Lawak Si Lelaki

Suami Yg Pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan.

Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!! 
Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba –tiba si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana? 
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!
Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!
Isteri : @#%$*!?>/&$(%%^#*&^$#*&!$#%^


Siapa Kata Lelaki Pelupa

Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.

Panik, si isteri menelefon suaminya...

Isteri: Abang... abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni! 
Suami: Ayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi ke-25 ayang... kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM70,000... dan abang berjanji satu hari nanti abang akan belikan untuk ayang?

Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata "ye bang... saya masih ingat".

Lalu si suami membalas "Baguslah ayang ingat. Abang tengah minum teh tarik kat tepi kedai emas tu. Haus."

Hahahahaha

Cheat Day

I’m back to normal routine. I’m still on diet btw. Susah hati bila org ckp gemuk. I was thinking to back to my diet routine. Diet yg tak boleh pakai sebenarnya. Weekdays jer diet kemain. Tapi bila weekend mula lupa. Hahaha.

Tapi dari dulu pun, bila kena makan sbb teringin sgt, nasi tu mmg tak boleh nak makan byk. Sesenduk pun belum tentu habis.

On my cheat day. My sis brought me to this location. Pi pekena nasi kukus. Selama ni dia duk ckp2 jer. Dah selalu jugak dia makan ater dkt sgt office dia. So hari tu dia heret Lyn sekali.

20140816_122907 Boleh contact klu korang teringin nak cuba. Owh yer, kat area Klang yer. Mmg laku betul dorang jual nasi kukus ni. Sampai Lyn pun teringin nak cuba.

20140927_140359 Nasi kukus, ayam tang peha, acar timun, kuah kari & sambal belacan. Harga RM5.00 jer uolssss. Murah kan. Dah lah sedap murah pulak tuh. Owh Lyn tak habis makan pun. Muak.

20140927_140602Tak habis nasi kukus Lyn pekena laksa pulak. Share dgn my niece. Dia makan skit jer. Yg selebihnya Lyn habis kan. Laksa ni mmg Lyn tak boleh tolak. Sedap lah pulak. First time membeli. Just nak try jer. Takut kang tak sedap membazir pulak. Bila sedap tuh, nanti2 boleh repeat lagi.

Over kan, mengelat tak mau diet bila weekend. hehehe. Ada org ckp Lyn berisi. Ada org ckp Lyn kurus. So tak tau yg mana satu. Jadinya kita amik yg berisi tuh. Jadinya tuan punya bdn duk lah berdiet. Tapi klu gaya gini Lyn, mmg tak kemana lah diet mu itu. Kahkahkahkahkah!!!

Jgn tiru sama saya tau. Klu nak diet, diet betul2 :)


A Wedding

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

I’m having a beautiful weekend. Staying at home. I didn’t go anywhere. I just spend time with my family. He’s not around btw. Kena outstation last minute. Huhuhu. Sedih betul.

Orait then, just shared what I did last week. Attending a weeding for couple of days. Tapi nak cerita hari sabtu punya weeding dulu. It’s Redmummy’s brother wedding. Berjanjian dgn Mya jugak. Sbb I olss kan segan. hehehe.

By 12.30pm Lyn gerak dari Klang. Rasa awal sgt. Tapi stuck dlm jammed pulak. Biasalah Federal Highway klu tak jammed tak sah. Padahal hari Sabtu kot. Owhhh maybe ramai nak pergi wedding kot. Hahaha

20140920_150105 I brought my granddaughter, Khayra with me. Jadi peneman. Ater masing2 tak free. My niece sorang tu kat asrama. Sorang lagi ikut parents dia. Puteri pulak ada family Daddy dia. So budak kecik ni jadi mangsa. hehehe.

Awal sampai tu terus jumpa Kak Red. Tapi biasa lah kakak pengantin busy sokmo. hehehe. So kita makan dulu sebelum tunggu Mya sampai. Tgh lepak2 borak2 dgn my granddaughter, tertoleh belakang nampak Mya tgh makan dgn hubby dia. So terus berpindah duduk berborak dgn dorang sblm kita kidnap pengantin & kakak pengantin. Hehehe

20140920_150535 Sebelum bergambar dgn pengantin, kita bergambar dgn kakak pengantin dulu. hehehe

20140920_150542 Another shoot!!!

20140920_150545 Ok another one shoot. Ada byk lagi, tapi letak yg ni jer. Hehehe

20140920_152937Another group pic with bride & groom. Kakak pengantin kena ada. 

