Lawak Isnin :)

Buku Yang Tidak Bermutu

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”

“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.

“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.

“Kenapa pula Cik?”

“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”


Kuning

Suatu hari seorang Pegawai Khidmat Pelanggan di syarikat mesin cetak mendapat panggilan dari Pak Pandir iaitu salah seorang pelanggannya. Pak Pandir rupanya mendapat kesulitan untuk mencetak warna kuning, hanya warna cyan dan magenta yang kelihatan.

Pegawai Khidmat Pelanggan pening kepala memikirkannya, apalagi ketika Pak Pandir mengatakan bahawa pencetaknya boleh mencetak warna-warna lainnya, termasuk kombinasi warna kuning, seperti hijau. Pegawai Khidmat Pelanggan kemudian meminta Pak Pandir untuk mengganti cartridge kuning, memadam driver-nya dan kemudian meng-install-nya kembali. Tapi saranan itu tidak membuahkan hasil. Bahkan teman-teman Pegawai Khidmat Pelanggan lainnya tidak ada yang tahu bagaimana caranya mengatasi masalah ini.

Setelah dua jam dalam kebingungan, Pak Pandir bertanya, “Boleh tak saya mencetak di atas kertas putih daripada di atas kertas kuning yang saya pakai sekarang nie?”

Pegawai Khidmat Pelanggan, “@#$%^&”

Panas2 Carik Ice-Cream

Lately ni mmg musim panas kan tak kira siang malam. Bukan lah nak merungut. Tapi tak tahan sgt. Berbeza duk kampung dulu2.

Dulu, klu kat kampung klu tgh malam rasa sejuk sgt. Ater pokok byk keliling kan. Skrg ni, tak kira siang malam mmg panas terik. Sama cam duduk bandar. Pasang kipas pun tak rasa pape.

Bila siang bergelen2 minum air sejuk. Tak cukup air kosong sejuk, tambah plak air manis.

Tak cukup air sejuk dlm fridge, bubuh plak ice. Baru sedap skit.

Tak cukup lagi air sejuk kat rumah.. pi kuar carik benda sejuk.

Start engine and zasssssss ke Giant.

Amboi!!! mentang2 lah Giant 5 minute je dr rumah, sanggup pegi kan. Nak cari ice-cream sebenarnya. Tak masuk dalam pun. Kat luar tu mmg dorang dah jual ice-cream byk2, park kete terus pgi beli ice-cream.

IMG02310-20120421-1544 Ice-cream murah je uolssss. RM 4 ringgit utk semua tuh. Brand King’s jer. Takde nak beli walls segala bagai. Pilih, byr dan balik.

IMG02311-20120421-1553Tak sempat masuk fridge, kita ngap dlu ramai2 sambil tgk tv Sedap jugak ice-cream King’s ni even murah. Sedappppp jer lalu kat tekak kan.

Jgn tak tau, Lyn dlu pernah kerja Kilang King’s wat ice-cream ni masa tunggu result SPM. Jadi kerani jer. Saja suka2 mengisi masa lapang. Tiap2 pagi Lyn kena round dlm production area nak tgk dorang buat ice-cream ni & checked a few things. Baru lah tau, mcm mane ice-cream2 ni di hasilkan.

Lepas tu, yg paling best kat area office mmg dorang dah sediakan satu fridge ice-cream tuk staff. Sapa2 nak makan, amik jer for free. Kitorang time rehat jer mmg balun ice-cream kaw2 punya. Takde limit plak sorang blh amik berapa. Tapi takde lah ko nak balun time kerja kan. Melampau lah. Biasanya time rehat & time balik, mesti pekena satu. hehehe

Lepas tu nak beli ice-cream pun dpt staff price. Lagi lah murah. Tiap2 minggu adalah yg kirim nak beli ice-cream ape. Adik beradik, sepupu2 & makcik pun kirim sama. Syok sebenarnya.

Tapi tak lama kerja situ. Dpt result terus sambung study.

Dari dulu sampai skrg kan, klu ternampak ice-cream King’s ni mmg teringat zaman kerja dulu. Syok!! :D

Saya Sokong Bersih “Duduk Rumah”..

Tapi bukan Kempen Bersih yang haprak tuh..

Saya sokong Kempen Bersih yang ini. Hehehehe

image Lagi byk faedah kan??

Tak menyusahkan diri & org lain. Tenang jer lepak kat rumah.

Jangan lah kita sibuk nak pg sama. Tak payahlah nak menggugat ketenteraman negara dengan menghadiri demonstrasi yg diketuai oleh Ambiga penyokong murtad & LGBT ni. Bukan ada faedah pun.

Buat malu je pelancong tgk perangai org yg sebegini.

Lepak rumah lagi best.

Have a great weekend!!!


Kebaikan Coklat

imageSuka makan coklat??

