2 Perkara Yg Harus Dilakukan Jika Marah

Bila anda marah, anda sebenarnya sedang meletakkan diri anda di depan pintu gerbang sikap negatif. Marah adalah emosi negatif paling kuat.

Sesiapa yang selalu marah maka dia adalah orang beremosi negatif. Sikapnya juga automatik jadi negatif. Emosi negatif lain adalah benci, dendam, sakit hati, cemburu.

Marah Sifatnya Api

Apa saja bersifat api akan memusnahkan.

Memusnahkan persahabatan, memusnahkan motivasi, memusnahkan cinta antara suami isteri, memusnahkan cinta antara seorang hamba dengan TUHAN juga memusnahkan iman di dalam diri.

Bila anda marah, berikut adalah dua perkara yang anda perlu lakukan.

1. Be cool.

Jangan lawan marah. Makin di lawan, makin terasa mau marah. Tenangkan diri. Tenangkan emosi. Tarik nafas supaya anda beroleh kekuatan untuk menenangkan diri. Hampirkan diri anda dengan tempat yang sejuk, yang kurang orang dan kurang kebisingan.

2. Amalkan Maaf.

Maafkan orang yang anda marah dan jangan ingat lagi kesalahannya. Anggap tidak ada apa-apa berlaku. Anggap macam biasa (Nota: hal ini sangat mencabar. Ia memerlukan latihan berterusan! Ego mendorong Anda tidak mahu melupakan perkara yang membuat anda marah. Hati-hati dengan diri sendiri).

Turunkan ego.

Bagaimana?

Jangan ungkit pasal siapa anda, untuk untuk mendabik dada dengan jawatan anda, duit anda, gaji anda, kedudukan anda, pangkat anda, anugerah-anugerah anda, pujian-pujian yang diberi kepada anda, tahap pendidikan anda, paling penting sekali jangan ungkit kebaikan-kebaikan anda.

Ingatlah dosa-dosa anda. anda bukan siapa-siapa, cuma hamba yang hina. Nafas anda dan nyawa anda milik anda jadi tidak ada sebab untuk anda riak.

Beristighfarlah. Mohon ampun kepada Allah. Istighfar dapat mencuci hati dan menghilangkan marah, seperti mana air biasa menghilangkan kepanasan api yang sedang membara.

**********************

Lyn tak sekuat itu kot… Selalu klu marah, habis semua keluar. Hehehe *thinking*

Credit to this blog

4 comments:

Cho Zila said...

harapnyer akak juga dapat menjadi seperti itu... tuler kadang2 kitani manusiakan selalu terlupa... terima kasih saling mengingati...

GREENJADE said...

hehe kdg2 bile 'ter'marah terlupa daratan kejap kan sis..kdg2 mulut memaafkan tp tak berapa nk sampai ke hati hehehe

btw, tazkirah yg menginsafkan..kena byk muhasabah diri :)

Lyn Yusoff said...

ChoZila,
sama lah kita kak..
bila marah tu mcm2 yg keluar.. tak ingat ape2 dah.. huhuh

Lyn Yusoff said...

GreenJade,
i setuju dgn u..
lain dimulut.. lain dihati..
same2 lah kita muhasabah diri..