Hi Lovers,
* Maaf, entry ini terlalu panjang.
Hari ni, Lyn nak kongsikan pengalaman yg sukar untuk kami sekeluarga lupakan walaupun sudah 4 thn berlalu. Ianya terjadi kepada my SIL sewaktu mengandungkan anaknya yg bongsu, Puteri.
My bro & SIL mmg sudah mempunyai 4 org anak & kesemuanya lelaki, dan mereka mmg teringinkan seorang anak perempuan. Seorang pun jadi lah. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa mereka, akhirnya my SIL mengandung anak yg kelima setelah 8 thn mencuba. hehehe.
Tapi melalui pengamatan doc, kemungkinan kandungannya berisiko besar. Tapi berkat cekal hati mereka berdua berulang alik ke hospital untuk buat medical check-up, Alhamdulillah semuanya baik2 belaka. Sehinggalah kandungan berusia 4 months, tak semena2 SIL kena bleeding. Bleeding yg bukan skit, tapi bleeding yg darah keluar melambak2. Serious kami takut masa tu. Nasib baik my bro ada kat rumah time tuh, terus je bawak ke DEMC, Seksyen 9 Shah Alam. Seminggu gaklah SIL duduk kat hospital dan akhirnya terpaksa dipindahkan ke PPUM dengan alasan hospital tersebut tak cukup equipment. WTF!!!. mmg sakit hati lah time tuh. Nape tak bagi tau awal2 kan, senang kitorang tak payah susah2 nak bwk kesana.
Finally, segala2nya diuruskan oleh pihak PPUM. Mulai dari saat itulah, kami sekeluarga berulang alik ke hospital melawat SIL. Hidup kami hanya di rumah & hospital. Macam tu jugaklah my bro, hari2 selepas balik kerja mesti akan ke hospital. Anak2nya hanya dpt berjumpa mama nya weekend saja. Begitu lah kehidupan kami sekeluarga selama 3 months. SIL terpaksa duduk di hospital sehingga masa melahirkan anak kerana dia memerlukan pengawasan yg rapi dari doc2 pakar. Badannya sgt lemah dan bleeding masih juga ada walaupun sedikit.
4 org my nephew kesemuanya di bawah pengawasan kami sekeluarga, Yg sulung kat asrama penuh. So hanya 3 org saja dibawah penjagaan kami. Setiap malam my mum temankan mereka tidur. Nasib baiklah rumah sebelah je. Mereka mmg takda maid, sbb SIL baru saja berhenti kerja. Segala keperluan kami sediakan. Sbb tu lah anak2 my bro smpai sekarang pandai buat kerja rumah sendiri… iron baju, lipat kain, kemas rumah.. sampai sorang tu pandai masak. Sebab mereka dah dilatih membuat kerja rumah semasa mama nya takde.
Sampai masanya my SIL betul2 nak melahirkan, tapi waktu itu kandungan berusia 7 months. Terpaksa melahirkan melalui operation kerana SIL sgt lemah. Kami sekeluarga mmg antara yg risau. Ke hulu ke hilir abg masa diluar operation room. Mak & sis yg teman abg kat sana. Alhamdulillah semuanya selamat. Baby girl sihat & beratnya hanya 1.39kg if I'm not mistaken. Sgt kecil. Tapi SIL koma selepas melahirkan. Doc sedaya upaya untuk menyelamatkan SIL kerana dia kehilangan byk darah dan terpaksa diganti dengan darah baru.
Tapi sms yg kami semua terima betul2 membuatkan kami sedih.
Salam semua, Kak Andak selamat bersalin. Dapat baby girl. Tapi Kak Andak koma. Doc sekarang sedaya upaya untuk menyelamatkan dia. Kita doa sama2 semoga Kak Andak selamat.
Terus Lyn call abg. Abg ckp peluang untuk SIL hidup adalah 50-50. Walaupun dia koma, kadang2 jantungnya jugak berhenti beberapa saat. Ya Allah kau selamatkan lah kakak aku. Serious sedih. Menangis2 kitorang. Tak sanggup masa tu tgk abg Lyn yg sedih sgt. Dah lah dia makin kurus sbb hati susah mengenangkan isterinya di hospital. Alhamdulillah, berkat doa kami sekeluarga, solat hajat, SIL sedar selepas 3 hari koma. Tapi keadaannya masih lemah. Dari ICU terus dipindahkan di wad khas untuk pemantauan doc pakar.