Klu tak suka, mmg tak normal lah korang. Hehehe

Lyn tau ramai yg suka mkn coklat tak kira kita yg dewasa mahu pun kanak2. Kadang2 kita yg dewasa selalu tak bagi kanak2 makan coklat kan, takut gigi rosak. Tapi tak sebenarnya. Gula2 yg menyebabkan gigi rosak. Coklat gak leh hilangkan stress.

Nak tau kebaikan coklat. Meh kita baca satu persatu.

1- Coklat Untuk Kesihatan

Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.

2- Coklat Kaya Vitamin

Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.

3- Coklat Itu Menenangkan

Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.

4- Coklat Untuk Kecantikan

Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta

Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

6- Coklat Untuk Ghairah Seks

Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta.Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut.Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya.Selain itu,coklat dapat memberikan kesan nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.

Source

Cik Paris Diva Kampung

Korang tgk cerita ni??

Lyn tak tgk cerita ni masa mula2 di tayangkan. Terlupa gitu.

Last week, baru tgk since ada ulangan kat Astro. Mula2 tgk, agak boring ler. Sbb si Zulaikha & Sara tu agak mengada2. Tergedik2 kan.

Lama2 layan gak citer ni. Cool sgt.

Teleprima Cik Paris Diva Kampung mengisahkan seorang gadis cantik yang lupa diri terkejut apabila dirinya ditolak oleh tunangnya sendiri. Untuk membuktikan dirinya mampu berdikari, dia masuk ke kampung untuk hidup seperti cerita Paris Hilton.

Kelakar jugak cerita ni sebenarnya. Klu ada ulangan lagi mau lah tonton semula. Tapi klu nak download pun boleh. Lyn dah ade tukang download yg rajin kat rumah ni. My nephew.

Tapi bila dgr lagu2 kat dalam cerita ni, rupa2nya Lyana Jasmay yg nyanyi. Boleh tahan gak lah suara dia compare lagu dia yg lain.

Now, I’m addicted to this song :)

Puteri & Her Make-up

IMG02306-20120420-1934Yes!! Finally she got make-up set. Yeayyyy!!!!

I’m not buying for her. My youngest sister yg beli kan. Dgn auntie yg sorang lagi kemain lah nak mintak ape2 sure dpt.

Actually, dah lama dah dia mintak kat Lyn tapi Lyn malas nak layan sgt. Not necessary at all. Tak mau nak ajar dia bermake-up sgt. Erm.. mentang2 lah Lyn tak beli kan, kemain dia perli ari tuh.

I got this!!! [jerit2 time ni]

Yes.. I know…

Adik mintak kat acik tak dpt kan. Ucu dah beli kan tuk adik. Lambat sgt…

Kemain ckp aku lambat sgt. Sabar jerlah. Huhuhu

IMG02308-20120420-1934Kemain penuh lah brg make-up dgn segala jenis ada. Lipstick, eyeshadow, lip gloss, eyeliner & etc. Complete set lah. Dah macam set kita plak.

Dah dapat kemain tersengih sampai ke telinga lah. Ke hulu ke hilir di bawak make-up tuh.

IMG02309-20120420-1945Korang tgk gelagat dia. Kemain mentouch-up muka siap curl kan rambut lagi. Dah mcm gaya org besau. Hehehe. Bila di tergur dia menjawab ko.

Acik tu boleh make-up, nape adik tak boleh??

Acik dah besar bukan cam kamu. Esok dah besar make-up lah puas2. Skrg kecik lagi tak payah nak make-up segala. Nanti muka tumbuh jerawat. Faham???

Yeker??

Yelah.. tanya nenek. [Terus dia tanya neneknya. Nenek nya pun mengangguk sambil kata iyer]

Alaaa.. adik takut lah. Nnti ade jerawat.

Stop lah jgn pakai lagi[maksudnya berkesan lah ape yg Lyn ckpkan tuh]

Sehari tu jelah dia kemain melekat dgn make-up tuh. Masuk hari kedua ketiga terus lupa. Elok gak. Klu tak, 24 jam asyik lah nak bermake-up jer kerjanya. Bukan ape, kekecik lagi kan. Tak payah nak bermake-up sgt. Dah natural beauty gitu. Hehehe

Wordless Wednesday #48

imageKata2 hikmah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Tiada Lagi Permainan Ini

Bila boring2 kan, pasti teringat zaman kanak2 dulu. Rindu plak nak bermain macam zaman kedik2 dulu. Klu boleh nak jadi kecik balik. hahaha..

Tapi mane boleh kan.

Budak2 skrg, lahir2 dah ade laptop, Iphone segala bagai. Kita dulu, tempat main belakang rumah jer. Klu nak best skit, cari lah benda yg best skit nak buat main. Zaman Lyn dulu, mmg semua sedara mara & jiran2 jadi kawan. Tapi skrg bila dah besar pjg, sorang2 pg berhijrah ikut family.

