Dari malam membawa pagi, dah puas swimming kat apartment, pagi tu around 11am kita bergerak ke Melaka. Sebelum gerak tu sempat lagi mengisi perut. Mane tau lapar kan. Siap ada yg bawak bekal lagi. Tau lah kat Melaka tu tak tau kat mane nak cari kedai makan. Maklum lah awak ni tak familiar sgt kan. Hehehe
Perjalanan amik masa almost 1 1/2 hours. Dengan panas kemain, hanya Allah saja yg tau.
Sampai Melaka, kitorang masing2 parking kereta berdekatan Menara Taming Sari tuh. Org tak ramai nampaknya. Parking pun senang. Byr parking RM 5.00 tuk sehari. Tapi tak sampai sehari pun. Dtg pun dh tengahari.
Bergambar dulu smentara menunggu kereta2 yg lain. Ada 5 bijik kereta semuanya. Tu pun ada yg tak gerak lagi dr Klang. My bro & SIL dtg lambat sbb ada urusan lain. Btw, ada 3 family not joining us. Kakak & Abg Lyn ada hal lain. Adik & BIL kena balik kg sbb atuknya sakit nun kat Kedah sana. So sgt sedey disitu.
Disebabkan parking kereta kat Menara Taming Sari berbondng2 lah kitorg menapak ke Melaka River Cruise. Kita2 ni tak kisah sgt berpanas skit, tapi kesian kat my mum & si kecik 3 org tuh. Panas sgt.
Kaunter tiket pun da bertukar. 1st time Lyn pgi dulu kat tempat lain. So masing2 lah teringin nak naik. My mum pun sama. Dia lah yg sgt teringin nak naik. Klu tunjuk IC RM10 lah kan tuk warganegara Malaysia. Kanak2 umur 2 hingga 12 thn RM5. Pelancong haruslah mahal skit, RM15 gitu.
Muka2 yg excited dpt naik cruise. Hah mesti org kata, alaaaa.. naik cruise pun excited kan. So ada aku kesahhhh?? Bkn selalu pun naik kan. Lain lah klu cruise ada kt belakang rumah. Harus aku tak heran hahahah.
Rasanyer separuh penumpang semua my family members. Yg selebihnya pelancong. Tapi boleh kira dorg berapa ramai.
Permandangan di belakang bangunan semasa cruise berlayar. Cantik & sungguh pandai org yg melukisnya. Dlm perjalanan, pemandu cruise tu ada bukak radio kot nak terangkan sejarah2 bandar Melaka ni. So kita layankan jer.
Masih di takuk lama lah. Air sungai mmg berbau. Sama dgn 1st time Lyn naik dulu. Terpercik2 masa cruise bergerak. Geli uolsss. Sampai Khaira & Puteri pun kata busuk. Hehehee
Monorail rasanyer dah siap. Tapi tak tau dah bermula ke tidak perkhidmatannya. So cruise berlayar lebih kurang 45minit. Puas lah hati.
Turun dr cruise kitorang bergerak kt tempat jual makanan & souvenir berhadapan dgn kapal besar tuh. Ntah ape ke namanya.
Shopping, lepak2 sampai puas baru lah beransur balik. Menara Taming Sari pun dorang tak naik. RM20 kot. Klu dah semua naik, korang kira lah berapa semuanya. Baiklah simpan buat benda lain.
Bergerak balik ke apartment. Lebih kurang kul 6pm sampai. Budak2 bujang semua ke swimming pool berenang. Kitorang yg perempuan ni sibuk memasak tuk aktiviti mlm nya.
So yg tu spt biasa next entry erk. Pjg dah Lyn menulis ni. Tak larat nak pikir lagi. Hehehe
No comments:
Post a Comment