20140920_153110Amboiiii Khayra. Kemain kamu terselit kat tgh2 pengantin yer. Sampai kan mummy dia ‘kemain anak dara mummy, mcm sedara dia pulak’. hehehe. Sedara jugak lah kan. Sedara seislam.

Settle bergambar, kita bergossip pulak. Hahaha. Ishhhh.. takde lah gossip2 ni. Tak baik tau.

By 3.30pm mcm tuh kita dah gerak balik. Lyn pun ada hal petang tuh. Sbb tu nak balik awal. Stuck lagi dlm jammed sampai Khayra tertidur dalam kereta. Tau2 Lyn borak sorang2 jer. Hehehe. Tau plak dia ni tidur waktu siang. Klu kat rumah kata mummy nya, punya lah payah nak tidur. Time tu pulak redup, hujan renyai2 kat luar. Kena plak aircond kereta, mmg sedap lah tidur.

Hantar Khayra balik rumah. Borak dgn dorang sat & Lyn terus balik rumah.

Thanks Kak Red & family for having us. Congratulation to the bride & groom. Semoga hubugan kalian berbahagia hingga ke Jannah. Amin.


Horeyyy!!!!

March
[Pic, credited to Google image]


Wordless Wednesday #170

2 Cute!!!


Orang Rajin

Ermmm… sapa yg rajin tuh??

Harus lah I uolsss. Hehehe. Rajin bila mood baik jer. Klu tak, mmg tak kemana lah jawabnya. Hehehe. Dah lama tak baking kat rumah. Mcm Lyn ckp tadi takde mood. Masak2 mmg kurang skit lah kan. Lyn prefer baking instead of masak lauk pauk. Takpelah, belum kahwin. Esok2 dah kahwin, mmg ke dapur jer lah jawabnya. hehehe

Mengidam nak makan puding caramel. Bahan2 mmg takda except telur & susu pekat. Yg lain2 tu mmg kena beli. Takde dah stock kat rumah. Jam2 tu gak pergi Giant nearby my house.

Petang tu terus buat. Bkn susah pun. Sap sap soiii siap. Letak dlm fridge baru lah sedap di makan. Tapi ada pulak org tak tahan. Tak sempat lagi sejuk dlm fridge tu, dia dah makan dulu.

P1080731 Buat dua adunan. Tu pun tak cukup. Mana taknya sorang makan sampai ulang2. Sure lah lupa orang belakang. hehehe

Takpe, weekend ni tak kemana2 boleh lah buat. Ermmmm… mcm tak free jer. Hehehe #tetiba


Suka & Duka

Hi LoVers,

I just noticed that I'm not updating my blog regularly. Does anyone even care?? Of coz lah tak kan. hahaha. Tak payah nak pikir nak update ape tiap2 hari. Sehari satu entry saja sudah. hehehe

Tak payah nak mengadap lappie tiap2 malam. Ada mood update, takde mood tak payah update. Senang cerita. Seriously I got my own time back. I got my long nap. Tidur awal at 10pm. Bangun pagi seriously fresh gila. Suka, suka, suka… :)

Tapi ada jugak cerita2 yg tak sedap di dgr skrg ni. It’s all about my personal life, about my marriage life, about my lifestyle, about my personal thing, about everything and so on. I don’t even care about others life including org yg bercakap pasal Lyn ni except my family. Since I’m not disturbing his/her life, so please tak payah nak busy body about my life. That’s all.

Kadang2 manusia ni tak boleh nak tgk org senang kan. Pernah dgr kan, apa saja rezeki semua Allah tentukan. So klu takda rezeki di sini, In Sha Allah Allah berikan rezeki dlm bentuk lain. Jadi bersyukur saja lah. Tak perlu nak canang perihal org lain. Lyn tau, dia mmg dengki dgn my lifestyle yg agak senang skit. Sedangkan dia still kat takuk tu je lagi.  Mane taknya asyik sibuk dgn hal org jer. Diri sendiri tak terjaga. Tapi rezeki org kan berbeza. Berusaha saja lah kan. Ermmm, tapi mmg ada saja lah yg tak kena kat mata dia lah.

Lyn beli kereta baru pun jadi masalah kat dia.

Lyn pakai tudung pun jadi masalah kat dia.

Lyn hidup senang skit, pergi travel pun jadi masalah kat dia.

Lyn tak kahwin lagi pun jadi masalah kat dia jugak.

Seriously, Lyn mmg tak faham. Tak tau lah apa cara nak bagi dia puas hati. I’m not even care about his/her life. Pi lantaklah situ lah. Pd Lyn senang, Lyn tak kacau hidup org, jadi tak payah nak kacau hidup Lyn. Mcm Lyn ckp tadi lah.