Seronok main masa zaman kanak2 dulu. Sampai ke Maghrib baru reti nak balik. Selagi mak tak panggil, abah tak bawak kayu mmg tak balik2. Ya Allah, Lyn rindu zaman2 tu dulu. Klu lah boleh putarkan waktu ni kembali..

Alangkah indah nya.

Agak2 korang ada tak main permainan yg Lyn sebutkan nanti. Meh kita tgk satu2.

image Main tutup botol. Permainan ni cukup famous. Klu pegi kedai mesti cari tutup botol ni. Malu nak amik senyap2, kena lah beli air botol sekali. Lepas tu main time petang kat beranda. Memang layan. Lyn terror main ni. Selalu menang.

image Kenal tak korang permainan konda-kondi ni? Agak takut gak main permainan ni. Klu lah kena kayu yg dipukul masak woooo. Tak pasti asal usul permainan ni. Tapi klu nak main permainan ni, kena ada dua kayu. Satu utk memukul, satu lagi untuk menyungkit. Klu kat rumah Lyn dlu sanggup korek lubang dgn cangkul. Klu buat kat pasir nnti habis kena mata org. Tapi mmg syok.

image Batu seremban ni klu tak tau, sedih uolssss. Dulu pakai batu jer nak main batu seremban ni. Klu rajin skit, amik kacang hijau ketak dalam uncang. Tapi tak kuasa eh nak buat. Selalu layan baru seremban kat tangga besar rumah kami ni. Best giler.

image Tapi permainan ni yg paling mak & abah bising klu kitorang yg perempuan ni main. Kata sesuai tuk lelaki, tpi kitorang yg perempuan pun main sama. Camner tuh?? Lyn klu nak main guli ni senyap2. Klu tak sure kena marah.

Mak selalu kata…. Dah tumbuh ke main guli tuh???

Korang faham2 jer lah ape di maksudnya. Dah jadi org jantan ker sampai main guli tu. Hehehe. Nak beli jgn harap lah kan. Klu kirim kat kawan2 pun senyap2 suh dorang simpan. Klu parents tau masak kena marah. hehehe

image Ni lagi best, main teng teng. Paling famous sgt kan. Semua orang pun pandai main. Klu nak main mainan ni, mesti pilih gang yg terror2 jer. Nak menang. hehehe

imagePermainan getah ni pun famous gak. Normally perempuan jer yg syok main. Tapi time kitorang main budak lelaki pun main sama. Ziropoint klu nak mula2 main lompat getah ni.

Pastu ada yg ada lagu. Yg tu cam skipping tuh. Salah satu lagu nyer, Rumah terbakar panggil bomba, bomba dtg berlumba2. Alamak dah lupa laaaaaa. hehee

image Main baling selipar ni pun best gak. Mmg kenangan betul lah. Tapi kena carik gang yg kuat2. Siap one two zoom lagi. Klu nak carik gang yg best2, siap main tipu lagi. Mata duk kenyit2. Hahaha. Tapi sakit woooo klu kena baling kat badan. Huhuhu

Actually byk lagi permainan zaman kecik2 dulu. Tak larat nak bubuh kat sini. Tapi mmg syok lah main sampai kena bising baru lah reti nak balik. Hehehe..

Tapi budak2 skrg sure tak tau pasal permainan kita kecik2 dulu kan. Dorang skrg ada PSP, kereta control, game, laptop & etc. Zaman sudah berubah. Agaknya klu ada anak nnti, suh dorang baca blog or google jer lah. Nak main takde nya dah.

Apa yg pasti, Lyn tetap merindui zaman kanak2 dulu. Walaupun mak abah bising sbb balik lewat sampai kan dah masuk waktu Maghrib, tapi itulah kerseronokkan yg tidak lagi Lyn kecapi.

[Pic, credited to Google image]

Gula2 Zaman Sekolah Dulu

Pada mereka yg lahir akhir thn 1970an, awal 1980an dan jugak awal 1990an sure kenal dgn gula2 & makanan2 zaman tersebut kan. Mustahil lah korang tak ingat. Zaman dulu takde gula2 atau makanan yg mahal2. 10 sen pun dah dpt beli gula2.

imageSape tak kenal tora & ding dang ni. Klu beli sure dpt mainan. Kadang2 beli bkn nak coklatnyer sgt, tapi nakkan mainan yg kat dalam tuh. Ingat lagi Mat Sentul? Kemain dia punya iklan kan. Hehehe

image Ni gula2 rabbit. Rasa susu. Lyn tak berapa suka sgt. Tapi sesekali layan boleh lah. Rasanya dah takde lagi skrg ni.

image Gula2 udang ni mmg my favorite. Gula2 dia mmg sedap. Ade gula merah klu tak silap. Yg paling best ada kertas yg boleh dimakan. Melekat2 kat mulut nnti. Hehehe

image Gula2 susu ni pun sedap jugak. Klu my dad balik kerja sure beli kan ni satu plastic. Tapi dah pesan nak yg choc jer. Yg lain2 kureng skit. Tak berapa nak in. Gula2 ni dari susu, tapi dibezakan dgn perisa yg lain2 juga spt strawberry, kelapa, jagung & etc.