Abg Lyn seperti biasa menguruskan pendaftaran baby nya di JPN. So kami telah menamakan anaknya, NUR SYAMIMI ALYA BINTI ZUL HADIM. Name tu Lyn yg bagi & abg setuju jer sbb dia tak boleh nak pikir ape2. Org tgh susah hati. Mane dtgnya Puteri?? Nama Puteri tu sepatutnya nak diletakkan sekali, tapi disebabkan my SIL koma, so tak sempat langsung dia nak bagitau pada Abg Lyn. Puteri tu hanya nama panggilan saja.
Puteri berusia 2 hari3 bulan
Selang seminggu SIL dibenarkan keluar dari hospital dan dijaga oleh emaknya. Tapi keadaannya masih lemah. Nak pegang baby pun tak larat. Memang kena bantu dia takut terlepas nnti. Ini semua berikutan penukaran darah baru ke dalam tubuh badannya. Untuk serasikan darah baru dgn tubuh bdn kita mmg sgt susah. Sbb bukan darah kita kan. So my SIL mmg mengambil masa yg lama untuk kembali pada keadaan asal.
Selepas tiga minggu keluar hospital, SIL kena tahan lagi di PPUM. Baby my sis yg jaga. 2 minggu gaklah my SIL kena tahan. Serious mmg berat sungguh dugaan yg kami & abg tempuh waktu tu. Betul2 menguji kesabaran kami. Yg paling Lyn kesian kat Abg lah. Dr seorang yg berbadan besar, terus jadi kurus dek kerana berulang alik & susahnya hati dia pd isteri tersayang.
Akhirnya, pihak hospital membenarkan SIL balik dgn syarat twice a months kena buat medical check-up. Begitulah rutin my bro & SIL selama 2 thn yea.. berulang alik ke hospital. Selama setahun lebih jugaklah, my sis even Lyn sendiri memikul tanggungjawab menjaga Puteri. Salinkan pampers, bagu susu, mandikan dia & etc sbb SIL mmg tak kuat even nak pegang brg pun dia tak rase ape2. Hari2 kena berurut. Alhamdulillah, selepas 2 thn berlalu keadaan SIL kembali seperti sediakala. Sampai ke hari ni kesihatannya semakin beransur pulih. Syukur sgt2.. Allah memakbulkan permintaan kami sekeluarga, Amin..
Kadang2 kalau kami sekeluarga berborak2 pasal benda ni, SIL mmg akan menangis. Dia kata family in law dia mmg baik sgt2 smpai sanggup korbankan masa masing2. Ada yg terpaksa cuti sbb nak jaga dia & anak2. Mmg dia sangat beruntung. Lyn sendiri tak pernah menganggap dia sebagai SIL, kerana dia mmg begitu baik.
Satu yg dia ckp, dia melahirkan Puteri seperti mati hidup semula. Sebab dia tak kuat waktu itu. Bertarung nyawa untuk melahirkan anak perempuannya. Nasihat dr doc, SIL tak dibenarkan untuk mengandung lagi. Dah cukup lah tu kak, 4 org lelaki 1 perempuan. Alhamdulillah smpai hajatnya nak anak perempuan.Puteri ni even tak cukup bulan pun, mulut dia cam mak nenek. Kalah mamanya. Ini lah buah hati pengarang jantung kami sekeluarga. Puteri tunggal my SIL & bro. Yg paling tak boleh blah, dia perasan yg muka dia sama cam Lyn. Perasan tul budak kecik ni. Hahahaha..
Bila ditanya…
What is ur name??
My name is Nur Syamimi Alya Binti Zul Hadim.. Betul kan?? Tapi panggil Puteri..
What is ur fav color??
I love pink…
:D
7 comments:
Sengsaranya nak dapat baby...huhuuu
Hope putri jadi anak yang baik ye...;)
sedihnya...lama SIL kak lyn menanggung sakit..sian..semoga putri jd anak yang pintar dan solehah..insyaAllah..=)
suspen i baca tau. alhamdulillah semua selamat :)
N,
Tu semua dugaan yg kena sume kena face it. thx for the wishes.
Cinta,
kitorang yg menengoknyer hari2 sgt tak sanggup. Menahan sakit seharian. InsyaAllah itu yg kami harapkan..
Lily,
suspen kan..
Alhamdulillah SIL semakin sihat..
Amin..
assalamualaikum kak lyn.
besarnya dugaan kalian sekeluarga.
alhamdulillah.. semuanya selamat.
kadang-kadang kita rasa kita sedang susah.
rupanya ada orang lagi yang menanggung susah dari kita kan?
*insaf.
psst.. kak lyn, pergi kan street fair sabtu ni?
boleh jumpa eh.. wink.
wassalam syahira..
dugaan tu yg mematangkan kita semua. Ape2 pun kita kena sbar mengharungi segala ketentuan yg Allah dah berikan...
InsyaAllah pegi.. c u there!!!
Post a Comment