Samad, Hashim, Kadir dan Mamat telah berjanji untuk mengadakan reunion setelah mereka tidak bertemu selama 30 tahun. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan reunion mereka di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Sambil makan dan minum, mereka bercerita tentang kisah-kisah dahulu. Cerita yg keluar diselang-seli dengan gelak ketawa berdekah2. Sedang mereka asyik bercerita, Mamat meminta diri pergi ke tandas kerana tidak tertahan ketawa geli hati.
Samad : Hashim, anak kamu berapa orang? Kerja apa?
Hashim : Nak aku 2 orang. Anak perempuan ikut suami dia tinggal di London. Anak lelaki belum berkahwin. Dia kerja pilot. Tapi kadang2 angin juga dengan anak aku tu, tak pernah beri hadiah walaupun bergaji mahal. Tapi baru2 ni dia ada hadiahkan kekasihnyer BMW 5 Series. Anak kau Samad?
Samad : Anak aku 3 orang. Dua lelaki, seorang perempuan. Kakak dan abgnya dah kahwin. Yg bongsu, lelaki tapi belum kahwin tinggal dgn aku. Dia pegawai bank. Anak aku sama, tak pernah belikan aku hadiah. Tpi baru2 ni dia belikan rumah banglo utk kekasihnya. Marah betul aku.
Samad & Hashim : Kau pula Kadir?
Kadir : Anak aku sorang je. Lelaki. Dia kerja jurutera. Belum kahwin. Sama juga perangai dgn anak kamu. Tak pernah berikan hadiah. Tetapi baru2 ni, aku dpt tau dia hadiahkan kekasihnya wang RM100 ribu. Bengang betul aku!!
Setelah mereka habis bercerita, Mamat pun duduk baru baru balik dr tandas….
Kadir : Mamat, Anak kau berapa orang?? Dia kerja ape??
Mamat : Anak aku sorang saja. Perempuan. Dia buka salon rambut. Tapi anak aku ni anak yg baik. Semasa hari jadi aku baru2 ni tup2 dia hadiahkan aku sebuah BMW 5 Series, sebuah banglo dan duit sebanyak RM100 ribu. Untung betul aku dapat seorang anak perempuan yang pandai mengenang budi!
Hashim, Samad & Kadir : ?????????????????
No comments:
Post a Comment