image Sugus ni sape tak kenal mmg lah. Sampai skrg still ada lagi. Tapi Lyn tak suka sgt sbb manis.

image Gula2 bendera ni famous gak dulu. Gula2nya biasa jer. Time Lyn dlu, klu dah habis makan gula2 ni, terus ikat bendera Malaysia ni kat basikal, lepas tu round satu kampung. Tak pun letak kat rumah. Semangat Malaysia betul hehehe

image Chewing gum ni jarang kitorang dpt makan. Maklumlah gula2 getah kan. My parents takut kitorang tercekik. Sekali dpt makan mmg sampai buat belon lah. Boleh letup2 kat mulut. Hehehe

image Gula2 t-drops ni mmg mcm2 perisa. Mahal skit dari gula2 yg lain. Kat dlm tu ada gula2 & serbuk putih. Tak pasti lak ape dia. Tapi manis.

Selain dari yg Lyn sebutkan kat atas, pasti byk lagi gula2 yg kita makan dulu2 kan. Tak larat nak ingat lagi.

Yg pastinya… Lyn rindu zaman kanak2 dulu. Klu lah boleh diputarkan masa ni ke belakang, Lyn lah orang yg pertama yg akan gunakan zaman kanak2 sebaik yg mungkin.

[Pic,credited to Google image]


Bela Burung Pulak :)

Kat rumah ni mmg dah lama tak bela burung. Dulu masa Arwah Abah ada, mmg rajin dia membela burung2. Bila dia takde, burung & kucing semua tak lalu dah kitorang nak bela. Sekor2 mati dek rindukan tuannya. Huhuhu

Yelah, klu dah ari2 Arwah Abah yg melayan burung2 & kucing2, mana lah tak rindunya klu tuannya takde kan. Kitorang tak kisah lah nak bela pun, tapi bila sekor2 mati, kitorang dpt agak yg binatang ni rindukan Arwah Abah.

Kubur dorang pun still ada kat belakang rumah. Elok kitorang pagarkan.

Sampai lah beberapa minggu yg lepas, my BIL bawak balik 4 ekor anak burung. Nak dibela katanya. Kitorang tak kisah pun, janji kena rajin jagalah. So dari sehari masuk ke dua hari sampai lah ari ni, dia lah yg melayan burung2 tu sume.

Daripada kecik dah besar dah skrg.

Daripada takde bulu.. sampai dah berbulu hitam dah ni.

Daripada tak kuat berkicau, dah makin kuat berkicau dah skrg. Heheheh

IMG02301-20120417-1938 Ni burung maina namanyer. Tak pasti korang panggil burung ape. Tapi bkn burung murai even dia kuat sgt berkicau. Burung maina ni mmg pantang nampak org, mmg berkicau lah mintak makanan. Biasalah bagi dedak burung jer.

IMG02302-20120417-1938 Siang klu waktu kerja, mmg my mum, niece or nephew terpaksa melayan bagi makan dedak. Ater BIL kerja. Klu tak bagi makan nnti bising dia berkicau. Lepas balik kerja, sume my BIL yg buat kan. Kadang2 wifenya & Lyn pun tlg sama. Suka plak tgk dorang makan. Hehehe

IMG02304-20120417-1939Tengoklah, pantang org bagi makan, mmg ternganga mulut masing2. Tu belum dgn bunyi bising dia lagi. Kadang2 bingit telinga dibuatnya. Tapi redha jelah. Kadang2 kita kena hormati hobi org. Betul tak??

Tapi bila tgk dorang membesar best plak jadinya. Bising tu normal lah kan.

Kekadang dorang terlepas terbang dari cage tuh. BIL bgi makan dinganga kan cage tu manelah tak terbang. Tapi dorang pandai, dia mesti balik punya. Dgn BIL, mmg manja giler. Kadang siap landing atas bahu lah, kat jari lah. Cute sgt tgk.

IMG02312-20120422-1717 Last week, dah beli cage baru. Cage yg sedia ada kecik sgt. Susah dorang nak main2 dalam tuh. Now cage dah besar senang lah dorang nak main2.

Tu gelagat suami isteri yg sibuk melayan burung2 kat dalam cage tuh. Pic candid ni, klu my sis tau Lyn amik, sure dia bising. Hehehe

Walaupun siang dorang bising2 bila nampak org keluar masuk rumah, ingat kan nak bagi dorang makan jer, tapi bila malam senyap sunyi. Klu bunyi pun skit2 jer.

Pandai korang erk. Tau malam2 org nak tido. Sbb tu korang senyap erk. Hehehe

Testing 1 2 3!!

Di sebabkan auto-published tak function since hari Sabtu sampai hari ni, Lyn saja nak test2 wat entry ni. Nak tgk samada dia function balik ke idak.