Mungkin dia takda kerja agaknya duk sibuk busy body pasal org lain. Atau sebab life kita mmg best sampai dia jeles. Hahaha. Moga2 kau berubah lah yer. Tak baik ada PHD kat org sgt. Bkn dpt apa pun.


Laman Seni

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

How’s about your weekend everyone?? Mine was good. Attending weeding for 2 days. Will story later about this. Pic pun tak upload lagi. Later lah. Mengantuk sebenarnya time menaip entry ni. Lepas siap ni, nak sambung tidur. hehehe

It was last week. Biasalah keluar dgn budak2 berdua ni. Yelah, selagi I olsss single kan. Pi perabihlah masa dgn korang. Esok2, jgn harap lah kan. hehehe

The main point nak cari shawl kat Seksyen 7. Last time I bought a few jubah, tapi lupa nak beli shawl. Dah siap beli dorang ajak pi Laman Seni kat area situ gak. Seriously mmg ramai org. This is our first time at Laman Seni. Selalu dgr org sebut2. Kali ni kita pergi sendiri. Dah byk kali jugak nampak tiap kali ke Seksyen 7 tuh. Tapi takde nafsu nak singgah. hehehe. Kali kita explore a bit.

Let the picture speak for itself.

2014-09-13-17-09-17-833
2014-09-13-17-08-30-289
2014-09-13-17-16-41-046
2014-09-13-17-12-52-267

2014-09-13-17-14-30-411Owh well, my bff semua surprised bila Lyn pakai flat shoes. Seriously mmg Lyn tak pernah ada flat shoes except sandal. Klu wedges pun mesti nak tinggi. Sbb klu pakai flat shoes ni mcm tak pakai kasut jer. Yeah… I feel so weird. Hahaha.

Tak dpt nak snapped kat a few port sbb ramai sgt org queue nak amik pic. So kita amik kat mana yg tak ramai org jer. Tapi takde lah nak tepek semua kan. Simpan jer buat kenangan.

Klu korang nak bergambar dtg lah sini. Tapi mcm Lyn ckp tadi, mmg ramai org. Bertabah lah yer :P


Loading…..

Hi LoVers,

2 I can't wait for the weekend to begin. I’m working one whole week except on Malaysia day. Rasa penat betul dgn meeting sana sini. Gila stressed betul lah. I hate meeting after lunch time. Serious mengantuk tahap gaban. Mlm jer lepas Isya’ mmg membuta awal.

Btw, this weekend I’m full with wedding invitations. Org dah jemput, kita pergi lah kan. In Sha Allah. So masa nak rest tu, nanti slot lah kat mana2. Hehehe..

Oklah, better stop here. Next week kita jumpa lagi. Daaaaaaaaaaaa!!!!!

[Pic, credited to Google image]


Pak Pandir Terlampau

Pak Pandir memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la…

Pak Pandir : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni. 
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Pak Pandir : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Pak Pandir : Dengar tak bapak kata…..!!!!
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar… cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Pak Pandir : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa… apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Pak Pandir : Okeh… mai duduk sebelah bapak. Heheheh… 
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik…abis aaaa.
Pak Pandir : Tak payah risau… mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar!!!

Bedah pun terpaksa la duduk jugak… hati dia takleh cakap laa… berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Pak Pandir : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak. 
Bedah : Apa???!!!
Pak Pandir : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak…Bedah takut laaa. (nak nangis)
Pak Pandir : Bedah, tengok ni.. jeng jeng jenggg..

Bedah tak sanggup nak tengok… dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon- konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Pak Pandir : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

*Sure korang pikir lain kan. Hehehe


Dinner Berdua

It was last week. Dinner with someone, somewhere in Damansara. It was last minute plan too. Sbb kitorang ni mmg tak suka plan seminggu or 3 4 hari awal. Takut tak jadi. Selalu nya plan pagi, petang or malam kita keluar.

Both of us mmg comfortable mcm ni. Tak lah naik angin klu last minute tak jadi. Setakat ni semua nya jadi jer. hehehe.

Since the other person tu tak boleh nak show off sgt. Lyn share jer gambar makanan yer. My pic pun takde, sbb segan nak mintak dia amikkan. Selfie in front of him??? No way man. Lyn tak pernah buat. Lagipun dia pun tak berapa suka bergambar. So iolssss kena redha gitu ok. hehehe

IMG_3279
IMG_3271
IMG_3269It was buffet dinner. To be honest Lyn mmg tak prefer buffet uolssss. Tapi dah dia ajak, Lyn ikut jer lah. Malas nak byk songeh. Orang dah ajak. Ko nak byk songeh dah kenapa kan. So ikut saja lah.

