Lawak Hari Minggu

Hilang Duit

Pada satu hari di sebuah sekolah rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dgn kuatnya. Lalu bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : Kenapa menangis?
Pelajar: Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu [jawabnya sambil menangis]
Guru : Sudahlah jangan menangis yer.. nih Cikgu beri sepuluh ringgit.

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : Aik.. kamu menangis semakin kuat?? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.
Pelajar : Iya Cikgu, tapi kalau tadi duit saya tidak hilang, kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.
Guru : ?????

Pernikahan

Mimi selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarganya. Nak tau sebabnya?? Biasanya, makcik2 dan para kerabat lainnya akan datang menghampirinya sambil menepuk2 bahu.

"Kamu bila lagi?" kata mereka.

Menyampah betul. Tidak berperikemanusian sama sekali. Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah Mimi melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengebumian keluarga berlangsung.

Hahahahaa.. Padan muka!!!


6 comments:

Cik N said...

Ish giler betul...huhuu

Just Call Me Bitt said...

kahkahkahkhakha yg last tu sangat lawak..

Legasi Piston Pecah said...

lawak kene mengena nie

Lyn Yusoff said...

N,
hahaha..
lawak kan...

Lyn Yusoff said...

Bitt,
Lyn mula tak faham sgt..
baca kali kedua baru faham maksudnyer

Lyn Yusoff said...

Legasi,
hahahhaa