Hari ni punya entry terpaksa alter balik. Tak boleh nak ikut time yg kita set kan tuh. Ngek betul.

Takkan lah guna blogger.com old version terus tak leh nak wat auto-published kan. WTF!!!

Korang yg buat auto-published camner?? Adalah masalah yg sama tak mcm Lyn?

Jadinyer.. ini adalah entry percubaan.

Update : Tak menjadi jugak auto-published ni. Kena buat manually.. Benci betul :(

Laju Berdesup

Just want to share about this thing with you guyz.

untitled42 Just got an e-mal from Nuffnang pasal new Ad Codes ni. Klu korang install confirm lepas ni takde masalah lagi nak loading.

Dua hari dpt e-mail ni, baru Lyn dpt buat. Kat office mane lah sempat. When I was at home, get time to relax, sbb benda2 yg melibatkan html ni klu tak buat betul2, haru jadinya nnti.

Finally, I managed to remove old Ad Codes & changed to new one. Yeayyyy!!! :)

Dan mmg terbukti ianya mmg cepat & pantas bila kita buka blog sendiri. Yes, tulipmalam.blogspot.com jadi laju uols… Suka.. suka.. suka :D

Jadinya… korang pun kena buat jugak. So that nnti takde masalah nak loading lagi.

You can find these new codes at the Add Ad page in the blogger area at http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads/.

Please feel free & do not hesitate to contact Nuffnang Help Desk if you need more information.

Selamat mencuba :)

Simple Dinner

Sesekali melayan simple dinner malam2 best jugak kan.

Asyik2 makan nasi pun boring gak. Siang malam asyik makan nasi jer. Kata nak diet kan. Lyn ni depends, klu ade mood nak makan nasi, just makan. If not, just having a bread & milk for dinner. That’s enough for me.

My siblings pun takde masalah. Masing2 tak cerewet makan. Asalkan ade sambal, sure berselera punya.

IMG02298-20120413-2202Simple dinner requested by my mum last week, roti canai. So anak beranak pun terjebak makan sama. Takde hal lah. Nasi awal2 masak skit jer, sbb masing2 nak pekena roti canai.

Sekarang ni senang nak dapat roti canai yg dijual oleh orang melayu. Dkt jer dgn rumah. Dulu pakcik meniaga kat tempat lain. Tapi sekarang ni dah bukak gerai kat sini. So beli teringin nak makan roti canai, mmg senang jer. Klu dulu, sikit punya payah. Kena pegi jauh skit baru dpt merasa roti canai pakcik ni.

I really like the texture of this roti canai. Dah lah lembut, sedap pulak tuh. Orang lain klu makan roti canai siap dgn kuah kari banjir kan?? Lyn tak payah. Makan gitu jer dah sedap. Klu rasa nak cicah, cicah sambal tumis jer.

Eh.. ni nak citer pasal dinner requested by my mum. Tapi cerita Lyn plak yg byk. Hehehe.

Roti canai can be eaten anytime, for breakfast, lunch, dinner or as a snack. Lagi2 yg panas2 kan, mmg sedap masuk mulut

Aduhaiiiii… tetiba lapar roti canai plak. #okbye

Dear Weekend!!

image I hope everyone will enjoy their weekend before returning to work on Monday.
Happy weekend & napping day!!
Yeayyyyyy!!!
[Pic, credited to Google image]

Hargailah Bila Ia Didepan Mata

Cerita ni Lyn dpt dari email yg dihantar oleh kawan Lyn. Baca dan hayati lah ape yg tersirat.

*****************************************

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?” Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

I Won!! :)

I won a contest giveaway! I am so very excited about this too.

Redmummy hosted a giveaway on her blog for a pizza hut voucher. I just try my luck kan.

Dulu dah pernah dpt consolation prizes, Now terasa nak mencuba lagi. Alaaaa wat suka2 jer mengisi masa lapang. Dapat atau tak belakang citer lah kan.

untitled40Just got an e-mail from Nuffnang regarding this matter. Mula2 baca thru BB rasa cam yer ker? Ater dalam kebizian membuat kerja, so just amik endah tak endah jer. Bila dah siap sume kerja, baru baca balik.

Omg!! I won. Rezeki, Alhamdulillah.

The present of coz lah from Pizza Hut :D

Alaaaa dpt voucher Pizza Hut pun nak kecoh..

Ehh.. suka hati I lah kan.. blog I... Ada aku kesahhhhh..

Ko dpt ker masalahnya?? #Eh

Ape dia?? Biarlah rahsia. Lagi pun belum pg amik lagi. Due my work commitment yg busy ni, belum plan nak pergi office Nuffnang bila. Nntilah if sempat.

Okey2… let’s me show you the pantun yg membawa rezeki tuh.

imageNtah ape2 kan… Main taram jer tuh :P

Itu jer yg terlintas kat fikiran ni nak tulis ape. Pop –up an idea.. terus jer tulis. Malas nak pikir panjang. Lyn antara org2 yg terakhir yg bagi comment & pantun tuh. Sbb tu tak done nak pikir. Saja nak suka2 je tu.

