Lama dah tak membeli or membaca majalah remaja ni. Ater dah dewasa kan. So takde lah nak membelinyer pun. Sambil2 tgk TV semalam tetiba terperasan majalah remaja ni. Ni mesti kes budak2 ni membeli. So baca jelah dari boring tak tau nak wat pe. Tetiba terperasan column kelakar. Baca lawak sorang2 & tersengih2 pun sorang2. Hehehehe
Meh kita tgk lawak ape, kot lah boleh gelak sesama kan.. Hehehe
Kisah 2 ekor burung
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka menyanyi dan yg satunya lagi hanya diam saha. Pada satu hari, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini?
Penjual : Kalau yg suka menyanyi tu RM1000 dan yg diam tu RM2000.
Pembeli : Hah..!! Kenapa suka menyanyi tu lebih murah dari yg diam??
Penjual : Ya, mmg berbeza, yang berharga RM2000 tu ialah pencipta lagunya
Jam tangan asli
Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, pekerja di kedai itu bertanyakan tentang harga jam tangan pelanggannya itu. “Seribu ringgit”, jawab lelaki itu dgn bangga. “Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?” Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, “Disinilah!!”
Pencuri Ayam
Selepas berjaya mencuri lima ekor ayam , seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam.
“Saya hendak menjual ayam2 ini”, katanya.
“ Dimana kamu dapat?” Tanya pembeli ayam.
“ Saya mencurinya”, jawab pencuri itu.
“ Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah di sisi undang2 dan berdosa di sisi agama?”
“ Saya tahu” jawab si pencuri, “Sebab itulah saya tak mahu simpan ayam2 ini”.
LOL :DD
No comments:
Post a Comment