We spent  a few hours during that nite. Plus we ollsss mmg jarang keluar. So sesekali keluar tuh, mmg byk lah cerita nya. Ok, tak boleh cerita byk2. Nanti habis semua rahsia keluar. Hahahha

Wordless Wednesday #169

2


Dia Lagi!!!

Bertabah lah korang sbb selalu jer bubuh pic budak kecik bam bam ni dlm my blog. Since I don’t have a baby yet… korang kena lah tatap si kecik buah hati pengarang jantung Lyn ini. Esok2 klu ada anak sendiri, kita tayang anak sendiri pulak. Hahahaha.

Lately ni my sis & family tiap2 minggu dtg rumah my mum. Nak discuss about my nephew’s wedding on January 2015. So tinggal beberapa bulan jer lagi. Alhamdulilah, the preparation almost 70% done.

Dorang discuss, Lyn menyampuk jugak lah skit. Bab catering & jemputan semua biar mak2 & bapak2 yg uruskan. Tapi bab yg mengaitkan preparation bakal pengantin, Lyn termasuk sama bagi idea. Photographer, make-up baju segala, dorang mintak tlg jugak.

Time dorang discuss, kita berdua sibuk selfie. Yg si kecik tu pun kemain pandai pandang camera.

2014-09-07-15-58-59-423
2014-09-07-15-58-29-009Look at the camera sayang!!!! Kemain syok dia pandang. Pandai betul dia pandang camera. Bila kita tunjukkan balik pic tuh, kemain tersengih2 nak capai.

Baru nak masuk 4 bulan, dia punya keletah mcm dah 6 7 bulan. Tunggu besar lagi. Siap lah dia. hehehe


Lepaking Session

Hi LoVers,

Good morning everyone!! Anyone is on leave today?? Since tomorrow is Malaysia day. Sure seronok hang kan. Cuti straight 4 hari. Hehehe. Lyn tak apply pun cuti sbb klu duduk rumah pun bkn buat apa. Bkn ada kg pun. Baik lah kerja gituw. hehehe

Last week’s story. Brought my niece nak shopping barang2 sekolah kat Popular. Lyn pulak nak cari Charles & Keith. Nak beli kasut. Di sebabkan dua2 kedai/butik ni ada kat Empire, we decided to go there. Senang because in one place. Tak payah nak menyinggah tempat lain.

Before that, we heading to Teh Tarik Place. My tempat wajib lepak.

2014-09-06-16-01-31-981 Budak2 yg kelaparan sbb belum lunch lagi. Sengaja simpan perut sbb nak pekena nasi kerabu katanya. So mmg dorang berdua duk order nasi kerabu. Lyn makan mee goreng jer. I olssss kan dah tak makan nasi sgt. Diet katanya. Bluerkkkkk!! hahahaha

2014-09-06-16-03-32-117 Selfie dulu. Tak pakai monopod yer.

2014-09-06-16-03-38-212 Tunggu makanan lama sgt. So kita bergambar lagi & lagi.. hehehehe

2014-09-06-16-02-29-065 Belanja lah satu pic yours truly. New shawl from Purdy Petals. Baru jer sampai hari Khamis. Hari Jumaat basuh. Sabtu terus pakai. Kata nak sedondon dgn handbag kan. hehehe. Acutally main beli jer shawl tu. Tak sangka plak match dgn new handbag. Sekarang ni gila beli shawl jer. Pantang tgk kt IG or FB. Siap lah. hehehe

Lepas makan, terus sambung beli brg budak2 tu & barang Lyn sekali. Lyn sibuk beli office attire & kasut. Cari baju2 nak santai2, kurang pulak kat Empire tuh. Klu ada pun tak berkenan dek hati. Kena cari tempat lain lah nampaknya. Baju yg sedia ada byk yg lengan pendek. Buat pakai kt rumah boleh lah. Actually boleh lah pakai lagi, kena cover dgn cardigan lah kan. Klu nak pakai inner lengan tu, mmg Lyn tak suka betul. Sbb tu Lyn suka pakai baju lengan pjg terus or else pakai cardigan. Tak lah rimas sgt pakai inner segala.