Tak sangka plak menang kan.

Thx Kak Red & Nuffnang for this voucher. Really appreciated.

Hah lagi satu lupa nak ckp, ada sape2 tak nak pgi office Nuffnang dalam masa terdekat ni. Leh tak roger Lyn. Nak mintak tlg skit lah. Thx

Makna Bacaan Solat On Youtube

Have you guys seen this video?

Its so interesting I tell you!!

Memang cute sgt2. Dah lah kreatif. Terkesima & teruja pulak Lyn tgk video ni.

Alhamdulillah! Thank you for making this video.

Sama2 lah kita mempelajari & memahaminya :D

Assam Laksa @ JJ Mid Valley

Every time when we passed by Jusco Mid Valley top floor, we were often given free smell of their fragrant Assam Laksa. Yes or no??

Yes rite...

Bau dia mmg menusuk lubang hidung. Am I rite??

Perut kenyang pun jadi lapar..

Yg dah lapar harus lah terjah kan. Takkan nak hidu bau saja. Hehehe

When I was in MV last time for short meeting, finally Lyn dapat singgah makan assam laksa yg sedap tuh.

Taraaaaaaaaaaa!!!!

IMG02297-20120410-1918The famous assam laksa in JJ Mid Valley.

The taste was good. Pekat dan likat kuahnya together with bawang, timun, nenas. Makan laksa cam gini elok dgn air mineral jer. Takde nyer air manis2 ni.

Selain assam laksa ade jugak menu lain. Tapi Lyn takdelah nak tgk satu2 kan. Ater nak makan & terus zasss balik. Jadinya mmg nak cepat2.

Basically, the food in this cafe was good. I think its cheaper comparing with other food outlets in Mid Valley. Reasonable lah. Semua orang mampu. Actually tak kira mahal ke murah, yg penting ianya sedap. Betul tak??

Last but not least, really recommendable place for assam laksa lovers!!! Give it try yeah!! :D

Btw, Happy Birthday to my beloved sis. Happy many returns of the day. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Nnti pg USS same2 ok. Tapi belanja lah erk. Hehehe *mcm lah dia baca blog aku kan :) *


Wordless Wednesday #47

P1080219

P1080221 Rindu bila teringat kenangan di ladang teh, Cameron Highlands.

Miss those moments with my family.


Abah Sentiasa Di Ingatan Kami

Allahyarham Haji Yusoff Bin Tahir

7th Sept 1930 – 18th Apr 2003

image

Hari ni 18th April 2012, genap 9 thn Arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. Rasanya baru semalam kami bersama Arwah. Teringat2 sewaktu Arwah masih ada disisi.

Gelak tawa & tegasnya sebagai seorang bapa, kami tidak lupa hingga sekarang. Masih lagi segar di ingatan kami sekeluarga. Tidak pernah lupa pun.

Rindunya kami pada Arwah tak terkata. Kadang2 tu bila kitorang borak2 recall balik kenangan kami sekeluarga dgn Arwah, mmg sedih sgt. Kadang2 nak gelak pun ade bila teringat gelagat Arwah yg suka mengusik kami.

Serious, I miss those moments :(

Al-Fatihah buat Ayahanda tersayang, Allahyarham Haji Yusoff bin Tahir. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Tidak lupa kepada mereka juga…

Al-Fatihah utk kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham Abdul Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Sebenarnya, Lyn tak mampu nak tulis panjang2 lagi. Sebak sgt ni. Meleleh2 dah air mata masa tulis entry ni. Hanya orang yg pernah rasa kehilangan, akan merasa ape yg Lyn rasa sekarang ni.

Ya Allah…

Abah… kami semua rindu Abah. Semoga Abah tenang di sana. Amin….

Kari Kepala Ikan

Kat rumah ni klu masak kari, mmg kurengggggggggg skit. Selalunyer yg gemar sgt BIL & my niece. BIL Lyn tu mmg lah dia org Kedah, mmg suka makan kuah kari cam gini. My niece mmg ikut Arwah papa nya yg suka gak makan kari. Org Kedah gak.

Org Kedah mmg suka makan kuah kari erk.

Ada org Kedah kat sini?? Mmg korang boleh gang lah dgn BIL & my niece. Hehehe…

IMG02232-20120411-2121The above was my dinner a few nights ago. Kari kepala ikan yummmyyy!!!! It’s look tempting rite?? Baru ade chance nak tulis hari ni. Keterlupaan sungguh. Ikan merah ke ikan jenahak dlm tuh. Lyn pun kurang tau. Yg Lyn tau makan jer. hehehe. Ada tomato tu yg best.

Mum lupa nak letak bendi. So agak kurang di situ. Walau apa pun ttp awesome.

