Pembukaan new year 2013 meraikan my nephew yg akan ke jinjang pelamin. Kali ni anak lelaki abg Lyn yg sulong pulak. Hari tu anak Kak Ngah Lyn yg sulong. So thn ni kitorang dpt 2 org baru.
Akad nikah kita buat kat Masjid selepas waktu Zohor, 5th January 2013. Pengantin perempuan tu kawan2 kenalan. Satu kampung. Cuma lain2 lorong jer. Senang kan. Nanti nak balik kg takde lah nak gaduh2. Hehehee
Hantaran dari pihak pengantin lelaki. Semua buat sendiri. Takde tempah2. Masa nak pegi ke Masjid tuk upacara akad nikah tuh, hujan kemain melebat sungguh. Berpayung2 dari rumah nak kesana. Yg lelaki dah pegi awal sbb mereka semua Solat Zohor dulu.
Lyn asalnya mmg nak pergi Masjid, at last jadi driver jer, sbb baju basah lencun kena hujan. Akhirnyer jd driver saja menghantar family ke Masjid.
Ni dia pengantin perempuannya, Eika. Senyum simpul sebelum dinikahkan. Alhamdulillah, semua family hadir tuk menyaksikan kedua mereka disatukan.
Dengan sekali lafaz, mereka disahkan menjadi suami isteri. Lega my nephew. Masa nak pergi tu kemain berderau darah. Gara2 nervous katanya. hehehe
Selesai akad nikah, kedua2 family di jemput ke rumah pengantin perempun. Ada jamuan yg disediakan sekali gus upacara pembatalan air sembahyang.
Penyerahan wang hantaran, mas kahwin dan pembatalan air sembahyang. Pertukaran hantaran semua berlangsung di rumah pengantin perempuan. Si Eika tu muka nervous semacam jer. Happy campur sedih gamaknyer. hehehe
Bersalam2an dgn mak ayah & mertua masing2. Adegan nangis2 pun ada kat sini. Maklum lah anak perempuan mereka sudah menjadi hak orang. Tanggungjwab pun dah lepas. Tapi dkt2 jer rumah masing2, so boleh singgah anytime.
After majlis masing2 bergerak balik rumah my bro.
Pengantin lelaki bersama keluarga nya. Baju hitam tu abg Lyn yg sulong. Suka dorang dpt menantu yer.
After Maghrib kita bersiap tuk majlis besar di rumah penganti perempuan. Dpt lah lelap sekejap sebelum majlis besar mlm tuh. Yg tu Lyn citer later. Tak larat nak create ayat. Mau tidur. Lepas ni mmg citer pasal kahwin jer lah. Mmg sampai muntah ijo korang. hehehehe
4 comments:
hantaran cantik...
gubahan sendiri memang safe bajet kan sis....
cantik la hantaran...senangnya jodoh ngan org dekat..kan?
rasp,
betul tu sis..
boleh ikut kehendak kita jugak
suria,
buat sendiri je tu..
dkt.. klu majuk boleh larik.. hehehe
Post a Comment