6.30pm kita dah chow balik. Tapi sebelum tu singgah tempat lain dlu. Nak amik brg. Settle terus jer balik rumah. Kena balik awal. Sbb nak pi dinner dgn tettttttttttttt. Hehehe. Yg tu tak leh cerita lah kan. Rahsia. Hehehe


Another Weekend

Hi LoVers,

HappyWeekend_July Today is Friday.  Meaning weekend is coming. Yeayyyyy!!!!!

Anyone apply for annual leave on Monday? Klu yer, mmg best lah korang cuti straight 4 hari kan since Tuesday is Malaysia Day. Klu cuti hari Isnin kan best. Straight cuti 3 hari. Tapi tak dpt lah. Takpe lah, yg penting next week kerja 4 hari jer. Tak stress mak hencik. Hehehee

This weekend agak free. But I will be going to see my bff. Lama gila tak jumpa dia.

Oklah, better stop here.

Happy weekend and happy Malaysia day!!!!

[Pic, credited to Google image]

Sessi Luahan Perasaan

Ermmmm.. tak tau nak mulakan macam mana.

Since my blog is not private, dan mmg tak tau nak private kan mcm mane. Mmg Lyn takkan tulis apa2 lah yg private lagi confidential dalam blog Lyn ni. Cuma something happen last night. Adalah berbalas sms dgn hamba Allah ni. Panjang berjela jugak lah Lyn menaip since dia mmg payah nak reply WA. So sms the only way yg dia sure akan reply.

The sms quite long jugak lah yer. Sbb Lyn bercerita from A to Z. Kira 3/3 jugak lah panjangnya. So lama jugak Lyn tunggu hamba Allah ni reply.

And taraaaaaaaaaaaaaaa….

Ingat kan pjg gak. Rupanya… sms dia sgt simple yer. Hanya 4 patah perkataan sahaja untuk menjawab persoalan Lyn yg panjang nak mam*us tuh. Huh!!!! Serious I can’t imagine the answer only like that. Serious Lyn hangin betul.

Aku tulis panjang2, ko reply tu jer. OMG!!!!! Memang takda perasaan betul lah kan.

So I just leave it there. Malas nak reply balik. Sbb klu reply sure Lyn akan hangin balik. Lantak pi lah situ. Susah kan klu berckp dgn org yg takde perasaan ni.

Block the number, block the Whatsapp. I don’t want to answer his/her call & sms anymore. I’m so tired with that kind of thing.

Malam tadi mmg emo pun. Since my auntie came & visit me. Huhuhu.

Now I feel better. Dah tak emo dah.

Saja nak luahkan perasaan hari ni. Btw, I’m ok yeah. Tengok ni Lyn senyum ------>> ^___^ Hahahahhaa


Wordless Wednesday #168

P1050775.... My friend punya kerja  :))


Khair Si Bam Bam

Missed this little cute munchkin so much. Lama jugak tak jumpa si kecik tu since I’m quite busy last a few weeks. Walau pun rumah my sis dkt, tapi tak dan nak jengok. Just WA mummy nya jer. Tak pun tgk pic dia jer lah. Buat lepas rindu.

Ermmm maklumlah, dah lama in my family takde baby ni. Semua dah besar. Yg paling kecik pun Khalisy & Daniel jer. Both of them pun dah 3 thn dah pun. So bila dtg si kecik ni, mmg mengulit tak hingat lah. Passing sana sini. hehehe

Finally, I met him last week!!! yeayyyy!!!!

2014-08-31-18-42-53-431 Muka happy dpt jumpa Nanny dia. Klu dah dukung dgn Lyn tuh, mmg melekat jer jawapnya. Dia akan merengek bila haus jer. Lepas mummy dia breastfeed, sambung melekat dgn Lyn balik. Kemain sayang betul dia dgn nanny dia. Ada aura gitu. Hehehe. Pantang org mengagah, mmg mengekek duk ketawa.

Now, he’s almost 4 months. Dah mula dah mengiring. Tapi kejap jer la, ater badan kemain semangat. Dukung sekejap pun dah lenguh tgn. hehehe

2014-08-31-18-43-21-189 Suka betul masuk jari dlm mulut. Bila kita tarik, dia masukkan balik. Geram betul. Ermm tgk lah tgn & peha dia. Geram kan tgk. Hehehe

Thx you mummy coz brought him back to see his nanny last week. Puas dah gomol dia tak hingat sampai dia rimas. hahaha. Lepas tu kena pass baton sbb tak larat nak dukung dia lama2. hehehe

Minggu ni kita jumpa lagi ok, coz nanny nak jumpa mummy awak, nak discuss something!!!