IMG02233-20120411-2122 Normally, it’s my portion. Sikit jer kan. Knowing me yg tak berapa suka makan kari kan, gitu lah rupanyer. Mkn sekali boleh lah, tapi mmg takkan repeat dua tiga kali. Cepat muak. Ater ada santan kan. I kurengggg skit makan lemak2 ni. Takut gemuk uolssss. Hahahaha

Kat rumah ni pun jarang sgt masak kari, sebulan sekali rasanyer. Klu masak twice a month tu normally tuk my BIL. Just buat portion skit jer tuk dia. Kitorang sure makan lauk lain.

Makan benda berlemak ni sekali skala takpe, jgn selalu sgt. Kang berlemak badan. Klu dah byk, mau disedut payah plak nnti :)

She Turn 6 Years Old

Happy birthday sweetheart!!!

Happy birthday budak demuk!!! :D

IMG02292-20120407-1452Our sweetest little munchkin turned 6 years old today. Yeayyyy!!! It is so hard to believe that she is already 6, the time has gone by so fast.

We are looking forward to big celebration. We will have a party with our big family, probably in May, InsyaAllah. So tonight we only celebrate with small party. Simple jer. Nak happy kan dia. Maklumlah, birthday girl kan, haruslah bagi dia excited lebih. Hehehe

Today, she’s celebrate with her friends at kindie. All the arrangement kitorang yg siap kan since her mum pun still tak sihat. Nasib baik lah abg2 nya ada membantu. I’m not following them to celebrate her birthday. Bekerja hari ni. Takpelah ada yg membantu should be okey. Hope she’s enjoy with her friends.

Mimie3When she was just 3 months old, if I’m not mistaken. Nampak berisi skit. Masa lahir beratnya hanya 1.39kg saja. Maklumlah Puteri di lahirkan tidak cukup bulan. Dalam keadaan terpaksa, my SIL terpaksa melahirkan dia semasa kandungan berusia 7 bulan melalui operation. Korang boleh baca entry ini.

She has brought so much joy to our home. Dia lah buah hati pengarang jantung kami sekeluarga. Klu dia takde, mmg sepi lah rumah kitorang. Takde kawan nak berlawan ckp.

Anyway, selamat hari jadi budak demuk. Semoga menjadi anak yg solehah kepada mama & papa yer. We will always loveeeeeeeeeeeeee you so much!!

Kuih Kegemaranku :)

IMG01846-2012048-1726 Korang kenal ni kuih aper??

Ni kuih akok yer kawan2. Kuih manis yg terkenal kat Negeri Kelate. One of my favorite even manis sedikit. Kat Kelantan jgn ckp lah. When I was there last time, mmg menggila makan kuih akok ni. Sedap betul. Not too sweet.

Kat sini mmg payah nak dpt. Kat pasar malam belum pernah nampak lagi. Tapi Lyn dah tau kat mane nak carik kuih akok ni. Kat kedai makanan Kelantan nearby mum’s house. Punya lah teringin nak makan, sampai Lyn bising2 ajak my sis ikut sama. Nak pergi sorang malu. Motif malu. *bluekkkkk!!!*

Akhirnya.. dapat jugak Lyn makan kuih akok yg sedap mantap ni. Sedapppppp bangat sih. Kat kedai yg Lyn beli ni mmg the owner originally from Kelantan. Sbb tu sedappppp. Lyn beli byk, siap dia bagi free bbrp ketul. Baik akak ni. Rezeki2 :)

Lagi satu dia buat tak terlalu manis, Rasa lemak2 gitu. So sedap lah melayan.

Time menaip ni pun teringin nak kuih akok lagi. Jadi… kenalah carik lah on weekend nnti. Yehhhaaaaa!!!!

Shimino Japanese Crepes

IMG02295-20120407-1741It located in Ikano Power Center, nearby The Fish Manhanttan. Shimino Japanese crepes. Something like pancake. Lempeng moden gitu. Hehehe. Dah berapa kali dah perasan, tapi tak terniat nak try. Ni Puteri yg ternampak & teringin nak rasa. So I bought for her. Shared lah with us.

IMG02294-20120407-1740The replica. Its looks real pancake. Sorry lah gelap skit. The price range from RM6.90 to RM8.90. Of course, you can choose to top up too. Got butter cake with cream, ice cream with lychee, longan, kiwi, range or pineapple & etc. Tapi kebanyakkan yg berasaskan buah2an.

Knowing Puteri yg tak makan buah, so agak payah nak pilih tuk dia. Lama gak Lyn duk telek2 ape yg nak order tuk si kecik tuh. Finally, we choose butter cake with chocolate.

IMG02296-20120407-1742Mcm ni packing dia. Macam ice-cream cornetto tuh. Boleh koyakkan kertas tu klu nak makan. It taste good and not too sweet. RM7.90 for one. So tasty and yummy. Boleh lah try lagi klu teringin sgt nak rasa lagi.

