
samala kita kak..
lemang lontong mmg takde..
ketupat jer ade.. lepas tu tau makan jer.. malas nak blajar anyam2 ni..

Lyn Yusoff said...

Sw33tdarling,
terror :)