Lawak Pak Pandir

Pak Pandir Dgn Handphone

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone.

"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"


Pak Pandir Dgn Hartanya

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".


Pak Pandir Minta Cuti

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...

"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah.


Opening Sale

Hi LoVers,

It was happen last 2 weeks. Bila bercakap pasal shopping mmg ligat je memasing. I was thinking to bring along my friend. Tapi masing2 taknak pergi. Tak nak queue. So never mind. Being long ranger, baik jer lah pergi sendiri. My niece pun tak boleh pergi sbb ada class on weekend. Tapi duk mengirim. My sis pun mengirim gak. Pujuk punya pujuk, finally dia nak ikut. Senang sikit. Boleh dia beli untuk anak & dia sekali.

Kononnya nak pergi awal pagi, tapi bila tgk kat IG Bella Ammara ni, ada yg queue subuh2 ok sbb nak shopping & dpt jubah free punya pasal. Gila tak gila. Lyn takde lah segigih itu. I just try my luck. Ada rezeki adalah.

2014-08-30-11-31-00-351 I went there like around 11am. Time tu tak ramai org queue dah. Owh yer, nak masuk sini kena amik no yer anak2. Then tiap2 no tu ada time dia nak masuk bila. Bukan ko boleh main redah jer mcm kat mana2 butik. Owh yer, yg ni untuk opening sale Bella Ammara Shah Alam yer. Klu korang pergi skrg bleh main masuk jer. Tak yah nak no2 bagai.

2014-08-30-16-05-33-942Siap dah register. Ni no nyer. Dah yg ke 500++ ok. Can’t you imagine that. Org2 yg sebelum tu kemain gigih kan beratur. Ermm sapa lah yg dpt no 001 tu yer. Mmg gigih betul awak.

2014-08-30-11-36-23-739 Kat registration counter pun dia dah letak siap2 time frame ikut no yg di berikan. Untuk Lyn & my sis, time shopping pukul 4.30pm. Tpi dia suruh dtg setengah jam awal.

For sure lah kitorang tak tunggu. Rumah dkt jer kot. Terus balik jer. Malas nak singgah mana2. Balik rumah siap boleh lunch & tidur lagi. hehehe. Pukul 3pm baru kitorang siap2 nak keluar. My house to Sek 7 tu 10 minit jer. Tapi nak cari parking area tuh, Masya Allah… mmg jammed tak ingat. Dkt setengah jam gak baru dpt parking. Tension betul.

2014-08-30-16-00-41-151Selfie dulu sementara menunggu giliran. Muka ceria nak pi perhabiskan duit. Hahaha. Kakak ku layan jer bergambar. Klu tidak kemain payah jugak.

Pukul 4.30pm our turn masuk. Time opening sale ni, setiap time frame yg diberikan, hanya 40 org jer yg boleh masuk & waktu yg di berikan hanya 20 minute jer yer. Mmg tension lah kan sbb time shopping sekejap sgt. Mane sempat. Tapi kitorang dah review IG dia, so dh decide nak beli apa. Cuma yg tak sure size jer. Dlm 20 minute tu lah nak fitting & pilih bagai. Mmg mcm lipas kudung lah dibuatnya. hahaha

Sure lah org tak puas kan nak shopping. Tapi time ni lah nak dpt sale. Klu hari2 lain mahal. So nak taknak, kita redha jer lah. Sapa nak bagi harga murah kan. hehehe. Siap dah pilih terus bayar. Then kena keluar coz nak bagi chance pd orang lain pulak.

Dah keluar butik, baru teringat tak amik gambar dgn owner dia. Padahal Belle syok jer tgh duduk. Frust betul. Takde jugak pic dpn kedai dia. Ishhhh.. dah dpt baju semua lupa yer Lyn!!! Hahaha

2014-09-01-12-05-26-764Sempat snapped pic paper bag jer. Both for myself. Ada jubah & tudung jer. Berapa pasang jgn di tanya. Sbb lepas shopping baru teringat, '”byknya aku shopping, byknya duit aku melayang” hahahhaa.

Ermmm setahun tak shopping lah nampaknya. Hahahha. *Boleh percaya ker??*

Actually, Lyn mmg plan nak beli a few jubah untuk hari raya lepas. Tapi butik ni jauh ke KL sana. So mmg malas nak pi bulan puasa. So bila dia dah open kat Shah Alam ni, tu yg cepat2 grab. Boleh pakai untuk kenduri, kenduri kahwin. Ermm hari raya qurban pun dah nak dkt. Boleh pakai jugak.