It's nice, you guys can try this out :)

Rate : 4/5

Napping Day :)

imageYes, it is the weekend. Yeayyy!!!!

It should be a time to relax from ones labours during the week. Besides blogging, tweet, reading emails & etc, I need to clean up my room.

Next, I need my longggggggggg nap. Woottt.. wottttt!!!!

[Pic, credited to Google image]


10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Credited to this blog

Lyn Rasa Gegaran Itu!!

Susulan gempa bumi di Acheh rabu lepas, Lyn pasti ramai yg merasa gegaran tersebut tidak kira dimana korang berada. Same goes to me.

Kebetulan Lyn tgh duduk mengadap lappie melayan youtube, tiba2 rasa mcm kepala terhoyong-hayang. Dalam hati… Eh aku pening ker?? dan kebetulan jugak Lyn tak sihat ari tuh. Perut rasa tak sedap. Angin barangkali. Tapi takde lah pulak pening2. Okey.. pelik..

Lepas tu back to normal..

A few seconds terasa balik, kepala terhoyong-hayang lagi.

Ehh nape ni?? Lyn tak bangun dari kerusi. Duduk jer. Tapi mmg terasa cam di awang-awangan gitu.

Terus capai BB, baca twitter rupanyer ada gegaran & gempa bumi di Acheh.

untitled37

untitled38MasyaAllah. Patut lah rasa kuat sgt gegaran tuh. Serious takut. Baca tweet masing2, ramai jugak yg merasa gegaran yg sama. Tiba2 teringat keluarga & kejadian tsunami thn 2005.

Lyn sempat tanya my sis, tapi dia kata tak rasa pape, ater tgh tidur kan. Mane lah nak rasa pape. My uncle pun terasa gak. Bila Lyn ckp ade gempa bumi kat Acheh baru lah dia tau. Sebelum tu dia pikir, dia pening ke ape tiba2 kepala terhoyong-hayang. Hehehe..

My mum balik dari beli brg dapur, Lyn siap interview lagi. Tapi my mum tak rasa pape. Yelah.. org tgh shopping mane perasan. Hahaha.

Alhamdulillah, takde pape yg berlaku setakat hari ni. Amaran tsunami pun dah ditarik balik. Tapi di Bandar Acheh rasanya dorang kena alert jugak kan. Yelah, klu Allah dah kata Kun Fa Yakun, takde sape dpt menghalangnya. Betul tak??

Ada antara korang yg merasa gegaran yg sama?? Meh share meh.

Ziana Zain & Lan - You Guys Awesome!!!!

imageI’ m not denied this performance was awesome during ABPBH last week. The best performance ever by Ziana Zain & Azlan Typewriter. Lyn rasa korang pun sependapat dgn Lyn kan.

Klu tak, takkanlah persembahan mereka berdua ni masih terngiang2 sampai skrg. Sana sini mmg masih menceritakan ttg persembahan dorang. Paduan vokal yg mantap antara mereka sewaktu menyampaikan lagu Anggapanmu & Lagu Untukmu ternyata memukau para tetamu di Arena of Stars dan juga di rumah.

Klu korang perasan mmg ramai tetamu di Arena of Stars memberikan standing ovation kpd mereka berdua. Tidak boleh dinafikan lagi mmg vokal mereka sgt mantap & awesome!!!

Meh kita layan video nyanyian mereka dulu.

Lyn dah dgr lagu ni berulang2 kali dah. Tak pernah jemu. Tiap kali dgr je, sure meremang bulu roma. Giler hebat. Klu dorang ni buat satu lagu nyanyian bersama pun bagus jugak kan. Sure lagi mantap.

imageimageShe's so gorgeous!! Walaupun sudah berusia 44 thn dan mempunyai 4 org anak, beliau masih mampu mengeluarkan suara emas beliau. Cukup gempak. Lagi satu, klu korang perasan, aksi2 kaki Ziana Zain melibas-libaskan kainnya giler sweet kan. Very the DIVA!!! Mmg DIVA pun :)

Ziana Zain juga diumumkan sebagai Best Dress Female ABPBH25 yg telah menerima hadiah istimewa dari Rafflesia sewaktu menggayakan dress rekaan Zery Zamry di red carpet. Dress merah tuk persembahan yg cukup mantap itu adalah rekaan Rizman Ruzaini. Ziana juga diumumkan pemenang kategori Artis Wanita Anggun Bergaya Online ABPBH2011 menewaskan Fazura, Erra Fazira, Nora Danish dan Yuna.

Semakin hebat Ziana Zain skrg ni. Aura dia semakin menyerlah.

Sape yg menang mlm tu, Lyn tak heran sgt. Tapi persembahan mereka berdua tuh, Lyn rasa menyempurnakan cacat cela anugerah tersebut walaupun adakalanya agak boring dgn aksi2 yg tak berapa nak best gitu,

Last but not least, semoga berjaya Ziana Zain dan Azlan The Typewriter!!