Akhirnya dpt lah jugak merasa nak pakai jubah. Belum rasmi pun lagi. Insya Allah, wedding mid Sept ni baru nak pakai.


Not Feeling Well

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

It was bad yesterday. Semua aktiviti tak jadi. Because I’m not feeling well. Diarrhea dgn secara tiba2.  Terpikir jugak apa yg di makan last nite & a day before tuh. Mkn mcm biasa lah kan. Adalah beli nasi goreng kampung nearby my house. Dinner mkn tu jer. Mlm sampai ke pagi tidur mcm biasa. Takde plak perut memulas ke apa. Tapi dlm pukul 8.30am tu dah mula dah perut menggelodak. Semalam satu hari mmg ulang alik toilet jer.  Sampai muka pucat dibuatnya.

Dah tengahari baru teringat yg Lyn ada simpan air garam just in case klu diarrhea. Ubat tu dpt dari doc jugak. Expired pun 2016, so Lyn confident lah nak minum. Lepas jer ke toilet terus jer minum air garam tuh. Baru lah bertenaga skit. Klu tak, takde tenaga. Takut gak dehydration sbb dah kurang air. Baru lah ok sikit.

Lyn mmg tak pergi klinik pun sbb ubat pun still ada lagi. Last 2 weeks pun Lyn kena diarrhea gak. Tapi takde lah teruk mcm ni.

So mmg yesterday duduk rumah jer. Patutnya ada hal pagi tuh. Terpaksa cancel. Klu keluar nnti, terpaksa plak cari toilet sbb perut tak ok, mmg tak lah kan. Mmg tak mau cari pasal. So the best solution duduk rumah jer. Senang nak ulang alik toilet. hahaha

Today, I’m working as usual. Takde lah nak MC. Getting better today. Harap2 nya oklah lepas ni. Tak lalu dah nak ulang alik toilet. hehehe.

Oklah nak sambung buat kerja.

Bye!!!


F.R.I.D.A.Y

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!!

Finally it’s Friday guys! yeayyyy!!!

2 Seronok betul this week 4 hari jer kerja. Klu tiap2 minggu mcm ni pun bagus jugak kan. Seronok jer kerja. Tak stress2. hehehe. Tapi jgn nak mimpi lah kan. Pi lah kerja 5 hari yer anak2. Huhuhu.

Actually, I’m lazy to update my blog today. That’s why simple2 jer.

Happy friday & have a good weekend!!!

[Pic, credited to Google image]


Kembali Mengumpul

Dulu2 rajin mengumpul novel. Tiap kali ada cerita best mesti beli. Baca sekali jer lepas tu simpan buat pekasam. Hehehe. Agak2 boring pi selongkar balik, then baca balik. Klu cerita best, sure baca dua tiga kali. Amik feel katanya. hahaha

Ermmm lama dah kes mengumpul novel tuh. Zaman2 baru mula kerja, sejak pegang duit sendiri. Dpt gaji jer mesti beli. Tapi takde lah byk mana pun. Paling byk pun dua buah novel jer. Sbb klu beli byk, ntah bila lah nak habis baca. Lyn ni mmg ikut mood. Tapi klu cerita novel tu best, jam2 tu gak nak habis kan. Ermmm tak sabar nak tau ending. hehehe.

Then stop dah mengumpul novel bertahun2 lamanya. Macam malas jer.

Lately ni dah mula mengumpul novel balik.

20140903_224537 Semua gara2 cerita kat TV. Hehehe. Pantang ada cerita best, mmg Lyn beli. Mcm Lyn ckp tadi, tak sabar nak tau ending. hahaha. Lately ni jer start kumpul balik. Start pun dgn Projek Memikat Suami & onwards. Novel dua yg bawah tu was my favourite too. Mmg ulang2 jugak baca. Yg lain2 jgn di tanya, ntah kemana pergi nya.

Luckily, I’m not a novel collector. Beli mana yg best jer. Bukan mcm org lain, siap bertimbun2 novel kat rumah. Siap boleh buat library lagi. hehehe.

Lepas ni tak terpikir lagi nak beli novel apa. Lepas jer Rindu Awak 200% belum ada lagi cerita yg berjaya mencuit perasaan. Hahaha.

Wordless Wednesday #167

veg-5


Nak Rindu Awak 200% Juga

rindu-awak-200 Seriously, I’m watching this drama without failed everyday. Gila kan. hahaha. Aura dia sbb Zul Ariffin jer pun. Seriously mmg dari dulu minat lakonan Zul ni. Yg Aida Jebat tu, seriously tak kenal pun sapa dia. Sorry lah erk.. Hahaha

Last episode on Monday. Memang tunggu2 the finale tuh. Korang boleh cari link drama ni. Merata dah pun. Tak payah lah Lyn nak share sinopiss or review kat sini. So mengadap lah jugak. Dah mmg tiap2 hari mengadap pun sampai kena jeling dgn maam besar kat rumah. Ater waktu solat pun kedaung. Mau lah tak kena jeling kan. Hahaha.

It was romantic drama on the last 8 episode. I love the romantic couple scene during their honeymoon at Turkey. Mmg cair jugak lah tgk. Pastu sengih2. Konon lah membayangkan dgn seseorang. Hahaha. Motiffff ko Lyn!!! 

Lepas tu keluar lah status ni kat FB…

RA It was crazy I tell you!!! Hahahaa

Mane mungkin dapat kan. Saja lah tgn tu duk gatal pi tulis mcm tuh. Hehehe

Ermmm tak dapat mcm Captain Zill Faezrul pun takpe lah. Yg penting Captain Mr. D I pun dah ok dah tuh. Tak payah nak demand sgt kan. Janji baik hati. Hehehe

Mr. D, Rindu Awak 200% jugak!!!! ^___^


Kisah Lucu

Peguam Materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya. Ketika dia membuka pintu keretanya, sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat.

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. Engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"
"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam

Lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si pengecara tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan Rolex saya?!!"


Malu Sesangat

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler,

"Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."

Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" 

Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"


Kisah Pengemis Tua

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik? 
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang.
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*


Open House

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! So how’s ur long holiday?? Ke masih ada yg sambung cuti lagi? Hebat lah korang kan. Lyn dah start kerja dah today. Takde nya nak sambung2 ni. Weekend yg ada aktiviti jugak lah. Tak lah menebeng kat rumah. Nnti Lyn cerita later.

Let’s talked about our open house for this Syawal. Mmg baru nak cerita. Padahal Syawal pun dah habis. It was last Sunday on 28th of Syawal. One week punya plan. Dan honestly mmg Lyn tak jemput ramai kawan2 except my close friends. Jemputan pun my relatives, org kampung, orang masjid & jiran2 jer.

Semua abg Lyn yg settle kan. Kitorang tolong skit2 jer. Menu pun masak yg wajib jer. Yg lain kita order from catering. Mmg tak bagi my mum masak kali ni. Just masak yg simple2 jer. Majlis pun start pukul 2pm after Zohor untuk org masjid. Kita pun buat doa selamat & tahlil jugak. Lepas jer orang masjid settle tahlil, hujan lebat. So bila hujan mmg payah lah nak bergerak even ada khemah pun kan. Serba serbi agak terbantut jugak. Tak lama lepas hujan berhenti baru ramai org datang.

Kita buat pun sampai pukul 5pm jer. So time tu mmg ramai org dtg. Maklum lah lepas hujan kan. Time open house gini lah dpt jumpa sedara mara. Punya lah sakan berborak. Masing2 dgn topik masing2.

Lyn tak sempat nak ambil pic. So mana yg ada Lyn tepek dulu. Yg lain2 semua my nephew yg snapped kan. So mmg tak sempat nak mintak kat dia lagi. So simpan jer lah buat kenangan nnti.

2014-08-24-14-28-54-037

2014-08-24-15-38-36-448
2014-08-24-18-10-12-188 So tatap lah pic yg ade ni jer yer. hehehe. Takde mood nak letak byk2. Ingat kan hujan terus stop. After 5pm turun hujan balik. Kesian kat my uncle & family yg baru sampai. Dia plan nak dtg awal, tapi hujan lebat sgt2. Elok sampai rumah kitorang hujan lebat balik.

Thn lepas pun mcm ni gak. Hujan lebat. Ermmm nak buat mcm mane, dah musim hujan kan sekarang ni.

By 6pm kita dah settle berkemas dah. Khemah, pinggan mangkuk semua kita clear kan awal2. Sbb ramai yg kerja Isnin tuh. Lyn terpaksa kerja sbb ada meeting kat luar. Klu ikutkan hati mau jer cuti. hehehe.

Malam tu masing2 tidur awal. Nasib baik lah tak penat sgt kali ni. Sbb kitorang tak masak2 sgt. Klu masak2 mcm thn2 lepas mmg pengsan jugak lah jawabnya. hehehe

Ok habis dah cerita raya thn ni. Tunggu raya thn depan pulak, In Sha Allah :)